Nairah terasa badannya sungguh penat ketika ini. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Kepala Farhan berada di lehernya. Dia tertidurkah semalam? Haisy.. Untung saja baju masih tersarung dan dalam keadaan yang agak kemas lah, kut? Bahagian perutnya terasa berat, dia terus menyelak comforter yang membaluti tubuhnya, tangan Farhan yang terlekap pada perutnya.
Perlahan-lahan dia mengalihkan kepala Farhan. Namun Farhan sudah tersedar.
"Kenapa tak kejut I malam tadi?"
"Relax lah yang. You nampak penat semalam. So, I bawa jelah you naik katil. Pasal Fara you jangan risau. I dah inform dia dah yang you tidur sini. Lagipun hari ni cuti. So, jangan panik."
"Dah pukul berapa ni?"
"About 7 am.. .. Why?"
"I need to refreshing myself." Nairah bangun dari baringnya. Farhan kembali menariknya.
"No way, I nak sambung tidur balik dengan you.. Nantilah bangun mandi. Pukul 10 nanti kita bangun ya?"
"Hmm, yelah." Farhan terus memeluk Nairah kembali.
====
Nairah segera bangun ketika Farhan sudah benar-benar terlelap. Kali ini dia berjaya bangun tanpa Farhan sedari. Dia menghampiri closet Farhan yang menempatkan beberapa bajunya. Dia mengambil baju lengan pendek yang panjangnya paras peha, dia padankan bersama seluar pendek paras peha. Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Siap mandi dan berpakaian, dia melihat cermin. Memastikan dia dalam keadaan yang kemas. Sekali pandang macam tak pakai seluar. Pendek sangat seluar. Nairah berjalan ke dapur..
Dia membuka peti sejuk, yang ada cuma telur, tomato, salad. Nairah beralih ke kabinet.. Ada roti jenama gardinia. Diambilnya lalu dicapainya sos.
Dia menyediakan sandwich telur ala kadar buat dirinya dan Farhan. Dia mencapai kertas memo berwarna biru yang Farhan letak di hujung meja. Dia mencoretkan sesuatu pada kertas memo itu sebelum menghabiskan sandwichnya.
Dia pergi ke bilik Farhan, dia menghampiri kekasihnya itu lalu dia mengucup dahi Farhan. Ketika dia berpaling membelakangkan Farhan, tangannya ditarik. Aduh, dia bangun ke?
"Sayang, dah pukul berapa?" Farhan bersuara dengan suara garaunya ketika bangun tidur.
"9 pagi."
"Bukan ke pukul 10 baru kita bangun tidur?" Nairah terus duduk di sebelah Farhan.
"I kena balik awal. You nak ke kita kena tangkap khalwat?"
"Why not kan?" Farhan senyum nakal sambil membetulkan anak rambut Nairah.
"You ni! Memanglah kita ni suka sama suka and memang dah plan nak kahwin. Masalahnya, kalau kena cekup... Muka you nak letak mana? Hancur maruah you, maruah I. Lagipun I ada lagi 3 design baju wedding yang kena siapkan. Sebab tulah I bangun awal." Farhan terus berbaring pada peha Nairah.
"Alah.... Susahlah macam ni.."
"You juga yang kata kita perlu tangguhkan wedding kita sebab you ada masalah dengan family you. I okey je... You,"
"Hmm.."
"I dah buat sandwich . You makan ya. Sandwich telur je. Itu je yang ada kat sini... So I buat sandwich je. Sekarang you bangun pergi mandi. Lepas tu breakfast. I balik dulu."
"I hantar?"
"No need. I dah call teksi."
"Cancelkan. Kalau you tak nak I hantarkan, ambil kunci kereta kat tepi sana tu. I belikan kereta tu khas untuk you tau. Tapi sekalipun you tak pakai."
"Kan I cakap, I sukakan you. Bukan harta you.. I tak nak bebankan you." Farhan memegang tangan Nairah
"Look, I belikan untuk you tau. Sebab I sayangkan you, kalau betul you sayangkan I. Please, use the car." Farhan memandang Nairah dengan penuh mengharap.
"Fine. Tapi sekali ni je tau. Nanti I suruh Adnin ambil balik kereta tu."
"No way. Just use the car. Because it is yours. Not me. Sayang I ke tak? Sayang kan... So, jangan berani-berani suruh Adnin tu bawa balik keretanya."
"Hisy, yelah. I pergi dulu. Mandi! Lepas tu makan tau."
"Ya, bye sayang. Love you."
"Love you too..."
YOU ARE READING
Hey, Mr. Pinky!
Lãng mạnFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...