Nairah bersandar pada sofa empuknya. Badannya terlampau lemah saat ini.. Habis segalanya dimuntahkan tadi. Fayyad pula outstation ke Itali dan dijangka pulang petang ini. Telefonnya berbunyi sakan minta diangkat.
"Hello..." Ucap Nairah lemah. Panggilan daripada Fayyad rupanya. Fayyad sudah galau mendengar suaranya yang lemah. Lantas diajukan soalan berkali-kali pada Nairah.
"...."
"I'm okay. I cuma baru lepas muntah. Entahlah, gastrik I datang balik kut. Tadi I skip makan sebab takde selera."
"...." Nairah senyum kerana Fayyad mula membebel.
"Ya hubby, I pergi klinik okey? I siap-siap dulu. Do not worry, I tak perlukan teman. I'm adult now.."
"...."
"100% sure Faye. Bye, assalamualaikum." Nairah senyum kecil.
Sejak pertemuannya dengan ibu kandungnya, dia terasa bahagia sedikit. Sekurang-kurangnya dia telah tahu siapa yang melahirkan dirinya. Ibunya pun akan keluar hujung tahun ni. Baguslah begitu.
Nairah mengeluh seketika. Badannya teramat lemah. Lantas dia membisikkan kata-kata semangat buat diri sendiri. Jika selama ini dia berdikari seboleh mungkin, takkanlah untuk menangani rasa mualnya pun payah. Nairah bangun dan melangkah ke bilik tidurnya untuk menukar pakaian. Dia ingin pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
====
"Tahniah Puan Nairah, Puan disahkan mengandung. Usia kandungan Puan baru saja mencecah sebulan. Jadi saya harap Puan dapat menjaga kandungan Puan seeloknya kerana ketahanan kandungan masih lagi belum kukuh." Nairah mengucapkan rasa syukurnya pada Allah saat doktor wanita bernama Sabrina itu mengucapkan tahniah padanya. Alhamdulillah.
Nairah tersenyum bahagia. Cuma satu hal yang buat dia rasa sedih. Sejak Puan Hajah Merliana mengetahui yang ibu kandung Nairah adalah Sharifah Sakinah, layanannya pada Nairah terus berubah. Seperti acuh tidak acuh saja. Kenapa ya?
Nairah hanya menggelengkan kepalanya. Dia berjalan perlahan menuju ke tempat dia memarkir kereta. Memandangkan tadi kawasan parkir begitu sesak, Nairah memarkirkan keretanya di kawasan yang agak sunyi. Di belakang bangunan. Perutnya berbunyi. Nairah mengusap perutnya, anak umi lapar ya?
Sampai saja di kereta, Nairah membuka pintu. Belum sempat dia masuk, telefonnya berbunyi. Nairah terus menyelongkar beg tangannya. Tidak semena-mena mulutnya ditekup sehelai kain dari belakang dengan kasar..
Nairah cuba melawan, namun semakin lama pandangannya semakin kabur. Dan akhirnya dunianya menjadi gelap. Welcome to darkness Nairah Adriana.
====
Fayyad menyisip kopi di tangannya sedikit. Entahkan kenapa, cawan itu terjatuh dan pecah berderai di atas lantai. Sudahnya, semua pelanggan yang berada di situ memerhatikannya. Hatinya berasa tidak enak, ketika itu wajah Nairah terlayar di mindanya. Lantas Fayyad memanjatkan doa pada sang Ilahi. Ya Allah, lindungilah isteriku.
Dia meminta maaf seraya memanggil pekerja yang ada untuk membersihkan kaca yang pecah. Dia sudah sampai di Malaysia, cuma terkandas di Melaka sebentar atas urusan kerja.
====
Azmin senyum jahat melihat tubuh Nairah yang dibawa oleh lelaki yang bernama Loi. Loi membaringkan Nairah ke atas katil usang yang terletak bersebelahan dengan dinding. Azmin bermain dengan jambangnya beberapa kali sebelum mencampak sampul berwarna coklat berisi RM4K buat Loi.
Loi menyambutnya dengan senyuman di bibir.
"Thanks Loi. Pandai kau buat kerja." Puji Azmin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...