Fayyad terbangun dari tidurnya. Dia memerhatikan Nairah yang sedang tidur menghadapnya. Anak rambut yang menutupi wajah Nairah dikemaskan ke tepi telinga Nairah. Wajah Nairah yang sedang lena itu secomel bayi. Aisy, comelnya! Fayyad menilik wajah Nairah sepuasnya. Nairah banyak persamaan dengan arwah Elly, cuma Nairah kasar sikit. Di sebalik perangai kasar Nairah, terdapat sebuah kepolosan yang tersembunyi. Kenapa Nairah? Why? Wae?
Nairah terbangun dari tidurnya. Dia terasa seperti seseorang sedang memerhatikan dirinya. Fayyad sedang merenung tepat pada wajahnya.
"Kenapa?" Tanya Nairah. Dia tidak selesa direnung sebegitu.
"Kenapa you suka bersikap kasar? You ada masalah ke masa kecil?"
"Kalau ada pun kenapa?"
"You selalu kena mental torture masa kecil?"
"Perlu ke you tahu?"
"Yes, perlu. So ceritalah.. I nak dengar. I perlu tahu semuanya tentang you. You kan isteri I."
Nairah baring telentang menghadap siling bilik. Fayyad juga begitu. Nairah melepaskan keluhan kecil sebelum berbicara.
"As you know, I dibesarkan di rumah anak yatim. Hmm, biasalah. Kes buang anak ni. Ibu I, or should I call her a slut. Dia buang I kat rumah anak yatim."
"You can't say like that Nairah. Berdosa, apa pun you kena bersyukur. Ibu you nak bunuh you, dia hantar you pergi tempat yang selamat."
"Shut up your mouth, this is my story. MY!"
"Fine, just go on."
"I selalu dihina, I tak tahulah apa salah I. Orang selalu ejek I ni anak luar nikah, my mom pelacur, slut, bitch. Why hah? Apa salah I?! I sedarlah I ni anak luar nikah. Umi Sya ada beritahu yang ibu I ada hubungan dengan seorang lelaki Jerman. Then pregnant, lepas tu buang I kat rumah Setia Kasih tu. Start from there, I rasa Tuhan tak berlaku adil. I'm keep asking myself. Why? Kenapa I yang kena? Kenapa bukan others?"
"B'cause you're the chosen one. Allah pilih you Nairah, sebagai hamba yang akan ditinggikan darjatnya. Maybe ada sebab lain hidup you macam ni."
"Shit! Senanglah you cakap, hidup you senang. Kaya pulak tu. Yes, kaya tak menjamin kebahagiaan. Tapi you ada parents yang sayangkan you.. I.. I takde siapa. Mak I bu.. buang I." Air mata Nairah mengalir.
"I yang kena mental torture dari kecil. I tahu sakitnya macam mana Faye, hari-hari pulak tu. Since that I tak berapa percayakan orang selain Umi Sya dengan Abang Furqan. Then I jumpa Fara, Hans."
"Lepas jumpa Hans, I rasa dihargai. Serious... Tapi Hans pun tinggalkan I." Fayyad menahan rasa sakit hatinya.
"Kalau you diberi peluang untuk jumpa ibu you, apa yang you nak buat?" Tanya Fayyad.
"Entah. I buat bodoh jelah kut.. Sebab I tak perlukan dia. I boleh hidup tanpa dia."
"Salah Nairah, takde ibu you, you pun takkan ada kat dunia ni. You lahir dari rahim dia." Nairah ketawa.
"Dahlah, I tak suka kenangan ni. It make me cry. I tak suka menangis. Lagi-lagi depan you. Mesti you kutuk I cengeng kan?" Fayyad ketawa, betullah tu kan.
"Ha, betullah tu." Nairah mengetap bibirnya. Still juga nak sakitkan hati orang. Dia ni kan.
"I nak mandi dulu. Hari ni kan kita nak balik KL." Fayyad terus bangun dari baringnya.
YOU ARE READING
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...