Epilog(the REAL one)

16K 537 32
                                    

2 tahun kemudian...

"Uwais, kan umi cakap jangan suka-suka jalan tanpa umi." Marah Nairah. Uwais terus membuat muka comelnya.

"I'm so sorry umi. Ice terlupa! Oh my god..." Uwais membahasakan dirinya Ice. Ice Prince Nairah. Nairah tersenyum, dia membetulkan mini beanie berwarna biru laut yang tersarung pada kepala Uwais.

Ya, dia sudah melahirkan. Dan anaknya juga sudah berusia dua tahun. Uwais Al Qarni. Serikandi islam yang tidak terkenal di bumi tapi terkenal di langit. Nama itu menjadi pilihan Nairah.

"Dah, jom balik. Umi dah pusing satu Pavilion, ni kan? So now Ice kena dengar cakap umi. Deal?"

"Deal!" Uwais membuat pinky promise bersama uminya. Wajah Uwais saling tak tumpah seperti ayahnya, Fayyad. Wajah kacukan Jerman-Korea ini sering menjadi tumpuan orang ramai. Tadi saja sudaj ramai orang mencubit pipi Uwais kerana kecomelan wajahnya.

Nairah memimpin tangan Uwais sambil berjalan. Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang ketika berjalan ke arah keretanya. Dia memandang wajah orang yang dia langgar, niat di hati mahu meminta maaf. Namun terus dilupakan apabila Nairah memandang wajah itu.

Wajah yang sudah dua tahun dia tidak lihat. Wajah yang sentiasa dia rindui. Namun banyak perubahan pada diri dia. Berjambang seperti Wak Doyok. Berpakaian seperti bujang terlajak dengan skinny jeans hitam, kemeja kotak hitam putih bersama beanie hitam. Suram. Apakah begini keadaan Fayyad? Ya, Fayyad sedang berada di hadapannya.

"Uwais, jom kita balik." Nairah terus mendukung permata hatinya. Saat dia ingin berlalu pergi tangannya dipegang Fayyad. Nairah memandang Fayyad. Pandangan mereka bertaut seketika. Mata Fayyad sudah berkaca-kaca. Pandangan matanya memberitahu Nairah betapa deritanya hidup dia sepanjang dua tahun ini. Meminta belas kasihan Nairah biarpun cuma sedikit.

"Who is this guy actually? Is he hurting your hand, umi?" Tanya Uwais. Kurang selesa bila melihat lelaki asing memegang tangan ibunya secara paksa.

"He is.. Your father honey." Nairah bersuara. Matanya kian memerah seperti ribuan habuk sedang berterbangan pada tubir matanya. Wajah Uwais berubah riak. Jadi, inilah abahnya? Yang dua tahun bekerja di Seoul, Korea.

"Should I call him 'Abah'?"

"Yes sayang." Fayyad terus memeluk Uwais yang berada dalam dukungan Nairah. Sekaligus memeluk Nairah. Air matanya mengalir. Betapa ruginya dia kerana tiada di sisi Nairah saat Nairah melahirkan putera mereka ini.

"Abah! Kenapa lama sangat pergi Seoul? Tahu tak yang Ice nak main snow. Kenapa Abah tak bawa Ice sekali?! Kat Malaysia takde snow. Panas adalah. Tengok ni, muka Ice dah merah sebab panas. Ice nak main snow. Olaf!!!!" Uwais mula berceloteh. Fayyad hanya ketawa.

"Sorrylah, Abah busy. Sorry sebab tinggalkan Ice dengan umi kat sini. Forgive me little soldier?" Fayyad memandang Uwais dengan pandangan mengharap.

"Fine. Ice maafkan. Belanja ice cream esok pagi."

"Ada pulak orang makan ice cream pagi-pagi?" Nairah bersuara.

"Mestilah ada umi. Orang tu Icelah!" Nairah menggelengkan kepala.

"Dah, jom balik."

"Umi, let Abah be our driver today. Ice nak duduk sebelah Abah. Umi duduk belakang boleh?"

"Boleh sayang. Anything for you." Fayyad mula memandu. Uwais pula mula bernyanyi. Lagu ABC.

"Pandainya anak Abah ni. Kecik-kecik hafal ABC.. Baru dua tahun Rajin betul?" Fayyad bersuara.

"Umi ajar Ice setiap hari. Well Abah, I'm a clever boy." Uwais membangga diri. Seperti ayahnya juga.

====

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now