Hari ini butik FaNa mengadakan sebuah pelancaran tentang baju baru yang mereka hasilkan. Baju muslimah yang Nairah cadangkan tempoh hari telah mendapat persetujuan Dan akhirnya dilancarkan pada hari ini. Susana di butik FaNa agak meriah serta riuh-rendah dengan kepadatan manusia yang rata-ratanya golongan Datuk dan Datin. Fayyad duduk semeja dengan Nairah bersama Fara. Dia begitu asyik bermain dengan telefon pintarnya tanpa menghiraukan Nairah di sisi.
"Syed Omar tu kenapa hah? Gatal sangat ke mata dia, sampai asyik skodeng kau je?" Fara bersuara. Matanya memandang tajam ke arah Tan Sri Syed Omar yang asyik memandang Nairah dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Fayyad terus memandang lelaki yang dimaksudkan Fara. Panas juga hatinya.
"Kau ni Rara, tak baik tau. Syed Omar tu baiklah orangnya. Masa dekat universiti dulu pun dia selalu tolong aku."
"Tolong ada makna. Bolehlah cakap." Selamba badak Fara dengan mulut lasernya.
"Dia tolong apa je?" Tanya Fayyad.
"Tolong I macam-macamlah. Tolong carikan rumah untuk I,"
"Supaya senang nak jumpalah?" Kasar saja suara Fayyad. Bunga-bunga cemburu sudah mula berkembang mekar dalam hatinya kemudian terbakar. Membuatnya api cemburunya semakin marak.
"Faye, I anggap dia tu macam atuk I je. Lagipun dia dah tua.He's not even my taste."
"Yelah tu, perempuan ni. Bila tunjuk duit, tak kira muda atau tua. Main langgar je."
"Faye, kita dalam majlis. Kalau you tak puas hati... Kat rumah kita sambung. Faham?" Kata Nairah sebelum menfokuskan dirinya dengan para pelanggan yang berkunjung untuk melihat koleksi terbarunya.
====
"So, beritahulah. Apa yang jadi sebenarnya? Siapa dia? Dan kenapa perlu menyebelahi dia?" Tanya Fayyad setelah mereka berdua tiba di rumah. Nairah mengeluh, adakah ini permulaan peperangan antara mereka? Again?
"Dia Tan Sri Syed Omar. Dia cuma atuk angkat I."
"Betul ke? Atau.... Dia tu sugar daddy you?" Tanya Fayyad dengan sinisnya.
"Faye, I malas nak gaduh. I ingat you ni matang sangat. Tapi rupanya tak langsung. Dahlah, I penat. I nak rehat. Kaki I sakit." Nairah berlalu pergi.
Tangannya ditarik kasar oleh Fayyad. Ya Allah, dugaan apa lagi ni?
"I belum habis cakap lagi Nairah."
"Hey, Mr. Pinky! Boleh tak kawal jealous you tu. Dengan orang tua pun nak jealous. Pakailah otak you tu sikit. I takde masa lah nak jadi perempuan jalang semata-mata nak dapat duit. I belum bodoh.. Now, let me go!"
"Boleh ke percaya cakap you ni?" Semakin sinis ayat yang keluar dari bibir merah Fayyad. Entah kenapa begitu sukar dia menahan cemburunya..
"Faye, I'm so tired right now. Dah pukul 12 tengah malam Faye. Pleaselah, bagi I rehat.." Rayu Nairah. Terkial-kial tangannya melepaskan pegangan tangan Fayyad pada tangannya. Namun pegangan tu terasa semakin kuat.
"Please.... Esok you maki hamunlah I macam mana pun. But now, please. Bagi I rehat. I nak mandi, nak tidur. Okay?" Cair juga hati Fayyad. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Nairah.
Fayyad berbaring di sofa kulit berwarna hitam di dalam biliknya sambil menghadap televisyen. Menunggu gilirannya untuk membersihkan badan.
Nairah keluar dari bilik air dengan bathrobe yang tersarung pada tubuhnya menuju ke closet room untuk memakai pakaian. Dia memilih gaun tidur yang dibelikan Fara. Hmm, hadiah perkahwinan katanya. Asalkan ada hadiah. Aku ambil jelah. Siap berpakaian lengkap, dia pergi ke meja solek, mengoleskan losyen, menyikat rambut dan sebagainya. Fayyad pula sudah terlelap.
"Fayyad. Bangun, pergilah mandi dulu. Lepas tu tidur." Nairah mengejutkan Fayyad, dia menyentuh lembut pipi Fayyad. Fayyad tersedar. Dia cepat-cepat bangun dan pergi ke bilik air untuk mandi.
Nairah terus baring dan tidur. Penat+mengantuk=tidur mati. Fayyad yang sudah segar matanya kerana mandi itu terus duduk di sebelah Nairah. Dia menyelimutkan Nairah. Si Nairah ni kadang tak suka selimut, kena ada orang yang selimutkan baru dia nak. Ngada kan? Nairah berbaring menghadap wajahnya pula kali ini, tidak seperti biasa membelakangkan dirinya.
Fayyad mula berbaring, dia menatap wajah Nairah yang sedikit pucat itu, mungkin kerana terlalu penat barangkali.
"I'm sorry sebab cemburu buta tadi. I percayakan you." Bisik Fayyad.
====
Selepas subuh tadi Nairah dan Fayyad menyambung tidur kembali. Terlalu penat sehinggakan rasa ngantuknya tidak dapat dibendung lagi.
Nairah tersedar dari tidurnya apabila alarm clocknya sudah berbunyi riang seperti minta kaki untuk disepaknya. Dia cuba bangun, namun pelukan Fayyad semakin lama semakin erat. Kepala Fayyad berada di lehernya, ergh. Kenapalah dua beradik ni hampir sama sifatnya?
"Faye, I nak mandi. Dah pagi ni, you tak pergi kerja ke?" Nairah bertanya, dia cukup rimas dipeluk begitu dan akan berusaha sedaya upaya untuk meloloskan diri daripada Fayyad.
"Hari ni Sabtu sayang. Cuti. Hmm, harini I tak pergi gim. Malas.. Tidur jelah dulu, I tak puas lagi peluk you." Rengek Fayyad manja. Sesekali menggedik dengan isteri sendiri, apa salahnya en?
"I dah tak mengantuk masalahnya, you peluklah teddy bear yang I baru beli tu. Blue colour lagi, cantik jer."
"Tak nak, teddy bear tak lembut macam kulit you. Teddy bear ada bulu." Nairah ketawa, ada-ada jelah dia ni. Sambil baring membelakangkan Fayyad, Nairah cuba melonggarkan pelukan Fayyad. Dia tidak selesa kerana nafas Fayyad pasti terkena pada lehernya.
"Nairah, jangan rosakkan mood I. I malas nak marah you, I tak suka you benci I." Nairah mengeluh kecil.
"Fine, tapi tolong alihkan kepala you dari leher I. Geli tahu tak bila nafas you kena kat situ." Fayyad ketawa, menambahkan lagi rasa kegelian Nairah di situ. Ergh, dia ni kan! Tak faham bahasa betullah.
"Okey, dah alihkan. Jom tidur." Nairah akur.
![](https://img.wattpad.com/cover/57753771-288-k18519.jpg)
YOU ARE READING
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...