Fayyad menatap wajah Nairah yang sedang tidur disebelahnya. Damn, she's so cute even while sleeping. Fayyad kembali fokus dengan pemanduannya. Sesekali dia mengerling ke arah Nairah. Entahlah, kenapalah kau mesti sama macam Elly? Buat aku rasa jadi gila balik macam 2 tahun lepas... Huih.
Tangan Fayyad yang sebelah kiri mengelus lembut pipi Nairah, geram siot tengok pipi pau kukus cam ni. Rasa nak tarik-tarik je. Apabila Nairah bergerak sedikit dari tidurnya, cepat-cepat Fayyad menarik semula tangannya dan berlagak seperti tiada apa yang jadi.
Nairah menggosok matanya, dia masih mamai rupanya. Fayyad sedang memandu dengan tekun disebelahnya. Dipandangnya Fayyad sekilas sebelum menyambung tidurnya.
"Tidur je, lagi 2 jam sampailah KL."
"Kalau you penat, biar I je yang drive."
"I tak penat lagi Nairah."
"Fine,"
====
"Nairah, kita dah sampai rumah. Bangun." Fayyad menggoncang lembut bahu Nairah. Terpisat-pisat si Nairah.
"Erm, ni rumah siapa ni? Rumah ibu warna biru kan." Nairah tertanya-tanya. Bengong sikit, biasalah.. Baru bangun tidur.
"Rumah kita. Dah, jom masuk... Nak dekat maghrib ni." Fayyad menarik lembut tangan Nairah sambil membawa bagasinya dan Nairah.
Saat kakinya mencecah lantai rumah Fayyad, bau lavender masuk ke dalam hidung. Cukup menyamankan. Dinding ruang tamu dicat dengan warna biru laut bersama kertas dinding bermotifkan corak floral berwarna biru. Sofa pula sofa kulit berwarna putih bersih.
Fayyad mengajak Nairah naik ke biliknya yang akan jadi bilik mereka.
"Sebelum masuk, I harap mata you tak sakitlah ya?"
"Kenapa pu...." Terdiam Nairah melihat master bedroom ini. Dindingnya dilatari warna merah jambu lembut dan kertas dinding bercorak floral warna senada dengan dinding. Teddy bear berwarna merah jambu diatas katil. Lampu tidur berwarna merah. Senang cerita semuanya merah jambu. Oh my....
Cuma satu saja, bau bilik itu bukan strawberi. Tetapi lavender.. Fayyad memang suka bau lavender rupanya.
"Secara jujurnyalah, I rasa macam tengah duduk kat bilik orang perempuan. Serious ke you betul-betul suka pink?"
"Yes."
"Then, kalau you ada anak. Anak you dah besar... Dia akan tanya, 'daddy, are a gayboy? Seriously you love pink colour? It's to feminine to me daddy...' "
"Jauh betul fikir sampai ke anak. Dah ready nak ada anak dengan I ke?"
"Answer my question first Faye."
"Fine, so what? I memang suka warna pink kut. Apa masalahnya?"
"Jujur dengan I Faye... Kenapa you jadi gayboy? Apsal? And siapa Elly sebenarnya?" Fayyad terkedu mendengar nama Elly.
"No need to know, right?" Nairah mendengus kasar. Dia mencebikkan lidah sambil mengutuk Fayyad.
"Hari tu masa you minta I cerita, I dah cerita kan. Sekarang bila I suruh cerita tak nak pulak! Lantak youlah! Malas dah nak layan." Rajuk Nairah. Menyesal aku cerita kat kau! Fayyad mengeluh kecil. Hmm, macam mana ek nak cakap.
"Janganlah merajuk, fine. I cerita. Jangan jealous sudahlah." Nairah mencebik, siapa yang nak jealous? Erkk, pleaselah beb. Nak muntah aku.
"Elly is my girlfriend actually. She is quite gergous and famous girl in KL. She is a model."

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...