Bab 8

9.9K 426 2
                                    

"So, kenapa suruh I tidur sini malam ni?" Tanya Nairah ketika Farhan sedang menghirup kopi yang dibuatnya. Farhan baru saja selesai makan. Mereka duduk di hadapan televisyen.

"I rindu you. Salah ke?"

"Hans..."

"Okey, okey. I nak beritahu you yang....." Telefon Nairah berdering. Belum sempat Farhan memberitahu hajatnya, Nairah terus berlalu ke balkoni untuk menjawab panggilan daripada abang angkatnya di rumah anak yatim, Abang Furqan.

"Hello. Abang Furqan. Ada apa?"

"...."

"Umi Sya rindu Nairah? Yelah tu. Ke abang yang rindu Nairah ni..." Usik Nairah.

"...."

"Next week kut Nairah jenguk Umi Sya. Minggu ni busylah bang." Farhan memeluk Nairah dari belakang. Dagunya ditongkatkan pada bahu Nairah. Nairah pada awalnya tersentak sehingga perbualannya agak terganggu. Namun dia membiarkannya.

"...."

"Nairah buat apa? Berbual dengan abanglah. Takkan main congkak pulak." Pelukan Farhan di pinggang Nairah semakin kejap. Dia ingin memeluk Nairah sepuasnya. Dia takut dia akan merindui tubuh ini. Pemilik tubuh yang sentiasa menceriakan hari-harinya. Nairah perasan pelukan Farhan semakin kejap, namun dia membiarkan saja. Farhan memang begitu kadang-kadang. Selesai berbual dengan Abang Furqan. Dia memusingkan badannya menghadap Farhan. Dia merenung tepat pada sepasang mata coklat terang yang sentiasa membuat hatinya tidak keruan itu. Perlahan-lahan senyuman terukir pada bibir merahnya.

"Kenapa ni? Outstation ke nanti? Sampai peluk I macam tak nak lepas." Farhan hanya diam. Dia menggelengkan kepala sebelum menarik Nairah ke dalam pelukannya. Dieeratkan pelukannya pada Nairah.

"I takut I rindu you. Nairah, I sayang you."

"Kenapa tiba-tiba macam ni? You nak tinggal I ke?" Tanya Nairah, tangannya masih memeluk Farhan. Sesekali kepalanya ingin didongakkan untuk melihat wajah Farhan. Namun dihalang Farhan. Kenapa sebenarnya ni? Farhan ada masalah ke?

"Takdelah. I cuma takut suatu hari nanti kita takkan berjumpa lagi."

"Hans. Don't you ever say like that to me. That will never happen. Cause I'm here. I'll always with you. Now tell me, what's wrong with you baby?"

"Nothing. Cuma I nak you ada di sisi I. I sayang you." Nairah melekapkan kedua belah tangannya pada pipi Farhan. Matanya memandang mata Farhan.

"Look. I pun sayangkan you. Cintakan you.. So do not worry. Cinta I untuk you Farhan. Bukan untuk lelaki lain. Sampai bila-bila." Farhan menggelengkan kepalanya. Tangan Nairah yang terlekap pada pipinya dicium.

"Jangan macam tu. Bila I dah takde nanti, buka hati you untuk lelaki lain. I taknak you setia sampai macam tu. You need to be happy with the right man. Right?" Dahi Nairah berkerut. Pelik dengan sikap Farhan malam ini. Dia cuba ketepikan segala yang menganggu fikirannya.

"Hmm, dahlah. Jom masuk. You penat ni sampai merepek macam ni. I tak suka you merepek macam ni."

Nairah menarik Farhan ke ruang tamu kembali. Farhan berbaring di atas ribanya sambil menonton televisyen. Tangannya sibuk membelai rambut Farhan.

====

Farhan sudah tidur di sisinya. Nairah masih tidak boleh tidur. Memikirkan apa yang di tutur Farhan. Dia berbaring mengiring menghadap Farhan. Sudah tiga tahun usia percintaan mereka. Segala pahit manis mereka lalui bersama. Pada pandangannya, Farhan seorang lelaki yang baik. Farhan tidak pernah mengambil kesempatan padanya. Sedangkan mereka sering tidur sekatil. Kebajikannya sentiasa dijaga Farhan. Jarak umurnya dengan Farhan cuma dua tahun. Farhan 27 tahun, dia 25 tahun. Mengikut pengetahuannya, Farhan adalah anak Datuk . Dia menguruskan syarikat pengeluaran pelbagai jenis fabrik berjenama milik keluarganya. Cuma Nairah tidak berkesempatan untuk berkenalan dan bertanya lebih tentang keluarga Farhan. Kerana Farhan tidak suka. Katanya dia tidak berapa ngam dengan keluarga sendiri.

Dia mengambil tangan Farhan yang melingkar pada pinggangnya, dicium tangan itu sebelum dia menutup mata untuk tidur.

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang