Bab 49

11K 363 17
                                    

Fayyad duduk sambil merungut seorang diri. Tiada pun kelibat Nurin di mana-mana. Ergh, kalau bukan sebab ibu yang suruh, takdenya aku nak anbil kau.. Sedang dia membebel seorang diri, terasa ada tangan yang menjalar lalu memeluk badannya dari belakang. Fayyad terus memandang gerangan yang memeluknya. Dia terus mendengus kasar. Tangannya merentap kasar tangan Nurin.

"Auw, sakitlah tangan I Faye!!" Jerit Nurin.

"Mampuslah! Yang kau ni lembab semacam pahal dhoe? Dah, cepatlah. Dah malam ni sengal, aku nak tidur. Huh, senang-senang je aku dapat dosa hari ni sebab mencarut tengok perangai kau ni!" Marah Fayyad.

"Tak payahlah nak garang sangat." Nurin merungut. Fayyad hanya mencebikkan bibirnya. Apa yang dia tahu, dia hanya mahu balik dan tidur bersama Nairah.

====

Fayyad keluar dari keretanya, baru saja dia ingin mengunci kereta, hatinya menjadi panas balik bila melihat Nurin yang tidak mahu keluar langsung dari kereta. Nurin pula membuat muka ketatnya kerana Fayyad tidak membukakan pintu kereta buatnya.

Fayyad mengusutkan rambutnya. Huh, betina ni pun satu. Kalau tak buat aku angin satu badan, tak sah kan?! Dia terus membuka pintu kereta buat Nurin. Nurin sudah tersenyum tanda dia menang. Namun senyumannya cuma sementara, Fayyad terus menarik tangannya kasar sehingga dia keluar dari perut kereta dalam keadaan terpaksa.

"Sakitlah Faye!!!" Jerit Nurin bila tubuhnya diseret ke muka pintu. Datin Hajah Merliana yang sedari tadi setia menunggu kepulangan Fayyad dan Nurin terkejut melihat keadaan anak saudaranya diperlakukan sebegitu oleh Fayyad.

"Yad! Apa Yad buat ni?!" Lantang suaranya memarahi tindakan anaknya itu.

"Kenapalah ibu suruh betina gedik ni datang sini huh??? Menyakitkan hati dengan mata je, tahu tak? Dahlah mengada macam puteri raja sampai kena bukakkan pintu kereta bagai. Yad penat, tunggu minah ni sampai satu jam. Melayan kerenah sotong dia ni yang macam apa. Yad masuk dalam dulu. Yad nak tidur. Assalamualaikum."

Fayyad mencium tangan ibunya sebelum berlalu pergi.

"Sakit sangat ke Nurin?" Tanya Datin Hajah Merliana penuh lembut. Nurin menganggukkan kepala dengan air mata palsu yang bergenang pada pipinya. Sengaja menghangatkan drama yang sedia ada ini.

"Hisy, apa kena entah Yad tu.. Sejak kahwin dengan perempuan tu, macam-macam dah berubah. Jomlah, aunty teman Nurin naik atas. Nurin rehatlah ya. Maafkanlah Yad tu, dia ada berubah sikit sekarang ni."

"Okey aunty."

====

Fayyad melangkah lemah menghampiri katil. Wajah Nairah yang sedang beradu itu dipandang lama. Kasihan Nairah, hendak tidur mengiring pun dah tak boleh kerana mengandung. Huh. Dia membaringkan diri dengan perlahan. Mp3 Alquran yang masih terpasang itu dibiarkan saja. Nairah tersedar dari tidurnya.

"Hmm, dah balik dah?"

"Dah, tidurlah.. You penat kan?"

"You pergilah basuh kaki dulu." Nairah duduk dari baringnya. Pinggangnya terasa sakit sebenarnya. Fayyad perasan akan perubahan wajah Nairah yang seakan menahan sakit.

"Sayang, you sakit ke? Kat mana... Sini, biar I urutkan."

"No, no. Its okay, you penat Faye. I okey je. Do not worry okey?"

"Sayang, you lagi penat. You bawa anak kita ke sana sini. So now, please. Tell me, kat mana yang sakit yang?"

"Dekat pinggang I. Dari tadi sebenarnya."

"Sini, biar I urutkan. Umi ada beritahu, kalau pinggang rasa sakit-sakit tu normal sebab baby sedang membesar.." Nairah hanya anggukkan kepalanya.

Beberapa minit Fayyad mengurut pinggang isterinya itu. Nairah terasa agak selesa bila diurut. Sakitnya juga beransur hilang. Nairah memegang tangan Fayyad yang mengurut pinggangnya.

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now