Mungkin sudah menjadi tabiat Farhan kut, kepalanya mesti berada di leher Nairah. Nairah mengalihkan kepala Farhan perlahan-lahan. Farhan masih terlena. Jadi dibiarkan saja Farhan tidur seorang diri.
Nairah terus membersihkan diri. Dia mengambil seluar pendek dan T-shirt yang bercorak hati. Selesai mandi dia menyarungkan pakaian yang dipilih. Nairah bergerak ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia membuat shrimp cajun. Sebenarnya memasak bukanlah kepakarannya, namun disebabkan harus hidup berdikari dia terpaksa belajar memasak. Terpaksa eh? Ahaks. Takdelah terpaksa mana. Senang juga hidup dia bila pandai masak.
Sedar-sedar je ada tangan yang memeluk dari belakang. Farhanlah weh. Takkan pocong kut. Farhan menongkatkan dagunya pada bahu Nairah. Memerhatikan Nairah menyediakan sarapan.
"Awal bangun? Tak mengantuk dah?"
"Tak. Memandangkan hari ni cuti. Kita jalan-jalan nak. I dah lama tak picnic dengan you. Shopping ke?"
"You prefer mana? Picnic or shopping?"
"Picnic."
"Okay then. Dah, pergi mandi. Nanti I siapkan barang semua."
"I tolong."
"Tak payahlah."
"Tak apa. I nak juga tolong."
"Fine. Pergilah mandi. Busuk tau."
"Busuk-busuk pun you tetap sayang." Farhan senyum nakal. Nairah hanya menggelengkan kepala. Nakalnya, tak berubah.
Teringat perkenalan mereka. Ketika Nairah mula-mula membuka butik bersama Fara. Mereka berkenalan kerana Farhan ada menempah baju di butik mereka. Sejak situlah dia mula rapat. Simple right? Tak perlu alasan dan cerita complicated untuk bercinta. Asalkan dua hati bersatu dengan rasa cinta.
====
Farhan membantu Nairah membentangkan tikar. Dia meletakkan bakul berisi makanan. Khemah sudah dipasang. Bukan nak tidur sana pun. Cukup sekadar tempat berteduh jika hujan atau terlalu panas. Kamera digantung pada lehernya. Dia ingin kenangan bersama Nairah terakam.
"Sinilah makan you." Nairah memandang Farhan. Ketika itu kamera berbunyi, klik.
"Hans! You ni. Suka je ambil gambar orang macam tu. Dengan muka blur I lagi."
"Mana ada blur. Comel je I tengok. Let's take a picture of us as our sweet moment." Lembut saja bicara Farhan. Nairah hanya menurut.
====
Selesai berkelah bersama, bergambar dan meluangkan masa bersama, mereka bersiar-siar di sekitar Pavilion . Farhan menggenggam erat tangan Nairah bagai tidak mahu dilepaskan. Dia ingin mengabdikan momen terindah ini dalam mindanya dan hatinya. Sebelum nafasnya terhenti.
![](https://img.wattpad.com/cover/57753771-288-k18519.jpg)
YOU ARE READING
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...