Month: 1
Nairah memuntahkan kembali nasi goreng yang Fayyad masak. Ergh, dahlah tak sedap. Campur dengan rasa mual, pergh. Kelas pertama sia layanannya. Fayyad hanya tersenyum kelat bila dikomplen Nairah.
Month: 2
Fayyad memeluk Nairah dari belakang yang sedang menyusun pinggan. Mulanya Nairah senang dengan kehadiran Fayyad, namun tiba-tiba mualnya datang. Cepat-cepat Nairah menolak tubuh Fayyad.
"Ergh, badan dahlah busuk! Faye, mandilah dulu... Baru peluk or cium orang." Marah Nairah.
Month: 3
Mual Nairah semakin berkurangan kini dia sudah agak bertenaga. Hari ini ibunya keluar dari penjara. Fayyad dan Nairah menjemput Sharifah Sakinah.
"Panggil ibu 'umi' ya? Umi... Umi suka." Sharifah Sakinah menbahasakan dirinya umi. Dia mengusap perut Nairah yang sudah nampak sedikit buncitnya. Semoga cucunya membesar dengan sihat di dalam rahim Nairah, anaknya.
====
Nairah mencapai batang mop yang dibiarkan Fayyad. Fayyad ke tandas sebentar. Jadi, pasti dia berpeluang untuk mengemop. 3 bulan duduk goyang kaki membuatkan Nairah berasa bosan. Sangat bosan. Baru saja dia mula mengemop, batang mop itu dirampas seseorang dari belakang.
"Faye! I nak buat... Sekali je." Pinta Nairah. Sengaja dia membuat puppy face supaya Fayyad tergoda dan membenarkan dia membuat kerja.
"No way sayang.. Even you goda I dengan those puppy face sekalipun I takkan bagi. You just need to rest. Only that kind of work you can do. Understand honey?" Nairah memuncungkan mulutnya. Wajahnya masam. Perlahan-lahan dia bergerak menuju ke peti sejuk mengambil sesuatu. Asam merah. Maigaddd, lamanya tak makan. Naik terus selera Nairah. Dia mengulum asam yang masam-masam manis itu.
Fayyad memerhatikan perbuatan Nairah, terus dia merampas asam yang berada pada tangan Nairah.
"Tak bagus makan asam. Its not good for baby sayang." Larang Fayyad. Nairah mendengus kasar.
"I nak! Please Faye... One more. Only one." Pinta Nairah penuh mengharap. Fayyad mengalah, dihulurkan sebiji asam lagi buat Nairah. Yang lainnya, Fayyad sebat seorang diri. Lama jugak tak pekena asam merah ni. Masa kecik-kecik suka main kat bibir. Macam pakai gincu. Haha. Author pun pernah buatlah.
Month: 4
Fayyad mengurut kaki Nairah penuh sabar. Dan teliti. Nairah pula sudah tertidur... Jadi dibiarkan saja agar Nairah terlena dengan aman. Perut Nairah sudah nampak membukit sedikit itu diusapnya perlahan. Fayyad mencium perut Nairah, juga dahi Nairah. Dia menyelitkan anak rambut yang menyemak di dahi Nairah.
"Good night sayang, terima kasih sebab mengandungkan zuriat I." Ucap Fayyad penuh romantis.
Month: 5
"Nairah, buat apa lap-lap pinggan ni. Biar umi je yang buat. Pergilah borak dengan Tok Wan. Tok Wan(Tan Sri Syed Omar) datang nak tengok mak buyung ni..." Ucap Sharifah Sakinah sambil berseloroh dengan anak perempuannya Nairah. Syukur pada Allah, hubungan keluarga antara Tan Sri Syed Omar dan Sharifah Sakinah kembali normal. Tiada lagi persengketaan antara mereka berdua.
Nairah berjalan perlahan ke ruang tamu. Hmm, jawapan kepada kebaikan Tan Sri Syed Omar kepada Nairah adalah kerana Nairah cucunya. Huh, cliche ke? Nairah menghadiahkan senyuman buat, erkk. Atuknya? Haha, rasa kekok nak panggil dia Tok Wan. Dah terbiasa I, you.
"Tok Wan, dah makan? Umi baru je lepas masak ketam masak lemak cili api." Ujar Nairah sambil mencium tangan Tok Wannya.
"Boleh juga, dah besar dah perut Nairah. Tak lama lagi Tok Wan dapat cicit pulak.." Nairah hanya senyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/57753771-288-k18519.jpg)
YOU ARE READING
Hey, Mr. Pinky!
RomansaFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...