Bab 10

10.1K 451 25
                                    

Nairah menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Melayan pelbagai ragam pelanggan yang datang untuk menempah. Menyiapkan lakaran-lakaran yang diminta. Sudah dekat 2 minggu dia tidak berhubung dengan Farhan. Sibuk barangkali. Nairah duduk termenung di meja kerjanya.

"Woi, makcik! Yang kau termenung ni kenapa?"

"Takdelah, Hans ni hah. Dah dekat 2 minggu tak call aku. Mesej pun tak." Kendur saja suara Nairah.

"Dia busylah tu. Entah-entah dia pasang lagi satu tak?"

"Hisy, kau ni! Tu doa tahu tak!"

"He he, sorry lah. Aku rasa dia sibuk kerja. Kan kau juga yang cakap dia CEO. So, tak mustahillah kalau dia sibuk. Outstation ke?"

"Tak mungkin. Selalu dia inform aku."

Fara hanya menggelengkan kepala sebelum menyambung kerjanya.

====

Nairah berbaring di katilnya. Dia memikirkan sebab mengapa Farhan langsung tidak menghubunginya sejak mereka berkelah dua minggu lepas. Aku ada buat salah ke?

Dia terus bangun dan mencapai jaket miliknya lalu dia sarungkan pada tubuhnya. Nairah memandu ke kondominium milik Farhan. Jam di tangannya sudah menunjukkan angka 10 malam.

Masuk saja, lampu semua masih belum dibuka. Farhan outstation? Nairah terus pergi ke bilik tidur Farhan. Kosong. Katil bersaiz king itu kosong tanpa tuannya. Nairah terus merebahkan dirinya pada katil itu. Dia memeluk bantal peluk milik Farhan seeratnya. Bau wangian Farhan melekat pada bantal itu. Seakan dirinya sedang memeluk tubuh Farhan. Rindunya pada dia.

====

Farhan masuk ke dalam biliknya. Dia tahu Nairah tidur di situ. Dia sudah berbaik dengan keluarganya setelah hampir dua tahun suatu peristiwa berlaku, dia mulai rapat kembali. Nama penuhnya Farhan Amsyar Datuk Haji Arman. Adiknya Fayyad Amsyar a.k.a. Faye.

Farhan mendekati tubuh Nairah, dia mengusap kepala Nairah. Lalu dia mencium dahi Nairah sebelum mula berkata.

"Nairah, I minta maaf sebab buat macam ni. I tak nak you terluka. I sayangkan you. I sakit Nairah. I tak nak you sedih bila I pergi." Farhan terus berlalu pergi ke rumah ibunya. Ditinggalkan Nairah di situ.

====

Nairah terjaga dari tidurnya ketika telefonnya berdering tanda jam sudah pukul 7 pagi. Dia teringat mimpinya semalam. Farhan datang dan mengusap, mencium dahinya. Namun, ayat yang diucap Farhan memusykilkan dirinya.

"Nairah, I minta maaf sebab buat macam ni. I tak nak you terluka. I sayangkan you. I sakit Nairah. I tak nak you sedih bila I pergi."

Apa maksud mimpi tu? Farhan sakit apa? Kenapa perlu pergi? Nairah bingung. What the hell is going on?!!

Kemudian dia menjadi positif semula. Mimpi kan mainan tidur. Farhan is gonna be fine Nairah. Do not worry. Maybe dia outstation.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Guys, happy new year. semoga tahun ini lbih baik drpd tahun lepas. semoga kite semua menjadi insan yg lbih baik drpd yg lepas2. author pun da tua daa. huhuhuhu...

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang