Fara menggantungkan baju-baju pengantin yang baru sahaja disiapkan. Dia menoleh ke arah Nairah yang sedang leka melakar design baju pengantin yang berkonsepkan melayu-cina. Gabungan sedikit budaya cina dan melayu, memandangkan si bakal pengantin ada darah kacukan cina. Jadi, sebagai pereka fesyen. Nairah mengiyakan saja. Seronok apa?
Ting!
"Rara, ada orang. Kau tengok kan eh? Aku nak siapkan design ni jap. Sikit je lagi nak siap."
"Ha, okey. Aku fahamlah. Aku rasa yang datang ni kawan aku. Fayyad namanya. Handsome tau."
"Yelah tu.."
Fayyad yang sedari tadi menunggu bagai pak guard itu akhirnya masuk ke dalam butik berhawa dingin bernama FaNa itu.
"Kenapalah lambat sangat you buka pintu ni Rara? Kang melecur kulit I, jatuh menjunam saham I ni." Fara menggelengkan kepalanya sambil berkata.
"Saham apa? Saham gayboy paling dikehendaki kat KL ni?"
"Come on Ra, you tahu I ni bukannya gayboy. Orang je yang salah anggap tengok muka jambu I ni."
"Hmm, dah duduklah kat sofa tu. Kat sana yang tengah khusyuk melukis tu macam tengah layan lagu Exo tu Nairah. Designer kat sini. Berboraklah ya dengan dia. Dia kasar sikit orangnya. I nak jawab call dulu, lepas tu nak buatkan coffee untuk you."
Mata Fayyad yang sepet itu terus besar. Diperhatikan susuk tubuh yang sedang duduk membelakanginya.
"Hey, you ni Nairah kan?" Fayyad menepuk lembut bahu Nairah. Nairah yang sedang melukis itu tersentak. Hancur lakarannya. Dia terus bangun dan berpaling melihat gerangan yang menyebabkan lakaran yang sudah hampir siap itu hancur. Mencerlung matanya melihat Faye gayboy itu dihadapannya.
"Hey, Mr. Pinky!!!!!!!! Kau tahu tak, lakaran aku jahanam sebab kau! Apsallah aku jumpa lelaki macam kau ni?! Shit!" Terus dimaki hamun Fayyad tanpa belas. Fayyad sudah terdiam seribu bahasa. Dia menundukkan kepalanya tanda rasa bersalah.
"I'm sorry. I tak sengaja..."
"Tak sengaja kepala bana kau! Kau mampu ke siapkan design ni?! Aku tanya ni! Jawablah nakharam!"
"Fine! Biar I siapkan. Malam ni juga I hantar kat you kalau you marah sangat kan." Fara sudah terpinga-pinga.
"What the hell is going on here? Nairah? Faye? Apa ni gaduh-gaduh?"
"Oh, inilah Fayyad yang kau cakap tadi. Mamat gay boy ni rupanya..." Sinis saja ayat itu kedengaran pada telinga Fayyad. Apalah nasib aku jumpa perempuan macam mak tiri ni?
"So? Kenapa bising-bising?" Fara bertanya.
"Dia terkejutkan aku sampai jahanam design aku ni!" Jari telunjuk Nairah menuding tepat pada wajah Fayyad.
"Faye?" Fara bertanya minta kepastian.
"Yup, I bukannya sengaja. I tak tahu pulak kawan you ni cepat melatah. I'm sorry okay. Just beritahu ciri-ciri yang perlu ada pada baju tu. I design balik. Malam ni juga I hantar."
"Serious?"
"Yes, I'm serious. Dahlah mulut kawan you ni takde insurans. Kerja nak maki orang je. Apa ilmu you diamkan mulut dia?"
"Apa kau cakap? Oh my god!! Shit betullah kawan kau ni Ra."
"Nairah, be professional . Stop arguing like children. Come on guys! Masing-masing dah besar. Takkan nak bergaduh macam ni. Hah?! Sia-sia jelah belajar tinggi-tinggi lepas tu adab tu entah ke mana? Don't be so stupid!" Kini Fara pula yang menghamburkan kemarahannya. Nairah dan Fayyad terdiam.
"Fayyad, ni design Nairah. Cuba ikut. Then you ubahlah ikut kepakaran you. Butik ibu you macam mana?" Fara mula berlembut.
"Butik ibu I okey je. About this design, do not worry. I'll do it and pass it to you this night."
"Good. Nairah, pergi rehat. Kalau ya pun stres jangan macam ni."
"Rara, better I balik dulu. Hati kawan you ni takkan tenteram selagi I tak balik." Sindir Fayyad sebelum berlalu pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...