Azmin duduk di lantai sambil memandang skrin telefonnya. Dia sedang berkira-kira sama ada mahu menelefon Nurin ataupun tidak. Tentang rancangannya untuk menghancurkan hidup Fayyad dan Nairah. Dia teringat kenangan dulu, saat dia mengenali Nairah.
Flashback- 6 years ago.
Azmin POV
Aku duduk di bangku berdekatan taman bunga di universiti ini. Menunggu insan yang aku minati sejak pertama kali aku masuk universiti ini. Seminit, dua minit. Dan... Yes!
Nairah akhirnya berjalan melewati aku. Di tanganku ada sekuntum bunga mawar kesukaan Nairah. Nairah tidak berjalan seorang diri. Ada Fara dan Lisa bersamanya.
"Nairah, I nak cakap sikit dengan you." Sapaku. Nairah memandangku sekilas sebelum bersetuju untuk mengikutku. Kami berjalan jauh sedikit dari Fara dan Lisa yang sudah berbisik-bisik melihat sekuntum mawar di tanganku.
"Ada apa Min?" Tanya Nairah. Aku memandangnya sekilas. Cantik, dengan gaun pendek paras lutut berwarna biru pastel dan cekak rambut berwarna senada dengannya.
"I.. I nak beri. Wait a second, take this rose first." Nairah hanya senyum sambil menyambut huluran mawar huluranku.
"Thank you. So sweet. So, kenapa ajak berbual kat sini? Kan boleh je kita berbual dengan Rara and Lisa kan?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomantizmFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...