Nairah mundar mandir di halaman rumah. Sudah masuk hari ketiga dia berada di kampung. Kata Fayyad, hari ini mereka akan berjalan sekitar kampung. Kedengaran bunyi enjin motorsikal, Nairah pusing belakang. What?! Nak naik motor ke? Aku dahlah tak pernah naik motor... Maigosh!
"Naiklah cepat. Menung apa lagi tu?" Tanya Fayyad. Nairah naik perlahan-lahan. Sebaik sahaja punggungnya mencecah tempat duduk. Fayyad mula menghidupkan motor.
"Peluk pinggang I, nanti you jatuh kang." Pesan Fayyad.
"Isy, tak naklah. Tak jatuh punlah... See?" Oh, tak jatuh. Takpe, takpe. Kau tunggu je. Fayyad sengaja menunggang motorsikal itu lebih laju sehingga keseimbangan Nairah tidak stabil. Secara spontan tangan Nairah memeluk erat tubuh Fayyad dari belakang. Matanya ditutup. Takut! Hmm, wangi juga mamat ni. Ahaks.
"Peluk juga... Tadi beriya kata okey." Sindir Fayyad. Nairah mencubit lengannya.
"You yang merempit bukan main. Ni kita nak ke mana?" Tanya Nairah.
"Petang-petang macam ni best pergi sawah. You tak pernah tengok sawah kan?"
"Hmm, best sangat ke tengok sawah?"
"Bestlah. Ciptaan Allah. Cantik je, nanti kita selfie kat sana."
"For what?"
"As our sweet moment."
"Bagi I plastik kat bakul tu kejap."
"Buat apa?" Hairan dengan permintaan Nairah.
"Nak muntah." Terus meletus gelak tawa Fayyad.. Orang acah sweet pun nak gelak. Apa da??
Sampai saja di sawah, Nairah turun dahulu. Betullah Faye cakap. Cantik sawah ni. Hijau je... Tenang mata yang melihat. Luas pulak tu.
"Jom, pegang tangan I. Nanti jatuh susah. Nak jalan pergi kat pondok tu susah sikit. Licin." Nairah akur. Dia menggenggam erat tangan Fayyad. Sesekali tangannya membetulkan tudung yang dipakai.
"Faye!" Fayyad memandang Nairah.
"Kenapa?"
"Ergh, selipar I dah kotor. Habis kaki I pun kotor..." Keluh Nairah.
"Takpe, nanti kita pergi sungai. Bersihkan kat sana."
"Hmm..."
Fayyad mengeluarkan iPhone merah jambunya. Dia berselfie seorang diri di pondok itu. Nairah pula sedang leka memandang keindahan sawah padi yang terbentang luas di hadapannya. Sehinggakan dia tidak menyedari Fayyad mengambil gambarnya. Fayyad senyum.. She is so beautiful, gergous, sweet as a candy.. Ah! Semuanya lebih kurang Elly.
"Jom selfie sama." Fayyad sengaja merangkul pinggang Nairah. Nairah sudah mula rimas.
"Faye! Rimas..."
"Remember our deal before get married? Just do it."
"Fine." Nairah membiarkan tangan Fayyad melingkar pada pinggangnya. Fayyad mencium dahi Nairah kemudian berselfie dengan gaya itu. Acah sweet. Lepas tu simpan dalam gallery phone. Tatapan peribadinya, mungkin suatu saat dia akan merindui Nairah.
Nairah memasamkan wajahnya. Asyik-asyik mention pasal deal tu. Ergh, kalau bukan pasal Hans aku pun tak nak kahwin dengan kau.
Fayyad memandang Nairah. Hmm, marah lagi ke?
"Jom pergi sungai. Sungai sini cantik tau. Ada ikan kecil-kecil pulak tu."
"Tak tipu kan?"
"Tak.." Nairah memeluk erat pinggang Fayyad. Takut jatuh motor, dahlah Mr. Pinky ni bawak macam pelesit. Fayyad gelak kecil. Comel perangai Nairah ni sebenarnya.
====
"Hati-hati, jatuh nanti basah baju." Nairah duduk di gigi air... Memerhatikan anak-anak ikan yang comel. Dia mengajak Fayyad duduk di sebelahnya.
"Auw, so adorable.. Look at this cutiest fish ever." Suara manja Nairah terkeluar. Terpegun Fayyad mendengar. Mengancam. Terpikat ana.
Fayyad menyinsingkan seluar tracknya, dia merendamkan kakinya. Anak-anak ikan itu diusiknya. Nairah juga berbuat begitu. Alah, takde orang pun. Sunyi je, so bolehlah sinsingkan seluar.
"Wow, sejuknya.. Boleh frozen kat sini." Nairah bersuara sebaik saja kakinya masuk ke dalam air.
"Okeylah tu kalau frozen. You jadi Anna, I jadi Olaf."
"Mana boleh! I dah cop Olaf dulu." Seperti anak kecil berebutkan watak kartun yang diminati.
"Sejuk.... Refreshing betul kampung you ni. Biarpun so kg.com. I like it. Very like it."
"I dah cakap dah. Jomlah balik, dah nak senja."
"Kenapa kalau dah senja?"
"I dengar cerita, sungai ni ada penunggunya. Bila senja macam ni, dia suka sangat bila ada perempuan cantik duduk sini..." Nairah terus menjerit apabila Fayyad memeranjatkannya. Fayyad berlari meninggalkan Nairah. Nairah cepat-cepat membetulkan seluarnya lalu berlari ke arah motorsikal Fayyad. Takut! Ada penunggu... Kuang, kuang, kuang! Naif betul, kena tipu hidup-hidup jelah kau ni Nairah.

YOU ARE READING
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...