Bab 16

9.4K 412 7
                                    

Hati Datin Hajah Merliana bagaikan dihiris berkali-kali apabila diberitahu tentang sakit yang dihidapi Farhan. Sungguh dia terkejut dan sedih. Fayyad tidak kurang juga. Meskipun hubungannya dengan Farhan tidaklah baik mana. Tetapi Farhan tetap prihatin terhadapnya. Ayahnya sedang bersiap-siap untuk ke hospital.

"Ibu, sabar okey. Insya Allah abang okey. Percayalah cakap Yad." Datin Hajah Merliana hanya mendiamkan diri. Tidak ada rasa untuk bersuara.

====

Setelah mengetahui kedudukan wad Farhan. Mereka tiga beranak bergegas ke sana. Datin Hajah Merliana yang masuk dahulu sebelum diikuti yang lainnya. Dia agak terperanjat apabila melihat seorang perempuan yang memakai blaus pendek paras lutut berwarna biru laut sedang tidur sambil memegang tangan Farhan. Wajah perempuan itu tidak kelihatan kerana terlindung dek tangan kasar Farhan. Farhan tersedar dari tidurnya. Dia agak terkejut dengan kehadiran Nairah. Dan terkejutnya semakin bertambah apabila melihat ibunya, ayahnya serta Fayyad berada di situ.

Farhan cuba untuk duduk, Fayyad membantu. Dia mengucapkan terima kasih kepada Fayyad. Farhan mengusap kepala Nairah. Sehingga Nairah tersedar.

Farhan senyum. Dia terlihat bekas air mata yang sudah kering pada pipi Nairah.

"Ibu, ni Nairah. Kekasih Hans." Farhan memberitahu ibunya. Datin Hajah Merliana agak terkejut kerana sebelum ini dia sudah berkenalan dengan Nairah.

"Nairah ni bukan ke owner Butik FaNa?" Tanya Datin Hajah Merliana yang bertudung hijau emerald itu. Nairah tersentak. Ibu? Hans? Jadi, inikah keluarga Farhan itu? Nairah cepat-cepat menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Maaf Datin, I tak tahu pulak..."

"Jangan panggil Datin. Panggil je aunty. Lagipun, Nairah kan bakal menantu aunty." Farhan senyum. Takkan ibu, takkan. Hans dah nak pergi. Sayu hatinya.

"Hans, kenapa Hans tak pernah beritahu ayah pasal sakit Hans?" Tanya Datuk Haji Arman.

"Yah, Hans tak nak cerita pasal sakit ni. Hans kalau boleh nak lupakan hal ni. Oh ya, Fayyad. This is Nairah. Nairah, this is my brother. Fayyad."

"Oh, so... inilah bakal kakak ipar aku. Not bad Hans..." Fayyad sengaja berpura-pura tidak mengenali Nairah. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Nairah menyambut huluran itu dengan senyuman palsu terhias di bibir.

"Maaf, sekarang adalah masa untuk Encik Farhan makan sebelum makan ubat." Seorang jururawat bertubuh kecil menyapa.

"Hans nak ibu suapkan." Pinta Farhan. Sudah lama tidak bermanja dengan ibunya. Nairah okey je. Dia faham, tentang betapa pentingnya seorang ibu biarpun dia memandang remeh hal itu. Semuanya kerana ibunya telah membuang Nairah ke rumah anak yatim.

"Nairah dengan Hans berapa lama kenal?" Tanya Datin Hajah Merliana pada Nairah.

"Tiga tahun aunty."

"Oh, dah lama rupanya. Hans ni pun, dah lama baru nak beritahu. Cubalah cakap kat ibu awal-awal." Datin Hajah Merliana cuba untuk senyum, menyembunyikan perasaan hibanya. Farhan senyum..

Dia hanya makan saja bubur yang disuap ibunya, tawar. Kenapa makanan hospital mesti tawar. Aisy! He he.

"Ubat biar Nairah jelah suap ya? Ibu nak duduk sana. Nak tahu juga macam mana perangai bakal menantu ibu ni." Farhan gelak kecil. Bibir merahnya yang pucat itu sempat mengukir sebuah senyuman nakal buat Nairah yang ada disebelah.

Nairah duduk di kerusi sebelah katil Farhan. Dia menghulurkan beberapa biji pil yang harus dimakan Farhan. Farhan mengambilnya lalu memasukkan ke dalam mulut sebelum Nairah menghulurkan air untuk diminum. Simple je... Kan? Senang betul ujian nak jadi menantu. Kalau korang nak tak mak mertua suruh buat gini terus lulus. Ahaks. Selesai makan ubat Nairah membantu Farhan untuk baring.

"Hans, ibu, ayah dengan Yad balik dulu ya? Nairah tolong jagakan Hans ya.. Aunty tahu Hans lebih selesa dengan Nairah." Nairah menganggukkan kepala seraya bersalaman dengan keluarga Farhan itu.

====

Nairah mahu bangun untuk ke tandas. Tiba-tiba rasa nak terkucil. Tangannya ditarik seseorang. Farhan.

"I pergi toilet. Sekejap je. You duduklah dulu ya. Kejap lagi cerita Man Karate tu nak mula dah." Lembut saja suara Nairah.

Cerita Man Karate ini bukan cerita melayu, ataupun inggeris. Tetapi ialah cerita tamil yang merupakan kegemaran Nairah dan Farhan. Sudah berkali-kali menonton cerita yang sama, namun tidak jemu. Seronoklah! Korang tak try tengok, apa tahu? Author pun tengok tau. Author ni peminat tegar filem-filem tamil. Sebab tu Farhan dan Nairah pun minat sekali. Ahaks.

Farhan angguk. Mengiyakannya.

Nairah kembali semula di sisinya. Menonton bersama. Tangan Farhan dipegang.

"Kenapa ni? Macam tak nak lepaskan I je?" Tanya Farhan.

"Yes, I tak nak you tinggalkan I.. You buat treatment ya?" Farhan menggelengkan kepalanya.

"Tak nak. I pun dah tak lama Nairah. I tak perlukan semua tu. Yang I perlu cuma kasih sayang semua orang.." Nairah mencium dahi Farhan. Dia memalingkan wajahnya ke arah televisyen. Dia tidak mahu Farhan melihatnya menangis.

"Shh... Jangan menangis yang, kenapa menangis?" Sayu saja Farhan bersuara.

"I tt... tak sang...sanggup tengok you sakit macam ni. Kenapa Hans? Sikit pun you tak beritahu I. You're such a beautiful liar. Kenapa? You suka tengok I sedih kan..." Esakannya semakin kedengaran. Farhan nenarik Nairah dalam pelukan. Habis basah lencun baju hospital yang tersarung pada tubuhnya dek air mata Nairah.

"It's beautiful pain to lying on you. I lebih terseksa Nairah. I tak sanggup. Dah, lap air mata. Kita kan nak tengok Man Karate." Nairah akur.

••••••••••••••••••••••••••
kalau nk tahu lbih lgi psl Man Karate ni, search kt youtubelah. Bgi yg berminat. author mmg minat pun. dri kecil tgok cerita tamil. fham je ape yg dorg ckp melalui subtitle English kt tv. hehehe

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang