Nairah meletakkan beg tangannya di atas meja. Dia mula merapikan dirinya. Dah selamat mendarat di butiknya dan Fara. Butiknya diberi nama FaNa, sempena namanya dan Fara.
"Hans ajak lunch sama ke?"
"Haah."
"Sukalah tu."
"Of course. Lagipun dah seminggu tak jumpa. Dia kan outstation kat Bali hari tu."
"Ada ole-ole tak?"
"Maybe. Jangan risaulah. Mesti ada punya."
"Yelah... Sweetlah Hans tu. Aku pun nak juga buah hati camtu. Pagi-pagi je nak ngayat kau macam apa."
"Hmm, bolehlah... Alah, Hans kan memang macam tu. Memang orangnya sweet talker."
====
Nairah terus cepat-cepat berlalu ke kafe yang Mr. Pinky sudah tetapkan untuk pertemuan mereka berdua tentang baju milik Faye itu. Apabila terlihat kelibat seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna merah jambu lembut bersama seluar jeans putih, Nairah terus menghampiri.
"This is your cloth. I got to go. Bye..." Fayyad menarik tangan Nairah.
"Relaxlah. Duduklah minum ke apa ke?"
"Aku dah lambat. Ada lunch date lagi... So, tak boleh nak dating-dating dengan kau."
"Hmm, yelah. I pun tak ingin dating dengan you."
Nairah pergi ke kafe yang selalu menjadi pilihannya dan Farhan. Dia merapikan dirinya sebelum melangkah masuk ke dalam tempat berhawa dingin itu.
"Hi, sorry I'm late." Nairah melemparkan senyuman manisnya pada Farhan.
"Hi, tak pelah. I okay jer. Jom makan, makanan ni baru je sampai tau."
"Okay. Thanks sebab tolong orderkan untuk I."
"My pleasure . Malam ni dinner rumah I. Okay?"
"Dinner rumah you pulak?"
"Yelah. Lagipun I dah hantarkan red gown for you. 'postmen' I dah hantar. You pakai tau malam ni. Nanti I jemput. Don't worry. Gaun tu dah basuh."
"You nak masak apa malam ni?"
"Your favourite food."
"Serius? You nak masak spaghetti bolognese?"
"Yes. Anything for you my dear."
====
Nairah menyapa Datin Nora yang sedang duduk di sofa berkulit milik butik perkongsiannya dan Fara.
"Hi Datin. Sihat datin?"
"Sihat je. Nairah sihat?"
"Sihat datin. Macam selalulah. I sihat je. Design wedding yang berkonsepkan garden wedding anak datin dah siap. Ni dia... Ada beberapa design kat sini. Datin pilih dulu. Saya pergi ambil air kejap."
"Ah, yelah.. Terima kasih." Nairah hanya senyum.
Ketika dia sedang membancuh kopi di pantri kecil butik itu, bahunya dicuit seseorang. Nairah berpaling. Adnin rupanya, inilah 'posmen' Farhan.
"Ni, kekasih hati kau bagi.. Katanya ada candle light dinner malam ni. Boleh join?" Nairah terus mencubit lengan Adnin.
"Mana boleh. Buat kacau daun je buat apa? Thanks. Ambillah coklat kat peti sejuk tu. Upah."
"Thanks."
"Most welcome to you."
====

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...