Fayyad mengetuk pintu bilik tetamu yang Nairah duduk sekarang ini. Sudah jam 8 malam dan Nairah langsung tidak keluar dari bilik untuk makan. Satu hari pulak tu.
"Nairah, I'm sorry. Pleaselah, keluar sayang. Makan. I dah bawa kan nasi dengan lauk. Buka pintu ni ya?" Nairah jijik mendengar perkataan sayang itu.
"Nairah, last warning. Better you buka atau I yang bukak guns spare key. Decide it now!" Tegas Fayyad bersuara. Nairah mengeluh. Dia bangun, langkahnya semakin lemah kerana kekurangan tenaga. Sebaik saja pintu dibuka, Nairah jatuh terjelepuk di atas tubuh Fayyad. Bibirnya sudah pucat.
"Astagfirullahalazim, Nairah. Kenapa tak makan satu hari? Tengoklah, badan you lemah ni." Nairah tidak berdaya untuk bersuara. Fayyad mencempung tubuhnya dibawa masuk ke kamar beradu utama mereka.
"Baring ya. I buat bubur.. Ni ada roti, makan buat alas perut. Kalau ya pun marah I, jangan cederakan diri you boleh tak? Lama sangat dah ke hidup sampai nak skip makan ni?" Marah Fayyad. Nairah memalingkan wajahnya daripada melihat Fayyad. Sakit hatinya masih bersisa.
Fayyad cepat-cepat menyediakan bubur ayam. Kemudian dia membawa bubur itu ke biliknya. Didudukkan Nairah, kemudian dia menyuap bubur itu.
"Makan Nairah. Sehari you tak makan, dengan penat cat, kemas bilik ni..." Nairah akhirnya membuka mulut. Seleranya hilang. Baru lima suap bubur dimakan, Nairah menolak sudu itu. Dia cepat-cepat berlari ke bilik air. Dia memuntahkan kembali bubur yang baru saja dimakannya tadi. Perutnya sakit kembali. Allah saja yang tahu betapa sakitnya perutnya, hatinya... Seksa siott. Nairah membasuh mulutnya dan melangkah keluar dari tandas. Fayyad segera membaringkan Nairah. Dia membuka satu persatu butang baju Nairah, terus terbuntang mata Nairah.
"Ap..Apa you b..b..buat ni?!" Lemah saja suara Nairah.
"Tukar baju you. Takkan you nak pakai baju dengan seluar pendek macam ni. Kita nak pergi klinik Nairah. Suruh doktor masukkan air dalam badan you."
"I buat s..sse...sendiri. Just stay away from me." Nairah memegang tangan Fayyad yang tadinya ligat membuka butang bajunya, memberhentikan perbuatan Fayyad. Dia jijik dengan sentuhan Fayyad. Jijik. Fayyad akur. Dia keluar dari bilik memberi ruang buat Nairah menukar pakaian.
====
Fayyad memapah Nairah masuk ke dalam kereta, setelah dimasukkan air ke dalam badan. Nairah agak bertenaga sedikit. Namun selera makannya tetap tiada. Tadi teruk Fayyad dimarahi doktor yang merupakan sahabatnya kerana tidak menjaga makan minum Nairah dengan betul.
"Feeling better now?" Tanya Fayyad.
"Non of your business." Jawab Nairah. Wajahnya menghadap cermin tingkap. Tidak mahu memandang wajah Fayyad. Fayyad pula berasa agak bengang, rahangnya bergerak sedikit.
Sampai saja di rumah Nairah berjalan keluar dari kereta terlebih dahulu, tidak mahu dibantu Fayyad. Dia masih boleh bergerak sendiri, dia bukannya perempuan lemah yang tergedik-gedik mahukan perhatian lelaki.
"Nairah, tunggu I." Fayyad menarik tangan Nairah dengan kasar secara tidak sengaja.
"Sakitlah! Apa lagi yang you nak? Cukuplah buat I macam ni. Ceraikan I. Fayyad Amsyar, ceraikan aku!" Fayyad terkedu. Manik-manik halus yang mengalir di pipi Nairah usap ke tepi.. Dia merentap tangannya sebelum berlalu masuk ke dalam.
Dia tidak menyangka secepat ini Nairah meminta cerai. Tak mungkin. Aku dah berjanji untuk jaga kau. Tak semudah itu aku akan lepaskan kau. Selagi maut tidak memisahkan kita.
====
"Nairah! Please, open the door. Let me come in. You kena makan sebelum tidur. Nairah!" Fayyad mengetuk pintu berkali-kali. Dia terus bersandar pada daun pintu itu. Degil betul!
"Nairah, please. Jangan sampai I yang buka and benda bukan-bukan yang jadi." Seram Nairah mendengarnya, dia melangkah malas ke arah daun pintu dan membukanya. Fayyad yang bersandar pada pintu jatuh terbaring atas kaki Nairah.
"You nak apa?" Tanya Nairah kasar.
"Jom makan bubur ayam tadi."
"Tak lapar."
"Makan Nairah, you nak I berkasar dengan you ke?"
"Huh, fine." Fayyad menarik tangan Nairah ke bilik tidurnya bersama semangkuk bubur ayam.
Fayyad menyuapkan sesudu bubur ayam ke dalam mulut Nairah.
"I suap sendiri. I dah okey, so I makan sendiri."
"Tak, biar I yang suap. I'm your husband, Nairah. So please, jangan melawan." Nairah akur. Dia ni kadang-kadang gentleman, kadang-kadang macam mafia pun ada.
Habis semangkuk bubur ayam Nairah habiskan.
"Siapa yang tolong you cat ni semua?"
"Rara, sorrylah sebab tak beritahu you. I baru je nak buat surprise . Tak sangka I pulak yang dapat surprise dari you." Sinis saja ayat itu kedengaran pada telinga Fayyad. Dia cuba sabarkan hati, dia tidak mahu menyakiti hati Nairah.
"I'm sorry, okay? I bukan sengaja. Semua yang jadi tu luar kawalan I."
"What ever. Dahlah, I nak masuk bilik tadi. You tidurlah sini. I tak nak sebilik lagi dengan you." Saat Nairah melangkah setapak ke hadapan, tangannya ditarik Fayyad dari belakang. Akibatnya Nairah terjatuh ke atas riba Fayyad.
"Nairah, I minta maaf. I tak sengaja. Please, bagi I peluang. I cuma stres. Itu je. I tak suka isteri I sebut-sebut nama lelaki lain." Bisik Fayyad pada telinga Nairah. Terasa hangat nafas Fayyad menyentuh cuping telinga Nairah. Nairah menjadi tidak selesa apabila wajahnya mendekat dengan wajah Fayyad.
"Faye, I tak selesa. Please, let me go. You minta maaf, I maafkan. Now, lepaskan I. Peluang? No way. Apa yang I cakap tadi tu bukan main-main. Ceraikan I." Fayyad terdiam. Tak mungkin Nairah, aku takkan lepaskan kau. Kau dah buat aku sukakan kau, lepas tu minta aku lepaskan kau. No way!
"Never honey, I'll never ever let you go." Pelukan pada pinggang Nairah semakin erat. Semakin meronta-ronta Nairah dibuatnya.
"Faye, you nak apa sebenarnya?"
"Tidur dengan I. Awal-awal lagi I dah beritahu kan, kita tetap akan tidur sebilik walau apa pun yang terjadi."
"Okey, I tidur dengan you. But now, please. Lepaskan I boleh tak. Rimaslah you peluk macam ni. Ingat best ke?" Fayyad gelak kecil sebelum melepaskan pelukannya. Dia berbaring atas katil sambil menepuk-nepuk katil itu mengarahkan Nairah tidur di sebelahnya. Nairah dengan sakit hatinya bermalas-malasan menuju ke sebelah Fayyad.
Dia tidur membelakangi Fayyad. Ergh, tak habis-habis peluk orang. Peluklah teddy bear pink dia tu!
"Thanks sebab tolong cat bilik ni. I'm really-really appreciate it." Bisik Fayyad sebelum terlena.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...