Bab 11

10K 478 6
                                    

Nairah tiba di butik lambat angkara mimpinya pagi tadi. Berkali-kali Fara bertanya sehinggakan dia akhirnya berterus terang. Dia teringat kata-kata Fara.

"Nairah, tu cuma mimpi. Kalau dia mengelak nak jumpa kau. Terus pergi office dia. Jumpa dia, slowtalk dengan dia. Aku rasa dia just terlalu sibuk je. Kau sendiri kata dia kalau bab kerja ni memang fokus gila.. Sampai nak call kau pun kadang lupa. Kan?"

Ya ke? Kenapa hatinya langsung tak mengiyakan apa yang disebut Fara. Dia merasa sebaliknya..

Fara menepuk lembut bahu kawannya itu. Berangan lagi... Nairah, Nairah...

"Kalau risau sangat, pergilah office dia. Lagipun hari ni butik tengah lengang. Pergilah... Aku izinkan."

"Betul ke ni?" Nairah senyum gembira apabila Fara membuat tanda ok menggunakan jari. Dilihatnya jam tangan kesayangan, 10 pagi. Pasti Farhan masih di pejabat.

====

Nairah menghampiri meja kaunter. Dia belum pernah lagi menjejakkan kaki di syarikat itu. Dia tak rasa berminat pun. Sebab dia berminat pada Farhan. Bukan kekayaan Farhan. Tapi beb, sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam syarikat itu. Nairah terus terpegun. Dia sungguh mengagumi seni binaan dalam syarikat itu. Cukup ringkas tetapi menarik perhatiannya.

"Er.. Encik Farhan ada?" Tanya Nairah.

"Maaf ya cik Nairah. Encik Farhan sedang ada mesyuarat di bilik mesyuarat." Jawab wanita bernama Ayu. Seayu tuannya pada pandangan Nairah.

"Oh, bila ya mesyuaratnya habis?"

"Lagi 30 minit. Kalau cik mahu tunggu, biar saya bawa cik ke ruangan Encik Farhan. Cik boleh tunggu di situ memandangkan cik ni kekasih Encik Farhan. Sila ikut saya." Nairah hanya membuntuti Cik Ayu ke ruangan Farhan.

"Cik Nairah duduk je kat sini. Nanti, bila Encik Farhan keluar dari bilik meeting... Saya akan maklumkan kedatangan cik." Nairah menganggukkan kepala seraya melemparkan senyumannya hingga menampakkan lesung pipinya. Farhan selalu puji dirinya dan selalu berkata lesung pipi itulah yang membuat dia jatuh suka pada Nairah. Such a sweet talker, am I right?

Nairah bermundar mandir... Lamanya 30 minit tu. Macam 30 tahun dah. Hisy, macam mana ni? Baik aku duduk dulu. Apa gunanya ada sofa. Kan?

Nairah duduk di sofa. Baru saja bersandar, matanya terlelap. Mungkin kerana tidur lambat semalam.

====

Farhan keluar dari bilik mesyuarat tepat jam 10.30 pagi. Dia terus menuju ke biliknya. Namun Ayu memanggilnya.

"Ya Ayu. Ada apa?"

"Er, kekasih encik datang tadi. Dia ada di ruangan encik. Lama dia tunggu. Dekat setengah jam jugaklah." Farhan menampakkan riak terkejutnya.

"Nairah kan?"

"Ya, encik. Kenapa tanya nama pulak? Encik ada banyak aweks ke?" Gurau Ayu. Farhan ketawa kecil. Sempat lagi gurau.

"Takdelah. Saya ni setia tau. Saya saja tanya. Kut-kut orang lain yang menyamar jadi kekasih saya. Well, I'm a handsome guy." Sempat lagi membangga diri si Farhan ni.

"Hesy encik ni. Pergilah sana cepat. Kesian Cik Nairah."

"Hmm, yelah. Terima kasih beritahu."

"Sama-sama."

Farhan masuk ke ruangannya. Dia terlihat Nairah yang tertidur di sofa kulitnya. Dia senyum. Kenapa Nairah? Kenapa you ni perempuan yang tak pernah putus asa. Apa lagi I kena buat supaya you menjauhi I?

Dia menghampiri Nairah yang sedang tidur itu. Dia mengusap kepala Nairah. Sengaja bermain dengan wajah Nairah. Ketika sedang leka. Tangannya ditarik Nairah. Nairah tersedar? Nairah terus duduk dan memeluk Farhan. Sungguh, dia merindui pelukan hangat Farhan, kata-kata manis Farhan, belaian manja Farhan. Segalanya hilang selama dua minggu ini.

"Mana you hilang? Kenapa? I ada buat salah ke, Hans? You tahu kan I rindu you sangat-sangat. Sampai hati you buat I macam ni." Sayu saja suara Nairah. Kenapa Nairah? Kau buat aku nak menangis... Aku dah nak pergi Nairah. Jangan buat aku rasa bersalah.

Pelukan Nairah tidak dibalas Farhan. Nairah pelik. Kenapa? Dia terus merungkaikan pelukannya. Dia melihat wajah Farhan. Tiada sebarang riak. Seakan luahannya tidak bermakna. Nairah menyeka air mata yang mengalir. Dia mula bersuara.

"You? Are you still the same Hans?" Tangannya memegang pipi Farhan.

"No, I'm not yours anymore. I.. I tak cintakan you Nairah. Apa yang kita lalui selama ni, fake! I cuma nak mainkan perasaan you. I dah ada perempuan lain." Farhan menarik perlahan tangan Nairah yang terlekap pada pipinya, diletakkan tangan itu pada peha Nairah. Nairah terkedu. What the.. ...

"Apa you cakap ni Farhan? Are you kidding me? Say it. This is just a joke, right?" Nairah ketawa kecil. Saja, untuk menenangkan hatinya. Namun apabila Farhan menggelengkan kepala, senyumannya mati.

"Ni bukan lawak. Jauh sekali prank. Frankly speaking, you're just a toy for me." Sakit hati Nairah mendengar luahan Farhan. Jadi selama ini, belaian, kata-kata cinta... Fake?! Tak, tak mungkin.

Farhan mengeluh. Maafkan I sayang, I terpaksa. Lebih baik you benci I. I tak sanggup lihat you tangisi pemergian I. Biarlah you benci I dengan cara begini.

"Hans, this is not funny. Stop doing this joke.. Okay?"

"Nairah Adriana. Can you understand what I say?! I said that I not love you at all. All of this while is a prank!"

"Siapa perempuan tu?!!! Tunjuk kat I! Baru I percaya."

"Fine. Let me call her first." Farhan menelefon Nina, adik sepupunya yang sebaya Nairah. Satu-satunya pelakon terbaik di Malaysia.

"Just wait for a second. Dia baru on the way ke sini. Daripada department sebelah je."

====

"Yes sayang. Kenapa panggil I ke sini?" Nina bertanya dengan suara paling manja sekali sambil melangkah mendekati Farhan. Tangannya memaut lengan sasa Farhan.

"This is Nairah. My ex lover actually. Nairah, this is Nina. My NEW LOVE." Sengaja ditekankan perkataan itu. Bertujuan untuk Nairah mengangkat kaki berlalu pergi. Dia tidak sanggup menjalankan sandiwara ini terlalu lama. Jiwanya terseksa melihat Nairah sakit hati.

Nairah terus mendekati Farhan. Dia menampar pipi Farhan.

"So, this is the lucky girl? No wonderlah if everyone keep reminding me to go away from your life. You're such a good liar. Playboy! Sampai hati you permainkan cinta I. I though you're different guy. I silap! Silap memilih lelaki dalam hidup!" Nairah terus mencapai beg tangannya, dia mengelap air matanya sebelum berlalu pergi.

Dia berjalan laju tanpa memperdulikan orang sekeliling di pejabat itu memerhatikannya. Nairah sempat mencampak kunci kereta yang Farhan belikan untuknya. Benci! Dia benci Farhan. Dia menelefon Fara untuk mengambilnya di situ.

Farhan melepaskan keluhan yang berat.

"Nina, you may go now. Thanks for helping." Nina menganggukkan kepalanya sebelum berlalu pergi.

Farhan menyeka air mata lelakinya yang mengalir. Namun semakin deras air matanya mengalir. Hatinya turut sakit melihat Nairah terluka. Dia terpaksa. Bukan sengaja.

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now