Bab 24

10.2K 555 4
                                    

Nairah duduk di ruang tamu. Menonton televisyen jelah. Boring duduk rumah tengok muka Faye tu. Dahlah tiap-tiap malam pakai bedak sejuk, facial mask. Dan macam pocong dah muka.. Ibu dengan ayah pulak selalu pergi syarikatlah, kilanglah.. Macam sengaja je tinggalkan aku dengan Faye tu!

"Nairah, jomlah... Kata nak belajar solat dhuha." Nairah bangun dari duduknya.

"I nak tanya ni, kenapa you beli shawl yang labuh-labuh? Panas tahu tak bila pakai."

"Mula-mula je panas. Bila dah biasa, you okeylah. Lagipun, ni baru panas kat dunia.. Belum lagi kat akhirat nanti."

"You senanglah cakap! You aurat tak perlu bungkus satu badan. Setakat pusat sampai lutut je pun kan? Bolehlah nak sembang kencang..." Sindir Nairah. Sakit pulak hati ni!

"Nairah, tanggungjawab I lagi besar tau. Dosa you, I yang tanggung, makan minum you I juga yang tanggung. Ibu dengan ayah pun termasuk dalam tanggungjawab I. Kerja you sebagai isteri, just tutup aurat, jaga solat, puasa and taat pada suami you ni. Then syurgalah untuk you. Senang kan? Tapi I, kena tanggung dosa you." Nairah terkedu. Erkk, iya ke? Kenapa aku boleh tak tahu.. Jahil betullah kau ni Nairah, kutuk Nairah. Kutuk diri sendiri.

"Fine! I cuba tahan panas. Cuba buat apa yang you suruh."

"Good, lagipun... I dah janji pada arwah Hans untuk bimbing you." Nairah hanya diam ketika nama Farhan disebut. Dia, cuma mahu mengawal emosinya.

"Dah, jom. I dah belikan buku panduan solat sunat. You just baca and ikut. Kalau perlu, I je yang ajarkan?"

"You jelah. Senang sikit. I ni malas membaca."

"Malas membaca tapi pandai orangnya. Pelik..."

"Well, tengok kaki lah." Nairah menayang-nayang kakinya yang panjang lagikan putih melepak itu dihadapan Fayyad. Dia cuma memakai seluar pendek paras lutut. Fayyad menelan air liur melihatnya. Cantik betul kaki... Nak jugak!!!

"Hmm, inai tangan you tu cantiklah. I kan, kalau boleh nak tau ada bunga-bunga kat tangan. Tapi, yelah kan. Dosa kalau lelaki pakai gitu. I boleh pakai tiga jari je. Hmm, sedih."

"Dahlah Mr. Pinky! Tak habis-habis drama. I nak belajar ni. Jomlah!" Nairah menarik Fayyad ke bilik.

====

Waktu makan malam sudah tiba, Nairah menghidangkan makanan sambil dibantu Fayyad. Si Mr. Pinky ni bukannya menolong, mengacau adalah. Ketika Nairah sedang meletakkan pinggan di atas meja, sengaja Fayyad mencuit pinggangnya. Kan dah dapat penampar. Main-main lagi. Ergh, geli tahu tak? Nasib baik ibu dan ayah tak turun lagi.

"Merah lagi ke pipi tu?" Nairah bertanya sambil tangannya melekap pada pipi kanan Fayyad yang dilempangnya tadi.

"Dah tak... You ni kan! Dahlah, I tak nak kawan you.. Bye!" Fayyad merajuk sambil menutup wajahnya dengan pinggan di tangan. Nairah menahan tawanya, namun terlepas juga.

"It's not funny at all Mrs. Pinky..."

"What? Hello, I tak nak punlah jadi Mrs. Pinky you. Lagi satu, memang lawak pun. Perangai, macam perempuan. Macam budak tadika tak dapat gula-gula. Wekk!" Nairah menjelirkan lidahnya. Ibu dan ayah sudah turun. Kedua orang tua itu senyum senget. Suka melihat keakraban Nairah dan Fayyad.

"Hmm, korang tak bosan ke duduk rumah dah seminggu ni?" Tanya Datin Hajah Merliana.

"Bosan..." Adu Nairah.

"Apa kata, Yad bawa Nairah pergi kampung ayah. Rumah arwah Tok Wan kan okey lagi. Mak Yam yang jagakan. Daripada kosong macam tu. Bawa Nairah ni. Kesian menantu ayah ni, terperap dalam rumah. Lagipun, ayah dengan ibu sibuk uruskan company." Nairah tersenyum riang.

"Okey je. Kalau Nairah dah sengih macam kerang busuk ni, dia setujulah tu." Fayyad sengaja mengusik. Nairah memasamkan wajahnya, ibu dan ayah ketawa.

"Tak sangka korang dah mesra macam ni." Datuk Haji Arman bersuara.

"Takdelah, kita orang ni pelik sikit yah. Hmm, pergi lusa lah ya? Esok kita pergi jumpa Umi Sya. Ibu dengan ayah nak ikut sekali tak?" tanya Nairah.

"Umi Sya? Siapa tu? I tak kenal pun..." Fayyad bersuara.

"Penjaga I masa kat Rumah Anak Yatim Setia Kasih.. Lagipun dah berapa bulan tak jumpa."

"Oh... I okay je. Kita pergi esok pukul 8.00 pagi." Nairah angguk setuju.

====

Nairah menyelubungkan satu badannya dengan comforter. Fayyad terus menarik. Huh, perempuan ni pun! Aku kejut subuh, liat betul nak bangun. Nasib baiklah kau ni bini aku.

"Nairah... Please, don't be to childish. Stop being like a child. You dah besar kan? So please, bangun... Ambil air sembahyang, then kita solat subuh."

"You solat jelah... Nanti-nanti I solatlah. Sibuk jelah!" Marah Nairah sebelum menutup wajahnya kembali. Fayyad kembali menarik comforter itu.

"Nairah! Bangun!"

"I tak boleh solatlah! You ni kenapa hah?!" Angin terus dah.

"Tak boleh solat kepala bana you?!"

"Ya Allah! Ergh, you faham tak, I tak boleh solat. T-A-K! Tak."

"Apa hal pulak tak boleh?!" Suara Fayyad turut naik sama. Mengada je nak cakap tak boleh solat. Aku cepuk jugak kang Nairah ni.

"Astagfirullahalazim... I period Faye." Perlahan saja suara Nairah. Excuse me, this is personal thing ever in my life. Takkanlah nak beritahu Faye ni. Faye tu pun satu keparat, susah betul nak faham.

"Apa?" Fayyad bertanya. Kurang jelas apa yang didengarnya.

"I period." Fayyad terdiam. Sel-sel otaknya baru berhubung seperti iklan susu Anmum(betul ke ejaan nye?)

"Okay then. Sambunglah tidur." Fayyad termalu sendiri. Dia masuk ke bilik air untuk berwudhuk, ketika itulah dia menampar wajahnya berkali-kali. Apa hal lah kau ni bengap sangat Faye?! Kan dah dapat malu... Hisy!

====

Nairah duduk di birai katil, menatap gambar-gambarnya bersama Farhan di skrin telefonnya. Biarpun jasad dan roh Farhan sudah pergi, Nairah masih tidak dapat melupakannya. Entah kenapa... Cinta ni memang sukar untuk dijangka? Erkk.

Nairah mengesat air mata yang jatuh. Dia berbaring sambil memeluk lututnya. I miss you Hans.. Really-really miss you.

Dia merindukan kata-kata manis Farhan, belaian manja Farhan, perangai nakal Farhan, usikan Farhan. Segalanya tentang Farhan.

Fayyad menahan rasa sakit hatinya.. Meskipun dia tidak mencintai Nairah, egonya tercabar melihat Nairah begitu. Why ha? Kenapa??? Dia nak mainkan aku ke apa? Fayyad berlalu ke dapur. Sandwich telur yang dibuat Nairah masih ada. Bila lapar makan. Bila stres dengan Nairah, makan. Makin lama gemuklah aku. Huh, sampai bilalah Nairah nak macam ni.

Fayyad berlalu pergi ke closet untuk menukar pakaian, lagi 10 minit hendak pukul 8.00 pagi. Tak sabarlah nak pergi Rumah Anak Yatim Setia Kasih.

•••••••••••••••••••••••••
Let's try about 10 vote 4 the next chapter? Ceh, demand plak. Okla, test jer. nk tgok korg ni sporting ke x? come on guys ;). Nnt da ckup 10 vote, tggu je. sme ad esok atau tgah mlm ni author update lgiy. love uolls. Guys, klo rse nk kritik cite ni, just do it. nk carut pon xpe, author izinkan. nk komen pape ke, komen jer... author lyn. okey?

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang