Fayyad membuka almari pakaian Nairah. Sebuah almari untuk dirinya, sebuah lagi untuk Nairah. Ada sebuah kotak berwarna hitam yang menarik perhatian Fayyad. Dengan kaki terjengket-jengket dia mengambil kotak hitam itu. Fayyad membuka kotak itu, benda pertama sekali yang dia lihat adalah sebuah album gambar. Cantik, DIY ni. Nairah buatlah tu.
Fayyad menyelak album itu. Ada gambar Nairah memakai .... What?! Sari? Wow... Cheongsam ?! Wow. Nairah pernah pakai baju tradisional orang lainlah. Gambar Nairah yang memakai sari itu dipandang lama. Cantik, cuma... Erk, well.. Mendedahkan aurat. Its okay, past is past. Yang penting Nairah dah berhijrah. Sedang Fayyad leka membelek album gambar milik Nairah, pintu biliknya terkuak sedikit. Nairah.
"Faye, you usik barang I eh?" Tanya Nairah sambil menghampiri Fayyad. Dia bercekak pinggang memandang Fayyad. Fayyad hanya tersengih.
"I just tengok album ni. Serius eh you pakai sari?"
"Oh, yang tu. Masa tu I ikut Kavita dengan Priya sambut Deepavali dekat company dia. Orang islamlah yang sponsor. So, I trylah pakai sari tu. Tak sangka pulak ramai orang puji... Yang cheongsam tu, I pergi rumah Ah Seng dengan James. Sambut Tahun Baru Cina, gambar tahun lepas ni. Yang perempuan berdiri kat sebelah I tu wife Ah Seng." Kagum Fayyad mendengarnya. Satu Malaysia betul Nairah ni.
"And yang ni, sambut raya tahun lepas. I pakai baju kurung je."
"Satu Malaysia betul you ni kan? Kawan cina india. Siap sambut raya sama-sama."
"Manusia semua sama je kan. Even dengan orang yang ada AIDS pun I kawan. I takkan pandang hina kat orang lah... Takkan. Ramai je kawan-kawan I yang kerja part time jadi pelacur, maknyah, penagih. I kawan je, that doesn't mean I kena jadi macam dia orang. Just kawan." Terlopong mulut Fayyad. Serious ke Nairah ni bercakap.
"Are you serious? You pernah masuk lorong-lorong tu?" Tanya Fayyad meminta kepastian.
"Pernah, port jual dadah pun pernah.. I teman kawan-kawan I je. Hidup I ni pelik sikitlah kalau you nak tahu."
"You ni memang tak takut polis kan? Nak sangat masuk penjara ke?" Marah Fayyad.
"Lepas ni, jangan buat lagi. I tak suka."
"Fine, tak buat dah... Dah, simpanlah albumnya. Nanti hilang kang. Sayang tu. Kenangan I dengan kawan-kawan."
"Yelah, you dah siap masak?"
"Dah..."
"Good, I dah lapar and I nak makan."
====
"Hey, ceritalah lagi pasal port and lorong-lorong tu." Pinta Fayyad. Sejujurnya dia memang tidak pernah ada pengalaman sebegitu dan dia benar-benar mahu mengetahui kisah yang begitu adventure pada pandangannya.
"Kalau dekat port, biasanya ada satu persatuan yang bukan kerajaan. Apa tu namanya... Ha! NGO. Diaorang akan bekalkan jarum untuk penagih-penagih tu."
"Bukan ke kita sepatutnya mencegah? Then why jadi macam tu pulak? Macam menggalakkan je..."
"That's because, kalau diaorang tak bagi jarum. Penagih-penagih kat situ akan berkongsi jarum then kena AIDS. Tindakan diaorang tu akan mengurangkan jumlah pesakit AIDSlah kiranya sebab dah dapat sorang satu jarum. Sekali dia orang bagi jarum tu bukan sikit, dalam satu dua beg besar. You fahamlah kan, penagih ni diaorang takde kerja. Nak beli jarum dalam RM1,2. Nak cari sikit tu pun susah Faye. Sebab tulah diaorang kongsi jarum. Kena AIDS. So, orang bukan kerajaan tu kira buat amallah juga. Kurangkan pesakit AIDS." Terang Nairah penuh teliti.
"You tak geli ke dekat dengan orang-orang macam tu? Muka macam penyangak.."
"Hesy, you ni. Mulut tu jagalah sikit. Diaorang pun hamba Allah juga. Buat apa nak be akan. Yang bezanya dia tak mandi, I mandi. Tu je penyebab muka macam penyangak." Fayyad ketawa kecil.
"You takde kena kacau ke?" Tanya Fayyad.. Bimbang juga.
"Nak kata takde tu bohonglah, tapi masa mula-mula jelah. Lama-lama takde pun yang nak usik. Setakat ajak minum sembang sama tu selalu juga." Selamba je perempuan ni cerita, macam benda tu celah gigi dia pulak dah aku tengok.
"You ni memang jenis tak takut orang kan? Main langgar je."
"Tu puji ke perli?" Tanya Nairah.
"Hmm, perlilah kot." Terus hinggap satu cubitan pada lengannya.
"I ada sorang kawan yang lembut. Gay boy actually. Dia betul-betul nak jadi perempuan. Dia makan pil-pil supaya you know, dada jadi perempuan and lain-lainlah. But, alhamdulillah. Now dia dah bertaubat, jadi lelaki semula. Cuma yang I sedih, dia ada AIDS. Hidup dia dah tak lama. Dia pun selalu cakap yang dia menyesal buat semua tu."
"Alhamdulillah, baguslah kalau dia betul-betul insaf. Insya Allah, syurga untuknya kalau Allah mengizinkan."
"Okay, tukar topik. Hmm, next week birthday you kan?" Tanya Nairah.
"Bila masa pulak. Hari ni baru 1 hari bulan."
"Silap pulak, hari Sabtulah birthday you. 7 Oktober, am I right?"
"Betullah tu, so?"
"So, we gonna celebrate your birthday."
"No need. I cuma nak buat majlis tahlil untuk Hans, my lovely grandma."
"Oh, betul juga tu." Suara Nairah mula merudum. Teringatkan arwah Farhan. Wajah Fayyad mula masam. Nairah yang berada di atas ribanya dipusingkan supaya menghadap wajahnya.
"Nairah, I nak tanya you satu soalan. Tolong jawab dengan jujur." Nairah menganggukkan kepalanya. Sedang mengagak soalan Fayyad. Pada tekaannya, pasti tentang Farhan.
"You masih cintakan Hans?" Ha, kan dah cakap.
"Entahlah, I tak berapa pasti dengan perasaan I sekarang ni. Yang pastinya, I bahagia. Di sisi you. You lain dari lelaki lain. Lembut, cara you layan I, hormatkan I, ajar I kenal Allah. Its make me feel special." Nairah senyum memandang Fayyad, tangannya memegang lembut pipi Fayyad. Hati Fayyad terus cair secair-cairnya. Dia mengambil tangan Nairah itu, diciumnya tangan itu penuh kasih. Baru saja dia merapatkan wajahnya dengan Nairah, telefonnya berbunyi.. Fayyad mendengus kasar, wajahnya sudah memerah kerana marah diganggu bunyi telefon pintarnya. Time nilah nak kacau daun. Nairah hanya ketawa kecil. Comel muka dia masa marah.
"Hello, Adnin. Ada apa Nin?" Mendatar saja suaranya. Masih bengang kerana panggilan itu menganggu privasinya.
"...."
"Marah apa pulak kau ni? Takdelah, tadi aku berebut nak basuh pinggan dengan Nairah." Kata-katanya disambut gelak Adnin. Makin panas hati Fayyad.
"...."
"Okey, bye. Assalamualaikum. Kirim salam kat mak kau." Fayyad menusingkan tubuhnya, dia memandang ke arah katilnya. Kosong?! Nairah nak main cak cak pulak.. Haisy.
Baru saja Fayyad ingin ke balkoni, dirinya disergah Nairah. Fayyad melatah. Dia lagi teruk. Siap action terjatuh macam kena tembak kat dada, dengan mukanya yang... Agak menjengkelkan. Ergh.. Nairah hanya gelak. Satu hari ni asyik gelak jelah ya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomansaFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...