Fayyad duduk di meja kerjanya sambil memerhatikan lakaran yang dibuat Nairah. Not badlah. Dia terus mencapai sehelai kertas dan sebatang pensel. Kerjayanya sebagai pereka fesyen itu digunakan seboleh mungkin. Ya, Nairah tak tahu pun yang aku ni designer macam dia? So what? Huh, sakit je telinga aku ni dengar bebelan+makian kepala bana dia tu. Nasib dia memang baik. Sebab aku ni masih nak mengalah, berlembut dengan dia. Kalau tak, jangan haraplah.
Tangannya mula menari-nari di atas kertas melakarkan baju pengantin yang lakarannya lebih kurang seperti kepunyaan Nairah. Cuma ada sedikit perbezaan yang dia tambahkan agar seri pada baju pengantin naik. Cehwah.
Sekejap je lakaran itu sudah sempurna. Idea sedang datang menyerbu bagai nak gila. Begitulah Fayyad ketika marah atau sedih. Idea melukis akan datang mencurah-curah. Bukankah ia anugerah ilahi buatnya. Jadi patut dia gunakan.
"Done! Bukan susah mana pun... Nairah tu je yang bengang plus bangang dengan kepala bana dia tu. Dasar banana!"
Fayyad terus menuju ke bilik air untuk mandi. Badannya sudah melekit. Masuk saja ke dalam bilik air itu, haruman lavender menerjah hidung mancungnya. Ah! Tenangnya. Dia merendamkan dirinya ke dalam tab mandi yang sudah dipenuhi buih.
====
Selesai membersihkan diri, Fayyad menuju ke arah almarinya. Tangannya mencapai kemeja merah dan seluar panjang berwarna hitam. Kenapa bukan merah jambu? Sebab, apa yang namanya dekat-dekat dengan merah jambu, Fayyad pakai. Dia mengambil beanie merah lalu dipakaikan pada kepalanya. Tangannya mencapai design baju pengantin yang sudah siap dilakar itu sambil jalan kearah keretanya.
Dia memandu ke rumah Fara. Dia tak tahu pula Nairah juga kawan baik Fara. Yelah, selama ni memang dia tak pernah singgah rumah Fara pun.
Ting!
Bunyi loceng ditekan. Nairah segera menuju ke pintu dan buka. Terkejutnya bukan kepalang sehinggakan tubuhnya terundur ke belakang sikit.
"Kau buat apa lagi kat sini?!"
"I nak bagi design baju ni kat youlah. Takkan nak melamar you kut. Nah, ambillah cepat! I nak blah. Kang makin panas hati you tengok I kat sini." Nairah cepat-cepat mengambil kertas yang dihulurkan Fayyad. Fara terus muncul.
"Eh, Faye. Masuklah! Buat apa balik awal sangat?" Fara mempelawa.
"Takpelah Rara. I malas nak dengar kawan you ni maki I. Kang, baik-baik I ni mamat gayboy. I rogol pulak dia ni sebab mulut kurang ajar sangat." Pantas saja dia bersuara.
"Hisy, ada-ada je. By the way, thanks lah sebab siapkan design ni. Awal betul?"
"Idea tengah mencurah-curah. Tu yang cepat siap. I balik dulu. Love you..." Fayyad membuat flying kiss pada Fara. Fara pula membuat aksi menangkap kiss Fayyad. Nairah yang melihat terus menampar lengan Fara.
"Yang kau ni dah kenapa?! Gila? Nak buat drama hindustan depan aku. Berselera pulak dengan gay boy macam tu?"
"Dia kawan akulah! Dah dia memang lembut. Aku layan jelah. Takkan nak maki dia macam kau. Kau tu pun, agaklah weh. Kau perempuan. Kalau kau kurang ajar macam ni dekat mamat samseng tah sapa sapa... Kena rogol macam mana?"
"Hesy, janganlah cakap. Tu doa tu! Yelah.. yelah. Aku tak buat lagi."
"Bagus. Aku nak kau minta maaf pada dia."
"No way!" Pantas Nairah membantah.
"Nairah.... Please. Kau tahu tak, dia tu siapa?"
"Mr. Pinky I guess." Fara tergelak sebelum memulakan bicaranya.
"Fayyad Amsyar Datuk Haji Arman. Isteri dia, Datin Hajah Merliana! Pemilik butik Merlia." Mulut Nairah sudah terlopong habis. Isi kepala baby muat tu. Haha. Fara yang tolong tutupkan mulut si Nairah.
"Hah, tahu pun terlopong habis. Apa? Kau ingat dia pakai Myvi colour pink dia anak orang biasa ke? Dia tu suka merendah diri tau. Kalaulah ibu dia tahu ada perempuan suka sangat-sangat tengking anak kesayangan dia tu... Apalah yang jadi ek?" Fara mengigit bawah bibirnya sambil jari telunjuk diletakkan di tepi bibir dengan gaya sedang berfikir. Sesekali dia menoleh ke arah wajah Nairah yang sudah pucat lesi itu.
"Rara, janganlah beritahu Datin Hajah Merliana tu weh. Dengar cerita dia je dah buat aku pasti yang kegarangan dia akan jadi satu nightmare weh... Aku janji tak buat lagi... De...dengan..."
"Dengan?"
"Minta maaf kat Mr. Pinky tu. Janji." Nairah mengeluarkan jari kelingkingnya. Tanda pinky promise. Itulah Nairah sebenarnya. Acah brutal bagai nak rak. Kena ayat seram sikit, kecut seluruh urat saraf. MuahahahahaXD.
"Good! Now, kau kena buat cupcake. Esok terus bagi dia. Topping mesti colour pink. Jom aku tolong."
"Betul ke dia maafkan aku dan tak marah kalau kita buat cupcake ni?"
"I'm not sure about this. Tapi setahu akulah, dia memang suka cupcake. Kau kan terer buat cupcake. So, buatlah untuk dia."
"Okey. Jom."

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...