"Nairah?!!!!!!!!!!!.Ya Allah.... Mana you pergi sayang?!!!!" Jerit Fayyad. Habis berselerak segala barang di dalam bilik tidurnya dan Nairah. Nurin, ibunya serta ayahnya hanya terkedu melihat Fayyad berkelakuan sebegitu. Pagi-pagi selepas subuh tadi lagi Fayyad mengamuk. Dia menarik-narik rambutnya, sekuat yang boleh. Seperti hendak tercabut rambutnya.
Pagi tadi setelah solat subuh Fayyad pergi ke bilik mereka, ingin menjenguk keadaan Nairah. Tapi hampa. Bilik itu kosong, kelihatan suram. Yang Fayyad jumpa cuma sepucuk surat tulisan tangan yang Nairah tulis di atas tilam bercadarkan cadar hitam itu.
Assalamualaikum.
Dear handsome and maybe cute husband?
Ahahaha, rasa nak muntah pula I. I just nak beritahu yang I akan pergi. Pergi jauh dari hidup you. Its okay, I boleh besarkan baby ni sorang². You just enjoy your life with Nurin. I okey, sentiasa okey biarpun solo sekarang. I minta maaf atas segala dosa I pada you.
Halalkan makan minum I Fayyad. Doakan baby lahir dengan sihat. You don't have to find where am I right now. Because I don't need you at all. Nurin needs you. She needs your attention. So, do focus on her now. Jangan melawan cakap ibu dan ayah. I tak nak you jadi anak derhaka Fayyad.Love,
Nairah Adriana.Terus Fayyad mengamuk. Habis segala barang dicampaknya. Habis dia mencarut sana sini. Ibu dan ayahnya hanya mampu terdiam melihat perangai anaknya. Datuk Haji Arman tidak menyangka yang menantunya akan pergi. Terkilan dengan sikap isterinya. Dah ada menantu yang cukup baik, pergi main-mainkan perasaan dia. Sekali ambik kau, selepuk dapat. Anak kau jadi tak waras dah.
"Nairah!!!!!!!!!!!" Jerit Fayyad.. Dia membuka almari baju yang menempatkan baju-baju Nairah. Yang tinggal cuma baju mengandung berwarna merah jambu yang Fayyad belikan buat Nairah. Air mata Fayyad mengalir lagi... Matanya kembali berkaca-kaca. Kenapa you buat I macam ni Nairah? Kenapa?!!!!!!!
"Keluarlah!! Keluar dari bilik ni aku kata!!!!" Amuk Fayyad, dia menghalau Nurin dan ibu bapanya keluar. Fayyad menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Air matanya mengalir lagi. Lantaklah kalau readers nak kutuk aku cengeng ke apa. Ada aku kisah?!
Fayyad menatap wajah Nairah yang berada dalam simpanan telefonnya. Gambar Nairah yang baru dia ambil beberapa hari yang lepas. Sepanjang mengandung ini wajah Nairah semakin berseri-seri. Pipinya semakin tembam. Dari pau kukus saiz A, terus jadi saiz B. Fayyad senyum. Nairah comel... Kemudian dia menangis kembali.
====
"Nairah, kenapa Nairah tinggalkan Fayyad macam tu? Jawab soalan umi Nairah." Tanya Sharifah Sakinah.
"Nairah dah tak nak hidup dengan dia. Dia dah ada Nurin. that's enough for him. Umi ikutlah Nairah, kita pergi kampung umi. Boleh kan?" Tanya Nairah.
"Baiklah. Kita pergi kampung umi. Janji dengan umi, jangan streskan diri sendiri. Nanti baby pun stres."
"Ya. Tahu. Nairah nak minta tolong umi pantau Nairah je. Masa Nairah bersalin tu semua. Pantanglah itulah inilah. So, bila ada umi Nairah selesa sikit."
"Iyalah, Nairah. Dah, biar umi yang drive. Kita gerak hari ni kan?" Nairah hanya menganggukkan kepalanya.
====
Sudah dua minggu Nairah meninggalkan dirinya. Keadaan Fayyad juga semakin teruk. Di pejabat asyik mengamuk, mencari kesalahan para pekerja. Meninggikan suara, sedangkan itu bukan sikapnya suatu masa dulu.
"Oi Mat! Kau buat apa ah kat sini?! Jawablah bebal! Aku suruh buat kerja kau main FB memanjang lepas tu buat kerja entah apa-apa. Kalau dah bebal memang bebal jugak kan manusia macam kau ni!" Jerit Fayyad sambil menghempaskan fail berwarna biru tua di tangannya. Semua staf terus terdiam.
"Apa tengok-tengok hah?! Kau pun nak kena maki ke?!!! Jahanam, sambung kerja kau atau aku pecat korang!" Jerit Fayyad lagi. Dia terus berlalu masuk ke dalam ruangannya.
"Apsal seh bos kita tu? Dah dua minggu macam ni... Dia ada masalah ke?" Aminah mula bergosip bersama Ayu.
"Aku dengar cerita, bos kahwin satu lagi. Sebab kena cekup dengan mak sendiri. Katanya dia cuba rogol cousin sendiri. Esoknya terus nikah. Wife dia lak dahlah pregnant dhoe, 5 bulan tu. Wife dia pun hilang lepas hari nikah bos. Aku rasa bos kena fitnah. Tu yang dia bengang gila, sampai wife dia pun bla. Confirmlah hidup dia merana. Kesian gaklah kat wife dia, tengah pregnant pastu dapat kes macam ni. Pergh," Ayu bercerita.
"Kalau tak silap aku wife pertama dia cantik kan? Kacukan Jerman siott. Bapak ah, kesianlah bos kalau kena tinggal. Frust menonggeng gitu. Lagipun bos baik kan sebenarnya, aku pun syak bos kena fitnah."
"Hoi, sambung kerja ya cik kak. Jangan bergosip kat sini. Aku report kat bos kang!" Sergah Adnin. Dia baru saja pulang dari berbulan madu di Venice atas tajaan Fayyad. Dan dia sudah tahu tentang masalah yang dihadapi Fayyad ketika ini.
"Eh, Nin! Kau tak bawa ole-ole ke? Dahlah pergi Venice, tak ajak orang pun." Ayu mula berceloteh.
"Nanti-nantilah aku bagi. Aku nak jumpa bos. Assalamualaikum."
Adnin masuk ke ruangan Fayyad setelah mengetuk pintu.
"So, macam mana?" Tanya Fayyad. Adnin agak terkejut melihat wajah Fayyad. Kusam, dengan jambang yang mula tumbuh melata pada wajah kacaknya. Dah macam ketua mafia.
"Rara cakap, Nairah tak nak beritahu apa-apa. Hah, Nairah ada cakap. Dia dah pergi scan baby hari tu. Baby boy. Tahniah!" Adnin berjabat tangan dengan Fayyad. Sebuah senyuman terukir pada bibirnya, anak lelaki. Alhamdulillah.
"Takpelah, biarpun aku tak dapat dekat dengan dia... Sekadar tahu yang dia selamat pun dah menggembirakan aku."
"Relax bro, aku akan pastikan Nairah dengan anak kau selamat. Insya Allah, kau dapat berjumpa dengan dia."
"Tak mungkin Nin, dia dah bencikan aku. Dia, nak pergi dari hidup aku.. Hidup aku pun dah hancur Nin. Dah tak boleh buat apa dah. Kahwin dengan Nurin sial tu. Aku pun tak fahamlah. Apsal jahanam sangat hidup aku ni."
"Sabar Yad. Ni ujian dari Allah."

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomantikFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...