Nairah memandang ke arah jalan raya. Suasana sunyi antara dia dan Fayyad sedikit sebanyak membangkitkan rasa kekok di hatinya. Fayyad pula tidak lagi berceloteh alah maknyah tersohor. Hanya diam. Radio dibuka Nairah. Suara Dj yang rancak bersuara itu agak menghiburkan hati Nairah. Dia menyandarkan kepala di seatnya. Perjalanan ke kampung ini cukup lama.
"Kalau bosan sangat, tidur je. Lambat lagi nak sampai kampung. You pun tak cukup tidur kan?" Fayyad bersuara, namun matanya masih fokus ke arah jalan raya di depan.
"Hmm... Kita pindah terus kan lepas balik dari kampung you?"
"Yup, pindah rumah I. I guess you need some privacy." Nairah senyum, bolehlah tidur bilik asing-asing.
"Tidur sebilik dan sekatil adalah wajib biarpun bukan di rumah ibu. Understand? No excuses. Full stop." Nairah terus memasamkan mukanya. Macam tahu-tahu je.
"Kalau I tak nak?"
"I said, no excuses. Can't you just understand it?!" Agak keras suara Fayyad. Malas hendak bertolak ansur dengan Nairah.
"Fine! I'll do as what you said!" Suara Nairah naik sama. Huh.
Nairah terus memalingkan wajahnya menghadap tingkap. Tengok pokok lagi bestlah dari tengok muka jambu kau! Lama-lama matanya menjadi kuyu dan Nairah tertidur.
Fayyad meraup wajahnya, rahangnya bergerak-gerak sedikit. Entah kenapa... Dia berasa cemburu. Cemburu dengan cinta Nairah kepada Farhan. Aku suami kau, aku yang layak dicintai.
====
Nairah bangun apabila bahunya ditepuk lembut oleh Fayyad, segera dia menepis tangan Fayyad kasar. Nairah terus bangun.
"So kg.com?" Nairah bersuara apabila melihat keadaan rumah kampung berdindingkan papan kayu itu.
"I'm gonna make you love this 'kg.com'... Just wait and see." Fayyad bersuara sambil menaikkan kening kanannya.
"Trylah...." Nairah mengangkat beg berisi pakaiannya. Dia menapak ke atas tangga. Fayyad melarang.
"Basuh kaki dulu." Fayyad memegang sesuatu di tangan. Benda itu kelihatan seperti gayung. Fayyad membersihkan kakinya. Nairah tercengang melihatnya.
"Apa tu?" Seperti orang jakun, Nairah membelek-belek gayung panjang yang dipegang Fayyad.
"Pernah dengar tak satu peribahasa ni, bagai melepaskan batuk di tangga. Pernah?" Nairah angguk.
"Nilah batuk. Sebenarnya, panggil benda ni betuk. Nama betul dia betuk. Kita guna untuk basuh kaki sebelum masuk rumah. Ada kat kampung je, tu pun dah tak banyak.." Nairah mengangguk faham..
"Kenapa panggil batuk pula?" Tanya Nairah.
"Entah. Tapi inilah benda alahnya.. Betuk."
Lumayan, first day kat kampung dah belajar satu peribahasa. Good. Ahaks.
Nairah melihat sekeliling rumah kayu ini. Jakun, tak pernah tengok. Kampung pun takde. Dibesarkan kat Kuala Lumpur, di rumah anak yatim. Mana nak merasa kampung bagai ni.
"Dah, jom. Solat zohor dulu." Ajak Fayyad.
"Lupa? I tak boleh solat."
"Oh... ya tak ya juga. Hmm, yelah. I solat dulu kat masjid sana. You duduklah tengok TV."
"Okey. Astro ada tak?"
"Ada. Hari tu baru pasang. Mak Yam kata nak pasang." Fayyad berlalu pergi. Bajunya pun sudah bertukar kasual. Di kepalanya terpasang kopiah putih. Bajunya T-shirt berwarna kuning air bersama track suit hitam. Fayyad memakai selipar jepun yang ada. Dia berjalan kaki menuju ke masjid.
Nairah menekan-nekan butang yang terdapat pada alat kawalan jauh yang ada di tangannya. Spongebob Squarepants! Dah lamanya tak tengok. Maigad! Excited .
Penuh khusyuk dia menonton sehinggakan Fayyad yang sedang duduk di hadapannya langsung tidak dipandang. Fayyad sudah beberapa kali memanggil Nairah, langsung tidak dipedulikan panggilannya.
Fayyad berdiri di hadapan televisyen menghalang Nairah untuk menonton cerita. Nairah mendengus kasar.
"Faye, tepilah! I nak tengoklah!" Nairah menggerakkan kepalanya ke kanan sedikit, Fayyad menghalang. Ke kiri, Fayyad menghalang. Marah dengan sikap Fayyad, Nairah menghempaskan alat kawalan jauh di tangan. Dia terus menyarungkan tudung di kepala, kemudian berlalu pergi ke luar rumah. Terlihat ada buaian di pokok mangga dihadapan rumah.
Nairah duduk di buaian itu. Lamanya tak main buai! Dia menghayunkan buaian itu. Fayyad datang menghampiri.
Fayyad menarik tangan Nairah sehinggakan Nairah terjatuh dari buaian.
"Sakitlah! You ni kenapa hah?! Apa salah I?" Air mata Nairah mengalir. Apa seh... Dari tadi sibuk kacau hidup aku. Dah tahu macam mana orang datang bulan ni, sibuk je sakitkan hati. Nairah memegang pergelangan tangannya yang kemerahan kerana ditarik Fayyad.
"So...Sorry Nairah. I bukan nak tarik kuat tadi. I just nak panggil you masuk." Fayyad berlutut mendekati Nairah untuk membantu Nairah bangun. Nairah menepis kasar tangannya.
"Just go away! Tak payah tunjuk baiklah. I boleh bangun sendiri."
Fayyad akur. Malas hendak memanjangkan cerita.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...