Nairah menyisip sedikit air kopi yang dibuatnya sementara menunggu rancangan Running Man bermula. Fayyad pula sibuk menghadap laptop , banyak kerja katanya.
"You, lagi dua hari start kerja kan? I start kerja kat office tau. Nanti setiap hari I hantar and ambil you." Fayyad mengeluarkan arahan.
"You don't have to do that, I boleh drive sendiri."
"Ergh, just listen to me. Lagipun kita kena berjimat. Minyak tu beli pakai duit Nairah, bukan daun. Even I ni anak orang berada, I tak suka gunakan harta ibu and ayah. Kereta myvi pink kat depan tu beli guna duit I tau. Masa I kerja sambilan kat sebuah syarikat."
"Fine.. I nak tengok TV." Mata Nairah terus difokuskan pada skrin televisyen. Tersengguk-sengguk kepalanya apabila dia ketawa kerana melihat aksi lucu ahli running man. Paling kelakar sekali bila menari adalah Kwang Soo. Kenapa ek? Dia suka menari macam alien. Setiap kali menarik, pelik-pelik je. Dengan kakinya panjang lagi. Fayyad melihat televisyen kemudian melihat Nairah. Apa yang lawak sangat?
"Cerita apa ni?" Tanya Fayyad.
"Running man. Korea. Kenapa?"
"Hmm, suami you ni pun asal dari Korea. Malah lebih handsome dari yang ada kat dalam TV tu. And lebih putih daripada yang badan ketak-ketak tu."
"Excuse me, badan yang ketak-ketak tu ada nama tau. Jong Kook namanya. Biarpun you lagi handsome daripada dia orang. You lebih membosankan. Tengok running man ni buat kita gelak. Tengok you pulak buat orang sakit jantung." Perli Nairah. Terus pipinya ditarik Fayyad. Ha, sedap? Mulut bukan main. Nairah mengaduh sakit. Eh dia ni, melebih pulak sampai main tarik-tarik. Ergh.
"Muka I ni jauh lebih handsome daripada K Idol you tu. Apa namanya, Exo, Ikon, Bts, Seventeen, Vixx." Terpegun Nairah mendengarnya. Fayyad pun tahu ke? Prihatin betul dengan bangsa sendiri.
"What ever.. Dah, jangan kacau I. Dah lama tak layan running man ni."
"Yelah."
====
Riuh sedikit rumah Fayyad hari ini, ibu dan ayahnya datang berkunjung. Apabila ditanya milik siapakah kereta myvi merah jambu, pantas Fayyad menjawab milik Nairah. Nak cover bukan main. Fara juga turut berkunjung. Rindu katanya, sudah hampir dua minggu tidak berjumpa dengan Nairah.
Nairah membantu ibu mertuanya memotong sayur, entah apa silapnya... Dia terpotong sedikit jarinya. Nairah mengerang kesakitan.
"Auw..." Fayyad yang berada di ruang tamu terus menerpa Nairah.
"Ya Allah, darah tu.. Nairah, apa you buat ni sayang?" Fayyad terus mengambil peti pertolongan kecemasan di kabinet dapurnya. Dia terus menarik Nairah ke singki untuk membasuh jarinya. Kemudian dia menampalkan plaster pada jari telunjuk Nairah itu. Sepanjang kerja permbersihan luka pada jari Nairah dilakukan, Nairah memandang wajah Fayyad. Nampak cemas, teliti pulak tu bersihkan luka. Kagum sesaat Nairah pada Fayyad. Sesaat je okeyh?
"Dah siap, sekarang biar I yang sambung potong sayur dengan ibu. You duduk je kat sini. Nanti kang, terpotong terus jari tu..." Nairah mengangguk lemah.
Hari ini mereka sekeluarga+Fara makan sup sayur bersama nasi kosong. Sup sayur yang dibuat itu cukup menarik kerana warna-warna sayur yang digunakan terang, seperti lobak merah, bayam dan sebagainya.
"Sini, biar I yang suap. Tangan you kan sakit." Fayyad merampas sudu yang dipegang Nairah. Wajah Nairah sudah kemerahan menahan malu kerana dilayan sebegitu dihadapan orang. Nak sweet pun takyahlah tunjuk! Nairah membuat isyarat mata yang bermaksud tak nak! Fayyad perasan, tapi dia sengaja buat bodoh.
"Jari I yang luka. Sikit je pun, biarlah I suap sendiri." Fayyad menggelengkan kepalanya seraya berbisik pada Nairah.
"Just ikut apa yang I cakap atau you akan terima balasannya. Understand me?"
"Apa hukumannya?"
"Maybe, you'll be my slut tonight?" Nairah terkedu. Pucat habis wajahnya. Serious ek lelaki lembut macam ni ugut aku dengan perkataan kotor macam tu? Sukar untuk dipercayai..
Fayyad kemudiannya senyum dan menyuapkan sup itu ke dalam mulut Nairah. Bermulalah lakonan gred A+++++++++++++++++ mereka.
Selesai makan, Nairah membantu ibu mertuanya mengemas meja dan membasuh pinggan. Bab basuh pinggan ni, Nairah uruskan seorang diri. Ketika sedang leka dia mencuci pinggan, ada tangan yang melingkar pada pinggangnya. Dan terasa seperti dagu sedeorang ditongkatkan pada bahunya. Tidak lain tidak bukan, Fayyadlah orangnya.
"Faye, rimas..." Nairah mengeluh.
"Shh... just do your work. I'm just wanna to hug you. Or, I'll do what I say before this?" Ugut je kerja! Kalau tak ugut tak sah kan hidup kau sehari, kutuk Nairah dalam hati.
====
Tangan Nairah digenggam erat oleh Datin Hajah Merliana. Saat ini dia berduaan dengan ibu mertuanya di taman bunga mini di tepi rumah. Berbual. Girls talk katanya.
"Ibu tak minta banyak pun Nairah, ubahlah Yad. Biar dia jadi Yad dua tahun lepas.. Ibu tak suka tengok perangai lembut dia. Macam sotong. Tolong ya Nairah, pujuk Yad untuk lupakan Elly. Tinggalkan perangai lembut dia tu." Nairah menundukkan kepalanya. Aku tak boleh janji. Belum tentu Fayyad jodoh aku. Dan aku takkan jatuh cinta pada Fayyad.
"Janji ya Nairah?"
"Janji." Keluhan kecil dilepaskan agar tidak kedengaran pada telinga ibu mertuanya. Insya Allah,.. Kalau jodoh kami masih panjang.
"Macam tulah menantu ibu, ibu balik dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
====
Fayyad seperti biasa, mengeratkan pelukannya pada tubuh Nairah ketika Nairah tidur membelakangkannya. Posisi tidur yang comel bagi Fayyad. Sekejap saja memeluk Nairah, sudah kedengaran dengkuran halus miliknya. Nairah senyum, rasa lawak dengar dia berdengkur. Kecil je. Comel.
Esok hari terakhir dia bercuti sebelum mula bekerja. Hmm, esok nak kena iron semuanya. Baju Faye, sekalilah kena iron. Ibu suruh, kalau tak takde maknanya aku nak iron kan. Lagi satu, ibu suruh aku tolong Fayyad pakai baju. Kemeja?! Suruh tolong butangkan pulak tu. Erghh, macam mana ek. Try jelah.
====
Nairah tidak terus menyambung tidurnya pagi ini, dia menggosok kemeja-kemeja arwah Farhan yang ibu mertuanya suruh Fayyad pakai hair ini. Kemeja berwarna kelabu asap. Ketika itu dia ditegah Fayyad.
"Tak payah iron kan, biar I je yang buat. You iron baju you, I iron baju I. Nanti you penat, baju I lima. Seluar pun lima. Campur dengan kain baju kurung you, tudung you lagi. Banyak kan? Berbelas tu. So, jangan susahkan diri you okey?" Lembut saja Fayyad menegur, oh... Baguslah. Senang kerja aku Fayyad. Such a gentleman ever. Takde beza dengan Hans biarpun agak annoying.
"Oh, okay then. Sure ke tak nak I tolong?"
"100% sure. Dah, iron cepat baju-baju you kang you pulak yang penat.. " Nairah menganggukkan kepalanya sebelum pergi ke papan seterika yang berada bersebelahan dengan papan seterika Fayyad.
"Iron tudung tu, bukak level paling rendah. Lepas tu iron cepat sikit, kalau tak... terbakar kang tudung you." Pesan Fayyad, Nairah angguk tanda mengiyakan apa yang dibicara Fayyad.
Selesai menyeterika pakaian cukup untuk seminggu, Nairah berlalu ke ruang tamu untuk berbaring sambil menonton televisyen. Fayyad pula sibuk menggayakan baju dihadapan cermin dengan aksi lagak machonya yang membuat hati semua perempuan yang melihat cair bak coklat Cadburry.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...