Bab 28

9.5K 415 5
                                    

Fayyad menatap wajah Nairah, dia teringat kenangan lamanya bersama arwah Elly. Dia tersenyum sendirian.

Flashback: 2 years ago

Fayyad memandang seorang gadis yang bergaun hijau pucuk dihadapannya. Baru tadi gadis itu dia marahi kerana kopi tertumpah pada bajunya. Gadis berwajah bujur sirih yang berkulit putih gebu yang mempunyai pipi seperti pau itu tertunduk.

"What's your name actually?" Tanya Fayyad sambil melipat lengan bajunya yang berwarna kelabu asap itu.

"E.. Elly."

"Such a beautiful name, I'm Fayyad. Just call me Faye. My nickname actually." Elly mengangguk laju. Dia sebenarnya terpikat dengan wajah korea Fayyad. Senyuman Fayyad. Sifat gentleman Fayyad.

"Do not worry, I dah tak marah you dah. Rasa beruntung pula dapat jumpa perempuan cantik macam you ni. If you don't mind, will you be my girlfriend?" Tanya Fayyad. Elly mengangkat wajahnya memandang Fayyad. Fayyad sedang senyum senget memandangnya.

"Please say yes. I boring hidup single ni, sesekali nak juga try couple." Bertambah merah wajah Elly.

"Elly, relax okay. I kenal you, lagipun perihal you stalk I dari dulu tu I dah lama tahu." Terkejut Elly mendengar jawapan Fayyad. What?! Dia tahulah yang aku ni stalker dari jauh dia. Maigad!

"Fine, I'll be your girlfriend. Tapi ada syaratnya, beritahu dulu. Siapa yang beritahu you pasal I?"

"So, that's mean memang betullah tekaan I tadi? You stalk I dari kolej lagi." Fayyad senyum nakal. Elly termalu sendiri.

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang