Nairah turun ke dapur. Ingin membantu apa yang patut. Sebetulnya dia ingin menyediakan sarapan, nak bajet rajin sikit. Ciyee. Tapi, ibu mertuanya terlebih awal pulak bangunnya. Fayyad? Tadi macam tidur je.
"Awal bangun Nairah?"
"Awal ke bu? Dah pukul 7.30 ni."
"Hmm, awal lah ni."
"Takdelah, Nairah selalu bangun lagi awal dari ni. Kadang je terlajak. Hmm, ibu masak apa ni?"
"Shrimp cajun. Favourite si Yad.."
"Oh, Nairah tak tahu pulak."
"Takpe, nanti boleh belajar lagi banyak benda pasal Fayyad. Dia dengan Farhan banyak persamaan. Cuma dia tu, hmm... Lembut sikit. Ibu tak tahulah dia ikut perangai siapa bab lembut ni."
"Ibu dah tahu ke?" Nairah pelik. Fayyad ada beritahu yang keluarganya langsung tidak tahu pasal perangai gay boy dia tu.
"Ibu tahu sebab ibu ada spy. Ibu tahu gerak geri anak-anak ibu. Entahlah Yad ni, sampai sekarang tak jujur pada ibu."
"Nairah nak tahu, siapa Elly?" Ketika itu telefon rumah berbunyi.
"Nairah, kejutkan Yad ya? Suruh dia turun breakfast." Nairah menganggukkan kepalanya.
Nairah mengetuk pintu bilik sebelum masuk. Tiada respon. Nairah terus masuk..
Dilihatnya Fayyad sedang solat. Solat apa pulak ni? Nairah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Nairah duduk di birai katil menunggu Fayyad siap solat.
"Hmm, Faye. You solat apa tu? Bukan ke subuh tadi dah solat? Kenapa solat dua kali pulak?" Nairah bertanya. Fayyad ketawa kecil seraya melipat sejadah di tangan.
"I solat dhuha. Subuh memang solat sekali je. Solat dhuha ni untuk murahkan rezeki kita."
"Rezeki you memang dah murah kan?"
"Nairah, rezeki tu bukan sekadar duit, kekayaan. Rezeki merangkumi segalanya Nairah. Kebahagiaan, anak..." Tangan Fayyad sengaja memegang perut Nairah. Bahunya terus ditampar Nairah.
"Banyak sebenarnya, selain kebahagiaan, anak... Kawan yang baik, keluarga yang alim, pekerjaan yang berkat, hidup diberkati, banyak. So, ubah persepsi you tentang rezeki. Allah tu Maha Pemurah Nairah. Bila kita bersungguh-sungguh meminta dariNya. Insya Allah, pasti akan ditunaikan. Cuma, kita sebagai hamba jangan pertikaikan apa yang Dia dah atur." Nairah menganggukkan kepalanya.
"Dah, terima kasih atas tazkirah you pagi-pagi macam ni. Bertambah ilmu I. Lepas ni ajarkan I niat nak solat. Boleh? Sekarang, jom breakfast." Nairah menarik tangan Fayyad supaya lelaki itu bangun.
====
"Hmm, turun pun raja sehari kita ni. Makan cepat.. Ayah pun dah habis makan." Datuk Haji Arman bersuara.
"Yelah. Ayah sibuk ke?"
"Bolehlah. Fabrik dari Paris dengan London tu sampai hari ni. Kenalah buat spot check."
"Ibu pun ikut sekali. Dah lama tak pergi office." Fayyad menganggukkan kepalanya.
====
"Nairah, I masuk bilik dulu. Kalau you nak check around this house. Boleh je. I nak buat kerja."
"Okey."
Nairah mula berjalan di sekitar tingkat 2. Rumah agam ini ada 3 tingkat. Biarpun cuma 3 tingkat, ruangnya cukup luas dan kelihatan mewah.
Dia membuka satu persatu pintu bilik. Dia sampai di bilik yang terakhir. Dia masuk.
Terlihat sebuah katil bercadarkan cadar kelabu. Warna kegemaran Farhan. Gambar yang tergantung di dinding dipandang. Wajah Farhan. Matanya mula berkaca. Dia duduk di atas katil itu. Dia memeluk bantal peluk berwarna kelabu itu. Haruman yang sering dipakai Farhan masih terbau. Air matanya kembali mengalir.
"Hans... Kenapa you tinggalkan I.. I rindukan you.... You kejam." Esakannya bergema.
Di balik pintu itu ada mata yang memerhati. Fayyad. Fayyad menyandarkan kepalanya pada dinding. Kenapa Nairah? Kenapa kau setuju kahwin dengan aku atas sebab macam ni.... Kau cintakan Farhan. Bukan aku. Hilang terus moodnya untuk membuat kerja. Rambutnya sudah serabai.. Fayyad kembali duduk di hadapan laptop.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...