Bab 45

9.9K 369 4
                                    

Azmin mengerutkam dahinya berkali-kali apabila mendengar rengekan menggeletis Nurin disebelahnya. Tidak sabar, tidak sabar. Aku tampar kang minah sotong ni. Kalau kau ni tak berguna untuk plan aku, dah lama aku cepuk. Huh,,

"Lama lagi ke nak tunggu plan ni jalan?" Tanya Nurin yang hanya berskirt pendek itu.

"Tak lama, tapi kau tunggu jelah. Taulah tak sabar sangat nak kahwin dengan cousin kau tu. Dahlah, blah sekarang. Kang kena tangkap basah, kau juga yang kempunan nak kahwin dengan cousin kesayangan kau tu."

"Hisy, garang! Dahlah, bye."

====

Fayyad bersandar pada kerusi empuk miliknya. Dia memandang kertas di tamgannya yang bersertakan beberapa keping gambar seseorang. Dibacanya butiran-butiran tentang 'individu' tersebut.

Dia senyum sedikit. Kejutan hari lahir Nairah telah siap sempurna. Semoga semua yang dilakukan dirinya membawa makna yang besar buat Nairah.

"Hello, Jeff. Thanks for your service. Very nice and good." Fayyad bersuara sambil menelefon seseorang di talian.

Dia mengemas barang-barangnya sebelum bergerak pulang ke rumah. Dia melihat jam tangannya. 6.00 petang. Nairah sudah pulang, agaknya.

====

Nairah mencuci pinggan sambil bernyanyi. Tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkar pada pinggangnya, dan dagu seseorang pada bahunya. Bauan itu. Bau wangian milik Fayyad.

"Hai sayang," Fayyad menyapa. Dagunya ditongkatkan pada bahu Nairah. Nairah tersengih. Ceria betul suara. Kenapa ek?

"Hai, awal balik? Lagi satu, hmm.... Kenapa happy semacam ni."

"First, projek dah habis. Second, mestilah I happy. I jumpa wife I kut, yang comel yang cantik macam you ni. I tolong you masak nak?" Fayyad bertanya sambil mencium belakang telinga Nairah.

"You nak makan apa hari ni?" Tanya Nairah sambil menyambung kerjanya tadi, mencuci pinggan.

"Let's try about, asam pedas ikan merah. Oh my, perut I dah bunyi."

"Ikan merah takde. Kena pergi supermarket." Ujar Nairah.

"Well, okeylah tu. Jom. Lagipun sepanjang kita kahwin three months ni, tak pernah lagi shopping barang dapur sama-sama."

"Hmm, okey.. Pergilah mandi dulu. Busuk, bau peluh." Usik Nairah. Pipinya dicubit manja oleh Fayyad.

"Nakal lagi. Okeylah... I mandi dulu. You tukarlah baju. Pakai baju yang I belikan hari tu." Nairah anggukan kepalanya.

====

Dirinya ditilik seketika, skirt labuh berwarna merah, kemeja lengan panjang wanita berwarna putih bersih dan bawal creep merah hati. Simple. Eyeliner dan lip balm digunakan sebagai penyeri wajah. Nairah duduk di seat pemandu sambil menunggu Fayyad.

Beberapa minit menunggu, orang yang dia tunggu akhirnya muncul. Fayyad memakai skinny jeans dan T-shirt polo berwarna merah hati bersama beanie berwarna hitam.

"Cepat betul siap." Ujar Fayyad sebelum mula membaca doa naik kenderaan. Nairah pula turut mengaminkan doa itu.

Sampai saja di pasaraya, Fayyad mencapai sebuah troli. Mereka berjalan beriringan menuju ke tempat ikan-ikan diperagakan. Ceh, ikan pun boleh jadi model maa... Nairah menekan-nekan ikan merah yang ada dihadapan matanya, jika masih okey keadaannya. Dicapainya masuk ke dalam plastik lut sinar.

Fayyad pula entah ke mana, dari tadi sibuk pergi tempat lain. Tengok sotonglah, itulah inilah. Last sekali dia tengok kerang. Main cak-cak dengan kerang. Sengaja pegang kerang yang mulut dah terbukak luas. Lepas tu teruja tengok kerang tu tutup mulut balik macam kanak-kanak ribena. Huh, nasib kolah Nairah dapat laki tak matang.

"You, jom beli biskut. Beli coklat. You kan suka makan coklat bila stres." Ajak Fayyad.

Dia sibuk membelek-belek coklat pelbagai jenis yang ada pada rak makanan itu. Semuanya dia angkut lepastu masukkan dalam troli. Nairah memasamkan wajahnya.

"Faye, I tak makan yang ni pun. Buat apa beli? Sebelum ni dia yang bising bagi ceramah macam UAI pasal jimat cermat. Ni dah macam beruk terlepas zoo punya boros." Fayyad hanya senyum sambil menunjukkan sebaris giginya yang putih apabila Nairah mula membebel macam nenek kebayan yang kelaparan.

"Sorry.." Pendek saja ucapan maafnya. Nairah menggelengkan kepala.

"I suka Captain Munch ni, I beli tau." Ujar Fayyad.

"Hmm, letak je dalam troli. Yang tak makan janganlah ambil... "

"Okey." Fayyad mengambil biskut-biskut kegemarannya dan Nairah. Cukup untuk stok sebulan. Kemudian mereka berjalan menuju ke kaunter. Sebenarnya Nairah cukup tak selesa berada di tempat awam begini. Wajah korea Fayyad terlampau menyerlah. Tahulah Fayyad ni ada rupa macam artis Korea. Tu yang payah, ada je gadis-gadis muda yang menjeling-jeling sambil senyum memandang Fayyad.

Fayyad pula dengan ramahnya memberikan senyuman mahalnya semudah itu. Aku ni duk jealous dari tadi takde pulak dia kisah!!! Sebal betul. Bebal!

====

"Hey, kenapa diam je?" Tanya Fayyad.

"Nothing. Dah, cepatlah keluar kereta. I nak mula masak ni. Nanti lambat makan kang." Cemburunya masih bersisa.

Nairah meletakkan ikan di singki untuk mulakan sesi menyiang.

Fayyad memerhatikan dengan reaksi wajah yang menunjukkan dia geli melihat isi-isi ikan itu.

"Iyerkk, macam manalah you boleh tahan untuk siang ikan tu. Ergh..." Fayyad membuat wajah loyanya. Nairah ketawa. Apa lah...

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang