Bab 36

9.6K 381 0
                                    

"Ah! Aku benci kau! Benci kau! BENCI!!!" Jerit Fayyad sambil melepaskan tumbukan demi tumbukan diselangi dengan tendangan pada punching bag dihadapannya. Sudah menjadi rutinnya untuk buat begini setiap hari Sabtu.

Penat memaki hamun sambil menumbuk punching bag itu, dia duduk di bangku sambil meneguk air mineral sejuk itu dengan rakusnya. Azmin yang duduk di sebelahnya hanya memerhati dengan hati yang tertanya-tanya.

"Benci siapa weh?" Tanya Azmin kepada Fayyad. Fayyad mengelap peluhnya di dahi.

"Entahlah Min, kenapa Min?? Dah tiga bulan aku kahwin dengan dia. Setiap malam dia sebut nama Farhan. Setiap malam dia siot. Aku ni suami dia Min, sakit hati aku. Sikit pun dia tak fikir perasaan aku. Apsal hah?!" Azmin senyum sinis. Perihal Nairah rupanya.

"Kau kena sabar Yad. Dia masih perlukan masa untuk lupakan arwah Hans." Sengaja Azmin menyabarkan Fayyad. Dia punya satu rancangan besar buat Nairah dan Fayyad. Misi untuk menyeksa hidup kedua-dua insan ini akan berlangsung tidak lama lagi.

"Aku tak bolehlah Min. Allah je tahu betapa cemburunya aku."

"Kejap, jangan cakap yang kau cintakan Nairah. Serious weh?"

"Takdelah tahap cinta. Aku dah boleh terima dia. Aku pun dah lupakan Elly. Apsal dia tak boleh pulak?"

"Yad, Elly pergi 2 tahun lepas. Farhan pergi 3 bulan lepas. Mana yang sadis? Baru-baru memang macam tu. Lama-lama Nairah tu terima jugak kau." Fayyad hanya mendiamkan diri sambil mengelap peluh yang membasahi dahi dah lehernya. Baju tanpa lengan yang dipakainya sudah basah lencun dek peluhnya.

Fayyad mencapai beg galasnya dan botol air mineral miliknya sebelum melangkah keluar dan menuju ke arah keretanya. Jam tangannya dipandang sekilas. Sudah pukul 12.00 tengah hari rupanya. Hmm, Nairah dah masaklah kut.

====

"Assalamualaikum.." Fayyad memberi salam ketika melangkah masuk ke rumahnya. Tiada sahutan..

"Nairah.... Nairah...." Panggil Fayyad. Sunyi je.

"Arhh!!!!" Jeritan Nairah bergema. Fayyad cepat-cepat melangkah masuk ke dalam biliknya. Bunyi sesuatu jatuh dan jeritan Nairah kedengaran tadi.

"Nairah, are you okay?" Alangkah terkejutnya Fayyad melihat Nairah terlompat-lompat sambil memegang ibu jari kakinya sambil mengaduh kesakitan.

"Ss ... ss... Sakitlah." Nairah menyeringai kesakitan. Fayyad memerhatikan dinding biliknya. Sudah bertukar warna daripada warna merah jambu kepada biru pastel.

"You okey tak? Siapa yang tukar warna bilik ni?" Suaranya kedengaran seperti marah pada Nairah.

"Macam mana boleh jatuh kotak berat ni." Fayyad terus mengangkat Nairah duduk di atas katil. Ibu jari kaki Nairah sudah kemerahan. Air mata Nairah mengalir sedikit kerana tidak dapat menahan sakitnya. Fayyad menyapukan minyak ganat.

"Dah, baring je. Jangan buat apa-apa kerja." Fayyad bangun, namun tangannya ditarik Nairah.

"Kenapa tak balik semalam?" Tanya Nairah.

"I tertidur kat office. Ni kenapa semua perabut jadi warna biru? Mana yang warna pink?"

"Yang warna pink I letak kat bilik hujung. Tu jadi bilik your daugther. I yang cat awal pagi tadi lepas subuh. From now on, please. Jadi Fayyad yang lama. Janganlah berpura-pura jadi lelaki lembut atas sebab Elly.." Fayyad senyum sinis memandang Nairah.

"Wow, kalau you sebut nama lelaki lain setiap malam takpelah kan? Diulangi, SETIAP MALAM. Apa pulak yang I rasa sebagai suami you?" Nairah terkedu, dia duduk dari baringnya. Pandangan Fayyad yang menikam anak matanya itu cukup menggerunkan, sepertinya Fayyad hendak naik angin.

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang