Bab 15

9.8K 425 14
                                    

Nairah menggaru kepalanya sedikit apabila mengenangkan permintaan pelanggannya yang baru saja pergi tadi. Perkahwinan ala-ala muslimah, erkk. Simple dan mengikut syariat islam. Macam mana aku nak design, sedangkan aku pun.. Hmm, bukan muslimah macam bakal pengantin tu. Buat jelah. Nasib baik dia dah buat research serba sedikit.

Kepalanya ligat memikirkan lakaran yang harus dibuat. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nombor tidak dikenali tertera pada skrin telefon. Nairah terus mengangkat panggilan itu.

"Hello, yes. I'm Nairah, Encik Farhan's girlfriend."

"...."

"What? Okey, I datang sana sekarang. Terima kasih." Nairah sudah panik. Secepat mungkin peralatan melukisnya disimpan. Fara yang melihat terkejut. Dah kenapa pulak macam lipas kudung ni?

"Kenapa Nairah?"

"Hans.. Ha..Hans pengsan kat airport." Air mata yang ditahan dari tadi tumpah juga. Nairah memang begitu, cukup risaukan orang yang disayangi. Dan terlalu panik. Fara terus meluru ke arah Nairah. Dia membantu Nairah mengemas barang. Sesekali dia menenangkan Nairah.

"Nairah, kau tunggu dalam kereta. Biar aku tutup butik sekejap. Aku bawa kau ke hospital. Kau ni bukan boleh drive time panik." Nairah laju menganggukkan kepala sambil mencapai kunci kereta Fara. Dia mengesat air mata yang tidak henti mengalir.

====

Nairah terus berlari ke arah kaunter untuk bertanyakan perihal Farhan. Jururawat yang berada di situ memberitahu kedudukan wad Farhan dan Nairah diberitahu bahawa Farhan sedang dirawat doktor.

"Sabar Nairah. Maybe takde apa yang jadi pada Hans. Think positive okay?" Nairah angguk. Tiada suara yang keluar. Melihat doktor yang merawat Farhan keluar. Nairah terus mendapatkan doktor itu.

"Jadi, cik ni kekasih Encik Farhan?" Tanya doktor lelaki itu.

"Ya, saya nak tahu Farhan sakit apa sebenarnya.... Sampai boleh pengsan di airport tadi."

"Dia tak ada beritahu cik ke? Sebenarnya Encik Farhan menghidapi kanser hati tahap terakhir dan setiap hari Khamis Encik Farhan akan datang ke sini untuk mengambil ubat tahan sakit. Kami pihak hospital sudah menyarankan Encik Farhan untuk melakukan rawatan, namun Encik Farhan bertegas untuk menangguhkan rawatan dan hanya mahu mengambil ubat tahan sakit." Panjang lebar ayat doktor bernama Azmi itu. Air mata Nairah jatuh lagi, tak! Tak mungkin!!!!

"Are you kidding me doctor? Stop joking okay?! That's not funny at all..." Nairah tidak dapat terima kenyataan yang baru diucap doktor muda itu.

"Cik Nairah, saya tidak suka melawak dalam hal-hal begini. Apatahlagi hal yang melibatkan nyawa pesakit saya. Saya harap cik Nairah bersabar dan dapat memujuk Encik Farhan untuk menjalankan rawatan sebelum semuanya terlambat." Nairah jatuh terjelepuk ke atas lantai. Dia menangis. Dugaan apa ini tuhan? Fara terus meluru ke arah Nairah. Dia membantu Nairah untuk bangun.

Dia mengusap bahu Nairah perlahan. Ingin menenangkan hati sahabatnya yang sedang hiba dengan penerangan doktor tentang sakit yang dihidapi Farhan. Dia juga turut bersimpati melihat keadaan Nairah sebegitu. Nairah sudahlah dibesarkan sepenuhnya di rumah anak yatim. Tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu. Apabila berkenalan dengannya, dialah tempat Nairah meluahkan perasaan, berkongsi suka dan duka liku kehidupan. Kehadiran Farhan dalam hidup Nairah pula bagaikan mentari menyinari alam semesta ini. Nairah semakin gembira. Senyuman takkan pernah lekang di bibirnya. Farhanlah tempat Nairah bermanja selain Fara. Jadi, berita sebegini pasti sukar untuk Nairah terima.

"Nairah, kau kena kuat. Kau sayangkan Farhan kan? Kau tahu kan dia akan sedih bila tengok kau sedih macam ni. Macam mana dia nak lawan sakit dia kalau kau lemah macam ni. Kesat air mata kau, okey .." Pujuk Fara. Dia menyeka air mata Nairah. Mujur Nairah termakan pujukannya.

"Good girl. Pergilah jenguk Hans. Kau cuti jelah hari ni. Hans perlukan kau. Tadi doktor kata Hans masih tidur."

"Ak.. Akku.. Aku tak ku...kuat Ra. Aku tak sanggup tengok Hans sakit macam ni. Aku t..ttak.. tak sanggup Ra." Fara memeluk bahu Nairah.

"Kau tak boleh macam ni. Kau kena senyum depan Hans. Support him to fight his cancer.. Okay? Lap air mata tu. Smile best friend ." Nairah angguk. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman. Namun sekejap saja. Dia tak mampu.

====

Nairah melangkah masuk ke dalam wad. Wajah Farhan yang pucat itu dipandang lama. Air mata yang sudah bertakung itu hampir mengalir. Pandangannya juga semakin kabur dek kerana air mata yang terkumpul. Nairah menyeka air mata itu. Kuat Nairah! Kuat!

Nairah duduk di atas kerusi bersebelahan katil wad itu. Dia memegang tangan Farhan. Dia mengambil tangan itu, diciumnya berkali-kali. Kemudian dia meletakkan tangan Farhan pada wajahnya. Seakan Farhan sedang membelai wajahnya.

"Kenapa Hans? Kenapa tipu I? You're such a beautiful liar..." Air matanya mengalir.

•••••••••••••••••••••••••
Guys, video kt ats tu lagu VIXX, actually author mmg x mint kpop. tpi kengkwn author sllu sgt knlkn kumpulan kpop yg dorg knl. so author thula sikit2. Beautiful Liar. It's about Farhan. Dia kn beautiful liar. hehehehe

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang