Bab 21

9.8K 470 4
                                    

Fayyad yang baru saja selesai mencuci pinggan mangkuk terus pergi mendapatkan ibunya. Ingin bertanyakan perihal Nairah. Mana pulaklah si Nairah ni.

"Bu,"

"Hmm..."

"Nairah mana?"

"Amboi, tak menyabar betul. Siap tanya lagi isteri kat mana. Tahulah dah malam. Nairah ada kat bilik. Ibu suruh naik atas. Lagipun dah malam kan, tadi dia susun hadiah kat bilik tetamu. Dah pukul 12 tengah malam ni. Rasanya Nairah dah tidur kut." Seloroh Datin Hajah Merliana. Tergelak dia melihat wajah Fayyad yang sudah kemerahan kerana malu dengan usikannya.

"Ibu ni. Malulah Yad. I'm blushing now! Hmm, okeylah. Yad naik atas dulu. Nak mandi... Penat seh basuh periuk besar tu. Apalah nasib raja sehari macam ni."

"Yelah, night. Mandi wangi-wangi. Badan tu bau peluh." Fayyad hanya senyum kecil sebelum menapak ke biliknya di tingkat dua.

Fayyad membuka pintu perlahan-lahan, biliknya sudah gelap ditemani cahaya lampu tidur. Nairah sudah tidur rupanya. Dia mendekati Nairah. Perempuan itu memakai gaun tidur berwarna merah jambu. Aik? Pelik betul... Bukan aku ke Mr. Pinky. Dia pun sibuk nak jadi Mrs. Pinky ke?

Fayyad terus berlalu ke closetnya, memilih pijama merah jambu lembut sebagai baju tidurnya malam ini. Fayyad terus berlalu ke bilik air..

"Hmm, penatnya! Dapat berendam best ni." Fayyad menenggelamkan badannya. Tinggal kepala je yang timbul. Dia bermain-main dengan buih dalam tab mandi. Seraya dia menyental badannya yang berpeluh dan berdaki.

Lebih kurang setengah jam membersihkan badan, Fayyad terus keluar dari bilik air. Dia pergi ke arah closetnya untuk memakai baju.

Selesai berpakaian dia mengoleskan losyen pada tangan dan kakinya. Kemudian barulah dia menapak ke arah katil.

Fayyad berbaring. Hah.... Lega. Penat badan aku ni weh. Dapat baring ni, nikmat gila. Nasib baik cuti kahwin ni lama tau. Lebih kurang dua minggu. Best tu! Kita enjoy!

====

Nairah duduk di buaian taman bunga itu. Menanti kedatangan si Farhan. Kata nak dating sini. Tapi dia pulak yang tak sampai-sampai. Hmm, bagus.

Kelibat Farhan kelihatan. Tapi, kenapa Farhan semakin menjauh. Nairah terus mengejar Farhan. Farhan menjauh. Nairah tetap mengejar sehingga dia tersungkur.

"Hans! Hans!" Nairah mengigau lagi. Jadi... Yang tadi tu cuma mimpi. Fayyad yang tidur di sebelahnya sudah terjaga.

"Nairah... You okey tak ni?" Fayyad bertanya sambil menggosok matanya. Dia pun masih dalam keadaan mamai. Esakan kecil Nairah kedengaran.

"Shh... Sleep okey. Jom, tidur. Jangan nangis. I ada ni." Fayyad menenangkan Nairah. Dia menarik Nairah ke dalam pelukan. Dia mendodoikan Nairah..

Nairah ni macam kucing hutan. Makin kita jinakkan dia, makin dia manja dengan kita. And... Sekarang ni Fayyad sedang cuba menjinakkan Nairahlah.

Nairah yang tadi teresak-esak menangis sudah tertidur dalam dakapan hangat Fayyad. Fayyad juga turut melelapkan mata. Dia sedang penat gila!

====

Nairah tersedar apabila mendengar bunyi deringan loceng jam. Ergh, menjengkelkan! Ingat aku ni Upin & Ipin ke?! Nairah terus membuka mata. Dia baru tersedar yang kepalanya berada di atas dada Fayyad. What?!!

Nairah terus menolak Fayyad yang sedang terlena itu. Sehingga tubuh Fayyad terjatuh ke bawah katil.

"Auw! Nairah!!!!!! Ya Allah, kenapa you ni? I penat tahu tak, malam tadi I yang cuci segala periuk. Lepas tu sedap-sedap je you tolak I sampai jatuh katil."

"Yang you peluk-peluk I kenapa? Dah gatal sangat kan?!"

"Hello, Puan Nairah. Yang peluk tu you. Bukan I okay?!" Kan dah keluar selenga matnyah nya.

"Ergh, tak payah nak gebang. You ni memang suka ambil kesempatan dalam kesempitan betul!"

"Dah, stop gaduh. Pergi ambil air sembahyang. Kejap lagi kita jemaah subuh." Nairah terus menyelimutkan dirinya semula. Malas hendak mendengar bebelan Fayyad. Dia berselubung satu badan. Fayyad menggelengkan kepalanya.

Dia terus mendekati Nairah. Dia menarik comforter yang Nairah gunakan untuk tutup satu badan macam mayat ni.

"Bangun solat. Ingat tak perjanjian kita?" Nairah mendengus kasar sebelum bangun dari baringnya. Dia menghentakkan kaki di lantai sebelum pergi ke dalam bilik air untuk berwudhuk.

Fayyad merapikan rambutnya sambil menunggu Nairah. Mandi sekalilah tu. Lambat gila siot. Dah pukul 6 ni. Aduhai, minah ni pun.

Nairah keluar dari bilik air setelah siap mandi dan berwudhuk. Fayyad pula mengambil giliran.

====

"Kenapa tak bentang sejadah? You ni pun kan." Fayyad menegur dari belakang. Nairah yang sudah bertelekung itu memandang Fayyad.

"I tak tahu mana kiblat... Kalau I tahu, I dah buat dah."

"Hmm, betul juga tu. Takpelah. Biar I tunjukkan mana arah kiblat. Lepas ni tak perlu tunggu I bentang sejadah lagi. Faham?" Nairah angguk tanda faham.

Mereka solat berjemaah buat kali pertama sebagai suami isteri. Selesai solat, Fayyad terus duduk memandang Nairah. Dia menghulurkan tangan.

"I tahulah kuku you tu cantik. Tak perlu tayang sangatlah..." Nairah bersuara. Hey, Mr. Pinky ni.... Kalau ya pun, tak payahlah tayang tangan macam tu.

"Astagfirullahalazim.... Nairah! You tidur ke masa kursus kahwin hari tu? Hmm...I suruh you salam I. Pasal kuku ni, I memang dah tahu dah kuku I ni cantik." Riak kan? Terbuntang mata Nairah mendengarnya. Dia perlahan-lahan menyambut huluran Fayyad. Dia menciumnya dengan penuh tertib.

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang