Hari ini Nairah dan Fayyad pergi ke masjid bersama. Nairah sudah boleh solat hari ini. Mereka pergi bersama Mak Yam.
"Jomlah. Mak Yam pun dah siap berwudhuk tu." Panggil Fayyad. Nairah sedang menyarungkan telekung pada bahagian kepala. Bahagian kaki dipegangnya. Dia terus pergi ke ruang tamu.
Hmm, aku tak pernah pergi masjid. Macam mana ek? Sampai saja dihadapan masjid. Nairah terkedu. Memang asing-asing ke perempuan dengan lelaki. Nairah terus menarik tangan Fayyad dengan berlapikkan kain telekungnya.
"You... Ramainya orang! Ke..Kenapa lelaki dengan perempuan asing? I tak biasalah. I nak solat dengan you." Rayu Nairah. Bila Fayyad melihat wajah Nairah, isterinya itu seakan mahu menangis. Mak ai, cengengnya.
"Mana boleh. Kita kalau solat berjemaah kat masjid memang macam ni. Tak payah risaulah, Mak Yam kan ada... Mak Yam teman you, okey?" Nairah menggelengkan kepala.
"Nairah, takde apa. Semua orang kat sini baik je. Kalau you tak biasa, Mak Yam ada untuk tolong you. Okay? Janganlah nangis. You kan dah besar..." Fayyad memujuk Nairah. Lembut saja suaranya.. Cair juga hati Nairah. Dia menyeka air matanya. Macam budak kecil...
"Dah, jom. Nanti orang fikir bukan-bukan pulak kita duduk berdua kat tempat gelap ni." Fayyad senyum nakal.
"Eisy, you ni kan!" Nairah marahkan Fayyad. Sewel.
====
Siap saja solat, Nairah, Mak Yam dan Fayyad berjalan kaki pulang ke rumah. Rasa takut Nairah tadi sudah hilang. Tak biasa berjemaah ni sangat. Nasib baik orang kampung sini peramah. Semuanya berbual dengan Nairah, memuji Nairah.
"Okey tadi?" Fayyad bertanya sambil menyuluhkan lampu suluh di hadapan jalan.
"Okey, baik je semua kat sini. Seronok tau!" Nairah bersuara ceria. Fayyad menggelengkan kepala, kan dah cakap. Tadi beriya nak nangis. Sekarang happy bukan main.
"Amboi... Dahlah, Mak Yam balik dulu. Jalan elok-elok." Nairah mencium tangan Mak Yam. Dia senyum manis. Kemudian dia berjalan bersama Fayyad. Fayyad merapati Nairah, dia mencapai tangan Nairah. Kemudian dia menggenggam erat tangan Nairah.
"Apsal ni?" Tanya Nairah. Tiba-tiba je pegang tangan orang.
"Nothing, I just wanna to protect you." Romantis sungguh suara Fayyad ketika itu. Nairah terkesima.
"Auw, so romantic. You tiru drama korea mana ni?" Nairah ketawa.. Fayyad mendengus kasar.
"Suka hati youlah. I nak romantic sikit pun tak boleh." Fayyad merajuk.
"You merajuk ke?"
"Taklah, I tengah happy gila-gila ni.. Hahahahahaha." Fayyad bersuara sambil menahan geram.
"Fine, I'm sorry. Hey, Mr. Pinky ni pun. Mengada..." Usik Nairah.
====
Nairah mengibas katil sebelum merebahkan badannya. Mengantuknya! Fayyad masih lagi menonton televisyen di ruang tamu sambil minum kopi yang dibuat Nairah.
Bosan menonton televisyen, Fayyad masuk ke dalam bilik. Nairah sudah tukar baju rupanya. Nairah memakai gaun tidur berwarna merah jambu. Bukan ke dia tidak menyukai warna merah jambu. Namun seringkali Fayyad melihat Nairah memakainya. Ada yang istimewa ke tentang gaun tidur ni?
Nairah memakainya kerana itu adalah hadiah terakhir dari Farhan. Bila dia memakai gaun tidur itu, pasti terasa seperti Farhan ada bersama.
Fayyad sebenarnya suka Nairah tidur membelakangkan dirinya. Dia lebih selesa memeluk Nairah dari belakang. Macam peluk teddy bear pink miliknya! Fayyad perlahan-lahan naik ke atas katil. Dia melingkarkan tangannya pada pinggang Nairah. Kepalanya dirapatkan pada belakang kepala Nairah. Wangi! Ahaks...
Nairah tersedar dari tidurnya. Dia ni kan! Kalau tak peluk aku tak boleh agaknya.
"Faye..." Nairah bersuara.
"Hmm," Jawab Fayyad malas.
"Rimas..."
"Shh... I mengantuk ni. Remember, you must to obey to me. Don't try to be rude Nairah." Perlahan saja suaranya namun berbaur arahan. Erkk. Nairah memaksa matanya tidur.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...