Bab 17

9.6K 445 11
                                    

Nairah terbangun apabila ada tangan yang mengusap-usap kepalanya. Nairah mengangkat kepalanya. Farhan.

"Dah pukul 7 pagi ni. Pergilah balik, mandi. Kerja. Kan you banyak tempahan kat butik. Takkan nak biarkan Rara buat semuanya?"

"Tak nak. I tak nak tinggalkan you.. Lagipun Rara fahamlah."

"Sayang, you sayang I kan. Pergilah tolong Rara. I okey je kat sini. Kejap lagi ibu sampai. Kan Rara sorang-sorang je kat butik."

"Promise me, jaga diri elok-elok."

"Promise." Mereka membuat pinky promise..

Nairah mencium dahi Farhan sebelum berlalu pergi. Sampai saja di muka pintu, Nairah terserempak dengan Fayyad yang memegang bakul berisi buah-buahan. Diamatinya wajah Nairah. Matanya sembab, banyak menangis barangkali. Saat dia mengetahui Nairahlah wanita magis itu, dia agak.... terkedu, maybe? Tidak percaya dengan kenyataan itu. Entahlah... Susah nak terangkan.

Dia tahu, Nairah cukup mencintai Farhan...

Nairah hanya berlalu pergi. Ah! Lantaklah, Mr. Pinky aje pun. Bukan Sharnaz Ahmad pun. Ei, mulut kau ni Nairah! Memanglah dia tak macam Sharnaz Ahmad. Tapi muka dia tu macan artis Korea. Kau hado?! Tapi kenapa wajah Farhan langsung tak ada iras orang Korea. Yang Nairah nampak wajah Farhan seperti orang putih. Macam kacukan Belanda. Erkk, pelik. Tapi benar. Ahaks.

====

Nairah membantu Fara menggantung baju-baju yang sudah siap jahit oleh tailor kesayangan mereka, Kak Aziah.

Fara gembira melihat agak bersemangat sedikit berbanding semalam. Kerja pun sudah boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

"Gembira nampak? Dah okey? Hans okey ke?" Bertubi-tubi soalan Fara.

"Bolehlah. Dia pun still lemah."

"Takpelah... Kau pun kena kuat. Jangan tunjuk kesedihan kau pada dia."

"Tengoklah kalau aku boleh." Fara memeluk kejap bahu Nairah, cuba menyalurkan semangat pada Nairah.

"Dah, get ready. Kejap lagi customer datang nak ambil baju dua minggu lepas."

"Okey."

====

Ting!Ting!

Bunyi loceng ditekan seseorang. Nairah pergi ke pintu, Fayyad?? Apa pulak yang Fayyad buat kat sini? Kenapa muka dia nampak cemas? Ada apa-apa pasal Farhan ke?

Sebaik saja Nairah membuka pintu. Fayyad terus menarik Nairah mengikutinya.

"Kenapa ni? Sakitlah!"

"Hans!!! Hans nazak. Cepatlah." Nairah terkedu. Lariannya terhenti. Air mata mula bertakung.

"Nairah! Cepatlah. You ni kenapa?! Hans tengah nazaklah! You sayang dia kan. Cepat sebelum terlambat." Nairah akur.

Sampai saja di hospital, terlihat Datin Hajah Merliana dan Datuk Haji Arman sedang menunggu di wad kecemasan. Nairah sudah tidak keruan.. Lama mereka menunggu. Lebih kurang 15 minit, seorang doktor muda lelaki keluar..

Doktor itu berwajah muram. Dia memandang wajah Datin Hajah Merliana, Datuk Haji Arman, Fayyad dan yang terakhir sekali wajah Nairah. Dia menggelengkan kepalanya. Nairah jatuh terjelepuk ke atas lantai. Dia dibantu untuk bangun oleh Fayyad. Nairah terus mendekati doktor itu. Dia mencengkam kolar baju doktor itu.

"Hey, doctor! What are trying to say hah?!!! Hans belum mati! Kan?! Answer me doctor." Sayu saja suara Nairah.. Fayyad merenggangkan cengkaman Nairah. Gila berani perempuan ni? Aisy.

"Maaf cik Nairah. Kami tak dapat selamatkan Encik Farhan. Saya harap cik tabah. Dah sampai ajalnya." Nairah kembali berundur ke belakang. Setapak demi setapak sambil menekup mulutnya. Sampai saja dia tersandar di dinding. Dia menyandar dan melutut. Tangisannya berlagu. Esakannya kedengaran. Nairah merapatkan lutut pada wajahnya. Lagaknya seperti anak kecil yang sedang menangis. Doktor itu turut bersedih melihat keadaan Nairah. Datin Hajah Merliana sudah pengsan. Fayyad terkedu. Dunia bagai sedang terhenti.

Dia menghampiri Nairah. Dia memegang bahu Nairah. Segera ditepis Nairah.

"Pergi!! Pergi! Hans belum mati! Tak, dia belum mati... Korang ni pembohong! Baru semalam you berjanji dengan I Hans... Kenapa you mungkir janji you..." Esakan Nairah semakin menjadi-jadi. Sayu hati Fayyad melihatnya. Begitu besar cinta Nairah pada Farhan.

Lama kelamaan, tangisan Nairah berhenti. Fayyad pelik. Dia melihat Nairah. Tubuh Nairah sudah terkulai. Dia sudah pengsan.

"Astagfirullahalazim. Nairah!" Fayyad mencempung tubuh Nairah, dia memanggil doktor dan jururawat.

Nairah ditempatkan di wad biasa. Fayyad setia menunggu di sisi. Merisaukan keadaan Nairah. Ibunya ditemani ayah. Jadi dia harus menemankan Nairah.

"Hans... Hans..." Nairah bersuara. Dia mengigau rupanya.
"Hans!" Nairah tersedar.

"Hey, Mr Pinky! Mana Hans? Mana Hans?! Cakaplah." Nairah sudah lupakah? Atau sel-sel otaknya terputus? Hesy, mengerikan je Nairah ni.

"Hans dah takde. Yo..you terlupa ke? Hans baru je meninggal tadi." Nairah menjadi tidak tentu arah. Dia kembali menangis.

Hey, Mr. Pinky!Where stories live. Discover now