Bab 18

9.6K 485 32
                                    

Sudah seminggu pemergian Farhan, keadaan Nairah juga tetap begitu. Seperti orang tidak waras. Hari-hari menangis. Mengenangkan pemergian Farhan membuatnya bertambah murung.. Hari ini Nairah diminta untuk datang ke rumah agam keluarga Farhan. Rumah agam itu dinamakan 'Kediaman Merlia'. Sedap jugaklah nama tu.

Nairah sebenarnya tidak mahu turut serta. Namun Nairah diberitahu, peguam peribadi Farhan yang mahu berjumpa. Dan apa pula kena mengena dengan dia. Tetapi apabila peguam bernama Aiman itu memberitahu Nairah juga turut terlibat, Nairah akur.

Fara membantu Nairah. Tubuh Nairah semakin lemah sekarang.. Semakin hari semakin susut berat badannya. Sudahlah sebelum ini beratnya 45 kg. Kini cuma 40 kg saja. Pemergian Farhan memberi suatu impak yang besar buat Nairah.

====

"Jemput duduk Nairah, kejap lagi Bik Semah datang hidangkan air. Aunty pergi atas kejap. Nak panggil Yad." Nairah hanya menganggukkan kepalanya.

Fayyad yang sudah lengkap berpakaian baju T-shirt polo turun ke bawah bersama ibunya.

"Jadi semuanya dah ada. Pertama sekali saya ingin kenalkan diri saya. Saya Johar, sahabat baik Hans merangkap peguam peribadi Hans. Rasanya sudah seminggu Hans pergi, bukan kamu semua je yang sedih. Saya juga sebagai sahabat baik Hans turut sedih. Yelah, kami bersahabat sejak dari bangku sekolah lagi." Semua terangguk-angguk. Nairah sudah beremosi kembali. Air mata mulai bertakung kembali.

"Sebelum Hans pergi, dia ada sediakan sebuah video yang sudah direkodkan ke dalam CD dan dua pucuk surat. CD ni untuk cik Nairah. Surat-surat ni untuk Datin, Datuk dan Fayyad. Apa yang saya mahu sampaikan, dalam ketiga-tiga item ini terkandung amanat arwah. Hans betul-betul nak permintaannya di tunaikan. Dia sangat berharap." Semua hanya menganggukkan kepala.

"Tugas saya dah selesai, jadi.. Saya minta diri dulu. Bye, assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Nairah menyeka air mata yang mengalir. Dia mengambil CD itu. Tertera namanya di situ. Bersama stickey note berbentuk muka smiley.

Always love you, Hans.
Beautiful liar. Actually, I ni handsome liar tau. I tahu you takkan marah I.
~Hans;)~

Nairah senyum.

"Aunty, Uncle. Nairah minta diri dulu."

====

Nairah duduk di hadapan meja kerjanya. Laptop dihidupkan untuk melihat isi kandungan CD yang berupa video itu. Stickey note itu ditampal pada cermin meja solek.

Video bermula. Farhan memakai T-shirt biru laut dipadankan dengan beanie hitam. Sedang duduk.

"Hai sayang. I'm sure that you know, pasal I. Pasal pembohongan I. Dan mungkin saat you tengok video ni, I dah pergi. Nairah, I love you. Very much, tak terbanding air dilautan tu dengan cinta I pada you."

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang