Bab 35

9.8K 385 6
                                    

Fayyad merebahkan dirinya di sisi Nairah, rasa ngantuknya tidak dapat ditopang lagi. Sementara mendodoikan mata sepetnya, Fayyad memerhatikan wajah Nairah. Wajahnya bujur sirih, kulitnya putih gebu ditambah pipi pau kukus yang membuatkan Fayyad terasa ini mencubit-cubit pipi Nairah sehingga kemerahan. Pandangannya beralih pula pada sepasang mata yang indah milik Nairah. Bulu matanya melentik, cantik. Sengaja Fayyad bermain dengan bulu mata Nairah itu. Tidak lama kemudian, dia mula tertidur. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Nairah.

Zikir munajat yang merupakan ringtone alarm Fayyad bergema. Nairah terbangun dari tidurnya, dia mematikan alarm itu sebelum tidur semula. Fayyad pula terus bangun dari tidurnya untuk solat tahajud. Malas hendak memaksa Nairah turut serta bersamanya, nanti terjadi perang dingin pula antara dia dan Nairah.

Selesai solat, Fayyad menadah tangan untuk berdoa. Dia ingin mengadu pada Yang Maha Esa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Rahmatilah hidup kami sekeluarga dengan kasihMu Ya Allah. Ya Allah, sentuhlah hati isteriku untuk menerima hidayahMu. Bukakanlah pintu hatinya untuk mencintaiMu dan mencintai pesuruhMu, Nabi Muhammad." Selesai berdoa, Fayyad melipat sejadah lalu terus naik atas katil. Dia mendekati tubuh Nairah, kemudian kembali hanyut ke alam mimpinya.

====

Fayyad bangun apabila alarm telefonnya berbunyi menandakan jam sudah menunjukkan angka 6 pagi. Dia mengejutkan Nairah.

"Nairah..."

"Hmm."

"Bangun sayang, solat subuh." Terus segar bugar mata Nairah mendengar panggilan sayang yang terbit dari bibir seksi yang sentiasa kemerahan milik Fayyad.

"What did you call me?"

"Sayang. Kenapa?" Fayyad senyum nakal.

"Jangan guna perkataan tu lagi, ergh... Gelilah tekak I dengar. Dah, I nak berwudhuk dulu. Bye." Fayyad gelak kecil. Baru panggil sayang dah geli. Belum lagi aku panggil kau mummy, atuk, nenek. Agak-agak mati kejung dah kut.

Seperti biasa, mereka solat berjemaah bersama.

Selepas solat subuh Nairah ingin tidur semula, namun ditegah Fayyad. Tak elok katanya, nanti rezeki susah nak masuk. Erm, aku mengantuk gila ni. Boleh tak bagi aku tidur?! Jerit Nairah. Namun cuma bergema dalam hatinya.

"Kerja you tak siap lagi ke?" Tanya Nairah sambil menuangkan teh panas ke dalam cawan Fayyad. Kemudian dia mencapai roti yang disapu jem strawberry dan menghulurkannya pada Fayyad. Kegemaran Fayyad katanya. Nairah pula menggemari jem peanut butter and chocolate.

"Dah siap dah malam tadi. Ni you kenapa belum siap lagi. Cepat sikit makan."

"Kan masuk pukul 9. So, kasilah I rehat-rehat sikit. Penat ni. You pun gerak pukul 9, so takde masalah kan?" Tanya Nairah.

"Hmm, yelah." Kata Fayyad sebelum sambung mengunyah roti gardinia yang disapu jem strawberry itu. Matanya leka menghadap skrin Iphonenya. Baca surat khabar online. Nairah pula hanya memerhatikan saja.

====

Fayyad duduk di kerusi empuknya sambil memusingkan kerusi itu beberapa kali. Pening kepala. Hehe. Dia masih sakit hati, malam tadi Nairah ada mengigau memanggil nama Farhan. Ergh, tolonglah Nairah. Lupakan Farhan, dia dah takde. TAKDE!!! Tensionlah aku setiap hari macam ni. Tinggi betul cinta kau pada Farhan, macam mana aku nak menangi hati kau. Kau sendiri masih tak relakan pemergian Farhan. Fayyad mengeluh sendirian.

====

"Nairah, best tak honeymoon kat kampung Faye?" Tanya Fara.

"Bolehlah, dapat tengok paddy field, sungai, pergi solat jemaah kat masjid. Ada pasar malam sekali kat sana."

"So, akhirnya... Kau pergi jugak pasar malam kan? Aku dah cakap dah, best kan?"

"Bolehlah, tapi masa nak balik tu. Aku hampir dirogol." Terlopong habis mulut Fara. Masukkan kipas muat tu.

"Serious weh? Bapak ah, dah tu macam mana boleh selamat."

"Fayelah yang jadi hero." Fara bertepuk tangan sambil tersengih.

"Auw, so sweet..." Nairah mencebik, sweetlah sangat.

Nairah terus menyisip milo panas yang dibuatnya tadi. Ergh, balik kena naik Fayyad lagi. Anehnya Fayyad tidak lagi memakai Myvi merah jambunya, dia memakai kereta Audi milik Nairah. Sajalah tu berlakon maskulin depan ayah dengan ibu. Menyampah siot aku ni.

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang