Fara pelik dengan keadaan Nairah. Asyik menangis sejak dia ambil dari pejabat Farhan. Bila ditanya, soalannya dijawab dengan tangisan. Kadang rasa nak hempuk juga si Nairah ni. Namun bila mengenangkan Nairah ini sahabatnya, misi menghempuk itu dibatalkan.
Nairah yang sedang berbaring di bilik rehat dijenguk sebentar. Sudah tidur rupanya. Tiba-tiba tergerak hatinya untuk merasa suhu badan Nairah. Panas! Ditariknya kembali tangannya daripada terus terlekap di dahi Nairah.
"Haisy, perang besar apalah yang jadi ni Nairah? Sampai demam panas gini... Customer nak datang dah ni. Siapa nak jaga kau ni... Adui." Tanpa berfikir panjang, Fara terus menelefon Farhan. Yes ! Farhan is the best hero.
"Hello, Hans. You boleh datang butik tak?"
"...."
"Nairah demam panas ni. I tak boleh jaga. Sebab customer dah nak datang ni. Boleh ek? Kesian Nairah..."
"...."
"Yes, good. Macam tulah bakal suami yang baik." Kedengaran tawa kecil Farhan dihujung talian. Tak mungkin Fara, aku dah nak pergi dah. Takkan terjadi pun perkahwinan antara aku dan Nairah. Aku dah nak MATI!
Farhan mengimbas kembali saat dia berjumpa dengan doktor untuk memastikan sakit apa yang dihidapinya.
2 bulan lepas..
Farhan masuk ke dalam bilik rawatan setelah namanya dipanggil oleh seorang jururawat yang agak cantik pada pandangannya. Ceh Farhan, menyempat.. Nak author marah kau eh?
Hehe, Nairah tetap di hatilah beb.
"Encik Farhan, daripada hasil pemeriksaan kami. Encik Farhan menghidapi kanser hati tahap terakhir. Encik ada kata yang encik rasa sakit sangat kat bahu kan? Itu adalah simptom-simptomnya. Saya harap encik tabah dalam mengharungi kanser ini. Stay positive." Farhan menganggukkan kepalanya.
Dia mengelap air mata yang mengalir. Tidak lama lagi dia akan pergi... Siapa yang akan jaga Nairah bila Fara sibuk? Siapa... Fayyad! Ya, Fayyad.
====
Farhan menekan loceng butik FaNa. Tangan sebelahnya menjinjit beg plastik berisi bubur ayam yang dibeli tadi. Selang beberapa minit Fara muncul di muka pintu mempersilakan Farhan masuk.
"You masuk, Nairah tengah tidur kat bilik rehat. Tertidur sebab penat menangis. Ni satu hal, kenapa dia menangis? I tanya berkali-kali dia tak jawab. Nangis jer."
"Takdelah. Salah faham sikit je. I masuk dulu... Nak jaga dia. You uruskan je customer you." Fara hanya menganggukkan kepala. Malas nak ambil tahu hal orang.
Farhan mendekati Nairah yang sedang tidur. Kesan air mata yang mengalir sudah kering di pipinya jelas terlihat. Farhan melepaskan keluhan kecil. Bukan Nairah saja yang terseksa, dirinya juga.
Dia melekapkan tangannya pada dahi Nairah. Panas! Dia terlihat ada cool fever yang Fara letakkan di meja kopi yang ada. Farhan melekatkan cool fever itu pada dahi Nairah. Dia membelai wajah Nairah, ditiliknya setiap sudut dan inci wajah Nairah. Seorang wanita yang selalu dia dambakan belaian manja.
Nairah tersedar dari tidurnya, dia terasa ada tangan kasar yang mengusap wajahnya. Farhan! Mahu apa lagi lelaki ini....
"You nak apa lagi datang sini? You nak mainkan perasaan I? Cukuplah Farhan. Pergi...." Nairah bersuara dengan tangisannya yang mula berlagu kembali. Farhan menyeka air mata Nairah.
"Stop crying.. I tak suka tengok you nangis. I datang sini untuk jaga you sekejap. Anggap jelah ni hadiah terakhir I dalam hubungan kita ni. Rara yang suruh I datang sini. You demam Nairah." Nairah terdiam.
"Kenapa dengan you Hans? Kejap you tak suka I. Sekarang you suka I balik. Am I look like a doll to ...." Jari telunjuk Farhan terlekap pada bibir Nairah.
"I dah beli bubur ayam. Sekarang you makan ya? I suap."
Nairah geleng.
"Sayang, you still sayang I kan? Makan. I tak nak tengok orang yang I sayang sakit. Especially you." Air mata Nairah jatuh lagi. Kenapa dengan Farhan ni??
"Kenapa you buat macam ni kat I? Kenapa beri harapan palsu pada I? Kenapa Hans?" Farhan terus menarik Nairah dalam pelukan. Bibir Nairah disambar. Dikucupnya penuh kasih. Nairah terkedu seketika..
Setelah beberapa ketika, bibir mereka yang bertaut terungkai. Farhan menarik sebuah senyuman.
"Makan ya. Sedap ni bubur ayam yang I beli. Kalau lambat makan, sejuk nanti... Tak sedap kang." Farhan menyuakan sesudu bubur. Nairah menganga sedikit. Dia bagai terpukau dengan ciuman Farhan. Farhan selalu begitu... Sengaja memancing Nairah dengan ciumannya. Maigad...
" Good girl. Macam tulah Nairah yang I kenal." Disuapnya lagi Nairah. Nairah hanya makan tanpa bersuara untuk membantah.
"You kena makan.. Jangan macam ni. Kalau you sakit, susahlah hati I..." Farhan bersuara lagi. Di bibir merahnya terukir sebuah senyuman.
Habis saja makan bubur, Farhan menghulurkan segelas air.
"Hans, kenapa you macam ni?"
"Shh.. . don't talk anything . Okay? Sini baring kat peha I . Biar I dodoikan you ya?"
"Mana boleh. I baru lepas makan. I tak nak gemuk okey ..."
Farhan ketawa kecil. Damn, he is so cute bebeh. Bergetar hati yang melihat. Nairah senyum. Hai lah hati, senang je nak jatuh cinta dengan sweet talker macam Farhan.
Farhan menarik Nairah ke dalam pelukannya.
"Siapa Nina tu?" Nairah bertanya.
"Shh... We shouldn't talk about her now. Ni kan masa kita berdua.."
"But, I need to know who are her actually.... Betul ke dia girlfriend baru you?"
"Kalau I jawab ya.. Boleh?" Nairah terus mencubit lengan Farhan.
"No way." Farhan ketawa lagi. Nairah terus menyandarkan kepalanya pada dada bidang Farhan. Manja kan dia? Memang manja, dengan Farhan saja dia bermanja.
"I love you. Very-very love you..." Nairah mengucapkan kata itu sambil memeluk Farhan.
"Tapi kenapa you cakap you tak cintakan I Hans?"
"Just forget about that okay? Now focus on our time nih.."
"Hmm, you ni kan."
"Apa?"
"Jawablah ...."
"I love you too. I tak nak beritahu you pasal tadi sebab I tak suka tengok you sedih." Farhan mencium dahi Nairah. Baru saja dia ingin mencium pipi Nairah, pintu bilik rehat itu sudah terbuka.
"Ops, wrong timing lah. Orang tu dah berbaik rupanya." Fara sengaja memerli.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...