Bab 46

9.8K 389 6
                                    

Fayyad menutup mata Nairah sekemasnya menggunakan kain hitam. Sehinggakan Nairah tidak dapat melihat apa-apa. Terror... Betul!

"Faye, you dahlah paksa I bangun pagi-pagi buta and hari ni birthday I. Patutnya birthday girl dapat tidur sampai tengah hari. Tahu tak?" Marah Nairah.

"I buat surprise terhebat ni. You just relax okay."

Nairah menyandarkan kepalanya pada seat kereta. Matanya sudah ditutup kan? Tak nampak apalah jawabnya. Apa yang rahsia sangat sampai apa pun aku tak boleh tengok. Kejam betul tema surprise Fayyad ni.

Fayyad hanya senyum. Tak lama je lagi Nairah. You pasti akan tersenyum

Beberapa jam kemudian...

Nairah terasa seperti kereta berhenti bergerak. Sudah sampaikah di destinasi yang dituju? Nairah dipimpin Fayyad ke sesuatu tempat. Dia menapak perlahan dengan bimbingan Fayyad.

Dia didudukkan di satu kerusi. Dari jauh dia terdengar suara orang sedang bercakap. Sayup-sayup je. Ada suara macam Fayyad. Dengan kesempatan itu Nairah membuka sikit kain hitam itu. Dia terlihat tempat yang sangat asing. Tempat apa ni? Uh, tutup baliklah.

"Jom, dah nak sampai dah." Nairah hanya anggukkan kepalanya. Malas hendak berteka teki dengan Fayyad.

Dia didudukkan di suatu kerusi. Apsal keras? Macam batu je... Dan, saat yang ditunggu-tunggu. Kain hitam yang menutup matanya dibuka Fayyad. Nairah mengerdipkan matanya beberapa kali. Kemudian dia memfokuskan pandangan matanya di hadapan. Apa ni?

Terdapat dinding pemisah dihadapannya yang ada cermin dan jeriji besi. Is this place is a prison? Ada telefon yang terlekat di dinding pemisah itu. Nairah memandang Fayyad.

"Apa ni?? Are kidding me?" Tanya Nairah. Kemudian muncul seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50 tahun. Berbaju biru bertudung hitam duduk di sebelah dalam dinding pemisah. Nairah duduk di luar. Wajah wanita itu dia pandang. Siapakah wanita itu? Meskipun sudah agak berusia, wajahnya tidaklah terlalu tua. Masih cantik... Kulitnya putih bersih, dengan anak mata berwarna hijau emerald. Kacukan maybe?

"Faye, siapa ni?" Mindanya diasak dengan pelbagai persoalan. Kejutan apakah ini? Fayyad hanya mendiamkan dirinya. Dia menghulurkan telefon yang terlekat pada dinding pemisah itu.

"Talk to her." Arah Fayyad. Nairah hanya menurut.

"Hello." Ucap Nairah. Entahkan kenapa, sebaik saja wanita separuh baya itu mendengar suara Nairah. Air matanya bergenang di pipi tuanya.

"Hey, don't cry beautiful lady." Pujuk Nairah. Wanita tua itu menyeka air mata.

"Hello beautiful girl. Nairah Adriana." Sapa wanita tua itu.

"Hello, glad to see you. What's your name actually?" Tanya Nairah.

"Sh.. Sharifah Sakinah Tan Sri Syed Omar." Nairah terkedu mendengar nama Tan Sri Syed Omar.

"She is your mother darling." Fayyad bersuara. Nairah terkedu. Dia berpaling menghadap Fayyad. Terlepas pegangannya pada telefon itu. Air mata mula bertakung pada tubir matanya. Dia kembali mencapai telefon itu. Tangannya memegang cermin yang memisahkan dirinya dengan wanita yang bergelar ibu kandungnya itu. Ibunya turut memegang tempat Nairah berada. Air mata Nairah mengalir. Mulutnya terketar-ketar untuk menyebut perkataan itu. Ibu.

"I..Ib...Ibu?" Tanya Nairah. Ibunya menganggukkan kepala dengan air mata yang tak berhenti mengalir. Tangan mereka seperti bersentuh antara satu sama lain meskipun ada dinding pemisah yang memisahkan mereka.

"Kenapa? Ke..Kenapa ibu buang Nairah? Ibu tahu Nairah membesar tanpa ibu dengan ayah. Kenapa? Ibu bencikan Nairah ke?" Nairah bersuara. Dia meluahkan segalanya yang terbuku dalam hatinya. Fayyad pula air matanya sudah bertakung. Sayu melihat keadaan Nairah. Kali terakhir Nairah begitu ketika Farhan meninggal dunia.

"Ma..Maafkan ibu. Ibu tak benci Nairah, ibu cu...cuma tak dapat jaga Nairah. Maafkan ibu.." Air mata ibunya mengalir.

"Bila ibu nak keluar dari sini? Nairah tak pernah benci ibu, kenapa bu? Kenapa tinggalkan Nairah tanpa kasih sayang seorang ibu. Seksa bu, seksa..." Ujar Nairah. Air matanya tidak berhenti mengalir. Kenapa ibu ada kat sini..

"Maafkan ibu sayang. Nairah elok-elok kat luar. Dalam tahun ni ibu keluar.. Dah genap 15 tahun ibu kat dalam. Maafkan ibu, ibu tak dapat jaga Nairah. Nairah, sayang Fayyad Nairah. Dia lelaki yang baik." Ketika itu datang seorang anggota polis wanita menghampiri ibu Nairah. Memberitahu yang masa berbual tinggal lima minit sahaja lagi.

"Nairah, ibu sayang Nairah.. Ibu pergi dulu, dah kena panggil masuk dalam. Pergi dekat dengan cermin ni sayang, ibu nak cium Nairah." Nairah menurut. Dia mendekatkan dahinya pada cermin pemisah itu. Ibunya mencium cermin di mana dahi Nairah berada. Seolah-olah dia mencium dahi anaknya. Air mata Fayyad mengalir jua. Matanya sudah memerah melihat drama itu. Nairah teresak-esak apabila ibunya dibawa pergi.

"Ibu! Faye... I..Ib...Ibu..." Raung Nairah. Dirinya dipeluk Fayyad dari belakang. Menghalang Nairah meraung lebih kuat lagi. Fayyad menghadapkan wajah Nairah manghadap wajahnya. Dia memegang kepala Nairah. Dia menyeka air mata Nairah yang mengalir. Kemudian dahi Nairah dikucup penuh kasih.

"Kita balik jom?" Ajak Fayyad setelah keadaan Nairah mereda sedikit. Nairah angguk lemah. Pinggangnya dirangkul Fayyad dari belakang. Kepalanya disandarkan pada dada bidang Fayyad. Esakannya masih kedengaran. Pertama kali. Setelah 25 tahun dia hidup, dia menemui ibu kandungnya. Memang dia pernah menghina ibunya di hadapan Fayyad, tapi jauh di sudut hatinya, dia begitu merindui insan bernama ibu. Begitu dahagakan belaian kasih insan bernama ibu.

"Happy birthday sayang. Sorrylah, buat surprise yang cukup menyayat hati. Dengan I sekali melalak." Nairah hanya senyum nipis. Dia memandang papan yang ada di hadapan penjara ini. 'PENJARA WANITA KAJANG'.

"Ibu buat apa sampai masuk dalam?" Tanya Nairah dengan suara serak-seraknya itu.

"Ibu ditangkap polis masa you berumur 10 tahun atas kesalahan membunuh seorang lelaki warga Jerman. And that guy is your father. Your father trying to kill you. Sebab, ibu you lakukan hubungan dengan dia.. Dan bila dia minta ibu gugurkan you, ibu tak nak.. And bila you lahir, he trying to kill you again. Secara tak sengaja ibu bunuh ayah you. Since then you dijaga Tan Sri Syed Omar sampai umur you 2 tahun. Then dihantar ke rumah Setia Kasih. Kes ni polis dapat kesan masa you berumur 10 tahun. Ibu you kena tahan 15 tahun kat dalam atas kesalahan membunuh."

•••••••••••••••
double update. maybe x dpt hbiskan semuanya hrini kut. smpat update 2 chapter jer...
sorry guys. btw, keep voting and comment. ;))

Hey, Mr. Pinky!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang