"Bismillahirrahmanirrahim", Sarah membaca basmalah. Kemudian, dia mengetuk daun pintu 3 kali. "Assalamualaikum", Sarah melangkah kaki kanan memasuki rumah barunya seraya memberi salam.
Suasana hening seketika. "Alhamdullillah", sarah mengucap syukur. Dia sedang mengamalkan petua ketika berpindah ke rumah baru. Kalau selepas dia memberi salam tadi ada bunyi-bunyian, maknanya rumah itu 'berpenghuni'.
"Banyak jugak yang nak kena buat dengan rumah ni", Sarah mengesat dahi.
Aida menapak masuk ke unit kondominium baru yang tidak berpenghuni itu. Hanya debu-debu lantai dan bau-bauan simen yang masih tersisa membuatkan aida mengembang-kempiskan hidungnya. "But, not bad. Besar what"
"Cakap pasal besar...", Sarah memandang Aida serius. "Aku cop bilik dulu! Ahhh!!!", Sarah terus berlari memasuki salah satu bilik di dalam rumah itu diiringi dengan suara hilai tawanya bersama dengan Aida.
.__________.
Beberapa orang lelaki bergilir-gilir memasuki rumah baru itu untuk memenuhi setiap ruang di dalamnya sehingga semuanya lengkap dibawa seperti yang telah diberitahu. Aida, Sarah serta Encik Khairul, sentiasa memantau mereka melakukan kerja mereka dengan meletakkan perabot di tempat yang dikehendaki di dalam rumah tersebut.
"Meja ni letak sini ye bang", arah Aida dengan lembut.
"Yang ni last ye dik", kata lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu.
Encik Khairul mengiringi lelaki itu keluar rumah lalu memyelesaikan urusan pemindahan itu dengan sempurna. Akhirnya, lelaki-lelaki tadi beredar meninggalkan rumah tersebut setelah melakukan kerja mereka.
Encik Khairul berjalan menghampiri Aida dan Sarah yang sedang mengemas di dalam rumah. "Ha.. Lepas ni, boleh la kemas apa yang patut. Masih ada barang-barang tak bawak lagi kan?"
"A'ah. Terima kasih eh uncle sebab tolong kitorang", ucap Sarah rendah diri.
"Sama-sama. Nanti Peah balik minggu depan, korang tinggallah baik-baik dengan dia ye", pesan Encik Khairul, bapa kepada Peah. Tak lama selepas itu, dia pun berangkat pulang.
Sarah dan Aida melepaskan lelah dengan duduk di atas sofa yang baru di letakkan di ruang tamu. "Tak sabar nak tunggu Peah balik"
"Haih, kau untung la cuti esok. Aku ni tak boleh cuti. Doktor pelatih la katakan. Naseb baik tak jauh mana. Pandai jugak ayah Peah cari rumah. Senang aku", omel Sarah panjang lebar.
"Untung tu tak untung sangat la. Kau Uni dekat. Aku ni tempat kerja jauh. Nak menghantar kau lagi. Aku suruh ambik lesen tak nak"
"Aku ada lesen kereta ape"
"Keretanya hado?"
"Eleh, belikan la", Sarah menjeling.
"Kau kan dapat elaun sebab tengah praktikal. Kumpul la duit.", Aida membuka tudung sarungnya kerana berpeluh.
"Yela, aku tengah kumpul duit nak beli kereta la ni. Kau ingat senang? Nak bagi mak ayah aku duit lagi. Lepas ni nak kena bayar bil elektrik pulak", hujah Sarah. Sarah kalau berdebat, tahu nak menang aje.
Aida hanya berdiam. Malas hendak menjawab.
.___________.
Vroom! Vroom!
Aida memakirkan Suzuki Gixxernya betul-betul di hadapan lobi Hospital Veterinary University. Sarah segera turun daripada motosikal itu lalu membuka helmet yang disarung di kepalanya.
YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...