BAB 28

102 6 0
                                    

"Ada apa korang datang jumpa aku ni?", soal Natasya atau Nat kepada Aida dan Haikal yang duduk di hadapannya.

Nat terkejut apabila pasangan kekasih tersebut datang ke firma guaman tempat dia bekerja yang terletak di Kuala Lumpur.

"Haikal perlukan khidmat kau sebagai peguam, Nat.", kata Aida lalu memandang Haikal di sebelahnya.

"Kes apa?", soal Nat lagi ingin tahu.

Haikal ke depankan badannya lalu bersedia untuk menerangkan. "Kes pembunuhan mak aku yang jadi sebelum ni dah ada suspek sebenarnya. Mereka akan dibicarakan tak lama lagi so, pihak mahkamah telefon aku untuk cari pendakwa raya bagi kes tu."

Walaupun sudah diberikan senarai nama peguam-peguam handal yang biasa mengendalikan kes berat di Malaysia, Aida tetap mencadangkan nama Nat yang akan mengendalikan kes itu.

Nat mengangguk faham. Kes pembunuhan Mariam Musa memang menjadi bualan hangat antara mereka para peguam. Masing-masing membuat spekulasi ketika Haikal dituduh sebagai suspek sebelum ini. Ada yang menawarkan diri untuk menjadi peguam belas hanya kerana untuk menunjukkan kehebatan. Namun, Nat bukanlah salah seorang daripada mereka.

"So, korang nak aku carikan peguam untuk korang ke? Kat sini ramai sangat peguam yang bagus-bagus.", Nat bertarik-tali.

"Buat apa nak cari peguam lain kalau peguam yang bagus dah ada depan mata.", Aida memuji Nat.

"Aku tak baguslah. Serious. Korang pergilah buat research kes mana je yang aku dapat selesaikan?", Nat merendah diri.

Memang semenjak bergelar peguam, Nat amat jarang dapat memenangi kes yang berada di pihaknya tidak kiralah dia bertindak sebagai seorang pendakwa raya ataupun peguam bela. Kemenangannya hanya boleh dikira dengan jari itupun jika berhadapan kes dan pihak lawan yang mudah.

"Aku percaya kau, Nat. Aku tau kau boleh buat ni. Banyak bukti dah menunjukkan bahawa suspek bersalah jadi kau tak payah risau.", ujar Aida bagi menaikkan semangat Nat.

"Entahlah, aku tak yakin. Sekarang ni pun aku tengah handle kes saman. Belum tentu menang.", kata Nat lemah.

"Jangan macam tu, Nat. Kalah menang ni semua atas usaha kau sendiri. Kalau lebih usaha, besar lah hasilnya.", Haikal memberi motivasi percuma. Semenjak menjadi bekas banduan, kata-kata azimat banyak keluar daripada mulut lelaki itu.

"Fine. Tapi jangan menyesal pilih aku.", Nat memberi amaran.

"Never.", Aida meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Nat dan menjadi beban buat peguam itu.

Setelah itu, mereka bertiga membincangkan soal prosedur mahkamah yang perlu diketahui. Perbicaraan kes pembunuhan Mariam Musa ini akan bermula dua bulan daripada sekarang jadi mereka perlu membuat persediaan rapi.

"Aida, aku nak cakap dengan kau sikit.", kata Nat. Haikal meminta diri untuk beredar selepas itu.

"Apa?", Aida memasang telinga.

"Apa jadi dengan plan kita nak ke Perth tu? Jadi ke?", soal Nat yang membuatkan Aida tidak senang duduk.

"Entahlah. Korang je la yang pergi.", Aida berdolak-dalih.

"Kau dengan Sarah tak okay lagi ke? Dah berapa lama dah ni.", Nat risau akan keretakan hubungan baik antara Aida dan Sarah yang terjadi berminggu lepas. Dia dapat tahu tentang perkara tersebut apabila Peah memberitahunya.

"Kau tau je lah Sarah tu macam mana. Kalau dah marah, hati batu jadinya. Ego!", geram pula Aida apabila bercakap perihal perangai bakal bekas kawan baiknya iaitu Sarah.

"Aku tahu sebab perangai Sarah tu tak pernah berubah dari dulu lagi. Dia nak orang ikut kepala dia je. Sebab tu lah kau kena mintak maaf.", ujar Nat.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now