BAB 25

88 4 0
                                    

Sarah dan Zubir meneliti kucing-kucing yang diawasi di dalam sangkar. Kucing-kucing tersebut merupakan haiwan yang dihantar oleh tuan mereka untuk dirawat. Selepas seminggu memberikan rawatan dan suntikan, tiba masanya untuk dua veterinar itu membuat penelitian atas perkembangan kesihatan mereka. Munirah pula ditugaskan untuk memberi makan dan menguruskan penjagaan haiwan kesayangan manusia itu.

"Aku nak kau tolong aku boleh?", Zubir bersuara di balik penutup hidung dan mulutnya.

"Tolong apa?", soal Sarah semula walaupun sedang khusyuk membuat rekod pemantauan haiwan di hadapannya.

"Nanti aku nak kau cari satu organisasi kebajikan haiwan ni nama dia Haiwan Jalanan.", balas Zubir sambil tangannya turut membelai dan memeriksa anggota badan haiwan.

Sarah memandang Zubir seraya mengangkat kening. "Untuk apa ni? Kenapa aku yang kena cari bukan kau?"

Zubir tidak membalas lalu meneruskan kerjanya. Setelah itu, dia duduk di atas bangku yang ada berdekatan dengan sangkar kucing kemudian tanpa diarah, Sarah duduk di sebelahnya. Sarah menunggu Zubir untuk bersuara lagi.

"Every four months, aku dan Karim akan collaborate dengan satu organisation ni nama dia Haiwan Jalanan. They are very famous in social media for helping stray animals. Karim yang discover diorang dua tahun lepas sebab mereka selalu buat aktiviti kebajikan such as feed street cats. As a concern vet, we decided to participate in this kind of activities supaya dapat rawat haiwan-haiwan ni secara percuma because diorang memang tak ada bantuan daripada segi perubatan. So, untuk kali ni, aku nak kau join sekali.", ujar Zubir panjang lebar.

Mata Sarah bercahaya kerana sangat berminat. "Really? Aku rasa aku ada follow diorang dekat Twitter. Teringin nak join tapi I've got no chance.", kata Sarah teruja.

"That's good. Sekarang ni aku nak kau private message akaun tu and ask admin dia yang kita dah ready nak buat aktiviti lagi. Karim decide nak buat dekat Dato Keramat. Tolong inform diorang, okay?", arah Zubir.

"Tapi kenapa aku? Kau kan dah biasa dengan pihak sana so kau je lah jadi orang tengah", Sarah membantah.

"Siapa senior? Aku ke kau? Ikut je lah cakap aku.", Zubir memerli lalu menjeling.

Sarah memuncungkan mulutnya. Kemudian, dia teringat untuk bertanya sesuatu. "Kita je ke yang join benda ni?"

"Selalunya bila dah comfirm, Haiwan Jalanan yang akan post poster or update dekat followers dia siapa yang nak jadi volunteer.", balas Zubir.

Sarah mengangguk. Dia bercadang untuk mengajak rakan-rakannya untuk menyertai aktiviti kebajikan itu juga.

.__________.

Ezzat baru sahaja selesai menyoal siasat dua orang suspek kes rompakan yang masing-masing bernama Asri dan Wang Weo. Tekanan Ezzat bertambah apabila dua orang lelaki itu berdiam diri setiap kali disoal dan tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis. Mereka rela diheret ke mahkamah untuk dibicarakan malah itulah permintaan mereka.

Ezzat bingung. Supt. Omar akan pulang hari ini namun dia masih buntu untuk menyelesaikan kes paling besar tahun ini. Walaupun cuma digelar kes rompakan, ianya merupakan kes yang paling rumit. Apabila terjadinya insiden pembunuhan, pihak polis tidak boleh berdiam diri. Mereka perlu mengerah lebih tenaga untuk menangkap dalangnya.

Percaya atau tidak, pihak polis sudah dapat menjangka bahawa ahli rompakan tersebut sangat ramai dan tinggal meluas di seluruh negara. Beberapa orang suspek pernah diberkas sehingga hari ini namun mereka hanya meringkuk dalam penjara setelah mendapat keputusan akhir mahkamah.

"Ini tak boleh jadi. Kita kena buat satu lagi serbuan untuk tangkap dalang perompak ni.", Ezzat bersuara di dalam bilik mesyuarat yang hanya ada dia, Yusuf dan Emily.

"Kau nak buat macam mana? Comfirm diorang tak keluar rumah sekarang.", balas Yusuf yang juga menerima tekanannya.

"Tak kisahlah macam mana cara sekalipun. Aku nak habiskan benda ni cepat. Lagipun, Thief Kid makin terdesak nak kan semula adik dia yang hilang tu.", kata Ezzat lagi. Dia yakin, mangsa masih di tangan penjenayah.

"Kau tau bukan senang nak buat plan. Lepastu nak kena ada strategi lagi. Berapa banyak peluru lagi kita nak habiskan, Ezzat? Hasilnya sama je so, jangan terburu-buru okay.", hujah Emily.

"Kita masih ada Dr. Zahirah untuk back up kita. Kereta dia yang kita jadikan kereta penyamaran tu okay lagi so kita boleh buat plan lain yang menjimatkan kos.", cadang Ezzat kurang bernas.

Mata Emily membuntang. "Stop it, Ezzat. Kau still nak babitkan doktor tu ke?", soal Emily tidak puas hati.

"Selagi dia sudi tolong kita, apa salahnya?", jawab Ezzat selamba.

"Bahayalah Ezzat. Dia bukan polis and dia doktor pulak tu. Chief dah cakap awal-awal jangan babitkan orang luar dalam kes berat macam ni. Kalau ada apa-apa jadi kat dia, kita susah bro.", bantah Yusuf. Memang idea Ezzat sebelum ini diterimanya dengan terbuka tetapi kali ini, dia melakukan sebaliknya. Dia perlu bertindak professional atas dasar keselamatan awam.

"It's fine. Aku boleh handle benda ni.", kata Ezzat tenang kerana cuba menyakinkan rakan setugasnya.

Emily merenung Ezzat. "Benda ni yang kau cakap masa kes dua tahun lepas. Ingat tak apa jadi lepas tu?", ungkit Emily.

Ezzat terkesima. Jantungnya berdegup laju dan darahnya naik tiba-tiba acap kali teringat kisah silam yang memedihkan itu.

"Emi, dah la.", Yusuf menegur Emily.  Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mengingati perkara sedemikian kerana masing-masing sedang tertekan.

"So, korang ada cadangan lain ke?", Ezzat mengawal keadaan dan bertindak professional.

"Aku cadangkan kita balik je dulu. Kita bincang nanti. Cakap sekarang pun tak guna.", balas Yusuf lalu melepaskan keluhannya.

Ezzat bersetuju lalu ingin melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Ezzat, I'm sorry. I didn't mean it.", kata Emily kepada Ezzat namun lelaki itu tidak mempedulikannya. Emily kesal.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now