BAB 2

262 5 0
                                    

"Boleh awak beritau saya apa yang awak tau pasal peragut tu?", pegawai polis itu menyoal Peah yang masih trauma.

"Maksud tuan? Saya tak kenal pun siapa peragut tu", Peah menjawab bingung.

"Rupa, tinggi, warna kulit, pakaian dan jenis motosikal. Ada apa-apa yang awak tau?"

Peah diam sejenak kerana ligat berfikir. "Saya tak cam mereka sebab mereka pakai helmet. Lepas tu, kulit dia gelap. Lepas tu... emm... ahh...", Peah memaksa otaknya untuk mengingati kejadian itu. "Saya tak berapa nak ingat sebab saya tak pandang diorang pun time tu. Yang saya tau, saya tengah cek beg saya, pastu saya terjatuh sebab kena tarik..... Ha! Baju warna hijau!", Peah menggenggam erat tangannya.

Pegawai polis itu laju menaip sesuatu di komputer di hadapannya. "Baju siapa warna hijau?"

"Saya tak ingat... Mungkin pembonceng atau yang bawak motor tu", Peah rasa serba salah.

Pegawai polis itu menyandar di kerusinya sambil memandang Peah tajam. "Awak pasti ke keterangan yang awak bagi ni?

Peah berpeluh risau. "Tak... saya tak berapa pasti. Tapi yang saya pasti, diorang macam bukan warganegara"

Pegawai itu tersenyum sinis. "Heh... Kenapa awak rasa macam tu? Sebab diorang berkulit gelap? Saya tak nak terima andaian yang tak pasti tau. Dah la saksi awak pun tak tau apa-apa pasal kejadian tu", keluh pegawai polis itu. Saksi yang dimaksudkan ialah jaga yang membawa Peah ke balai polis tadi.

"Tak... bukan macam tu! Err...", Peah kehilangan kata.

"Pegawai polis itu menggelengkan kepalanya. Haih... Susah la macam ni. "Tak apalah, saya siapkan laporan ni. Kalau ada apa-apa berita pasal beg tangan cik dan peragut tu, nanti pihak polis akan beritahu. Kami akan telefon ibu bapa cik", ujar pegawai polis itu lalu tersenyum kelat.

Peah bangun dari tempat duduknya. Kecewa. Nasib baik kad pengenalan selamat sebab dia letakkannya ke dalam beg galas. Cuma telefon bimbit dan beberapa wang ringgit habis dikebas si peragut. Cis, melampau betul! Apa la malang sangat nasib aku hari ni? Apa aku nak cakap dengan mak ayah aku ni?

Peah berjalan longlai sambil terhenjut-henjut keluar balai polis setelah menelefon Aida untuk mengambilnya di situ. Dia melabuhkan punggung di barisan kerusi di luar balai polis.

Ezzat yang daripada tadi memandang seorang wanita yang ayu bertudung daripada jauh, mula bangun dari tempatnya untuk berjalan keluar. Sebelum itu, dia sempat berhenti di meja kaunter tempat di mana wanita itu membuat laporan tadi.

"Lain kali, kau soal la elok-elok dengan perempuan macam tu. Dia dah la trauma. Mentang-mentang kau nampak dia kental sikit, kau nak kasar-kasar pulak eh?", Ezzat menegur sinis lalu menjeling pegawai polis tersebut.

Pegawai polis itu menelan air liur memandang Ezzat. "Baik, tuan", perlahan saja suaranya menjawab.

Ezzat menolak pintu untuk keluar. Kebetulan dia terpandang wanita yang dilihatnya tadi, sedang duduk di barisan kerusi di sebelahnya.

Ezzat mengambil tempat duduk selang satu kerusi di sebelah Peah. Ezzat cuba berlagak selamba. Peah hanya buat tidak endah walaupun dalam hatinya agak tertarik dengan ketampanan yang dimiliki Ezzat.

"Nah,", Ezzat mengeluarkan plaster yang terdapat di dalam jaket jeannya lalu dihulurkan kepada Peah. Peah terkedu.
"Balut dekat tempat luka tu", Ezzat menyambung sambil menjuih mulut ke arah seluar di lutut Peah yang terkoyak.

"Peah mengambil plaster itu walaupun terdapat rasa curiga. "Terima kasih", ucapnya sedikit malu.

"Lain kali awak kena hati-hati. Orang zaman sekarang ni dah tak kira dah pasal berperikemanusiaan. Asal ada peluang je, diorang sanggup buat jenayah demi dapatkan duit dengan cara mudah. Lagi-lagi dengan perempuan macam awak ni. Mesti akan diambil kesempatan", tanpa memandang Peah, Ezzat berhujah tak semena-mena.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now