Richard menyedut dalam-dalam asap puntung rokok yang dikemamnya lalu asap tersebut dihembus ke udara memenuhi segenap ruang di dalam wad. Dia langsung tidak menghormati keadaan pesakit yang sedang terlantar di atas katil. Asalkan dia mendapat kelegaan dan nikmat menyedut asap rokok itu.
Pandangan Richard dilemparkan ke luar tingkap manakala John duduk di birai katil dibelakangnya sedang memeriksa pistol. Sesekali John memerhati belakang kepala Richard yang sebahagian daripada rambut lelaki itu dicukur membentuk corak beralun. Gaya rambut itu dinamakan sebagai 'Quirky Quilted Undercut'.
Richard atau mudah dipanggil Rich, menyedut puntung rokoknya sekali lagi. "Kita kena blah dari sini", dia bersuara.
"Kau nak pergi mana?", soal John. Cuma ada mereka berdua dan pesakit wanita di dalam wad itu.
"Mana-mana je. Polis takkan berhenti jejak kita sebab perempuan tu.", Rich menoleh ke belakang lalu matanya jatuh kepada Risa, si pesakit di atas katil.
"Aku penat lah asyik lari. Boleh tak kita stay satu tempat yang polis takkan boleh jumpa kita?", cadang John.
Rich melabuhkan punggung di birai katil sebelah John. Keadaan katil yang tidak stabil membuatkan tubuh Risa terhenjut.
"Aku ada survey satu tempat dekat Ausie. Aku dah jumpa orang yang boleh cover kita dekat sana. So, kau dengan beberapa orang kita akan ikut aku tinggal Ausie sampai kita selamat.", ujar Rich dengan nada separa berbisik.
Riak wajah John tidak nampak gembira seperti yang sepatutnya. "Habis perempuan ni macam mana?", John menelengkan kepala ke arah Risa.
"Perempuan ni? Kita lepaskan je lah dia.", balas Rich selamba.
Mata John membuntang. "Kau gila ke? Kau tau tak apa jadi dekat kita kalau perempuan ni bukak mata nanti? Apa jadi kalau dia jumpa abang dia? Kau dah kempunan penjara sangat ke huh?", suaranya ditinggikan.
"Haih... Maksud aku bukan lepaskan macam tu la.",
John mengangkat kening. "Habis tu?"
"Kau buat jelah benda biasa yang kau buat dekat dia ni. Kau tambah lagi sikit barang tu sampai dia overdose. Tak lama lagi dia cramp la.", kata Rich diiringi tawa jahat.
"Kau ni memang gila. Sejak bila kau dah pandai belajar bunuh orang ni?", kata John tidak puas hati.
"Aik? Cakap macam kau tak pernah bunuh orang pulak? Aku belajar je, tapi aku tak pernah buat.", sindir Rich penuh makna.
John tidak membalas. Dia tidak mahu Rich terus mengungkit kejadian di mana dia menikam Mariam.
Rich melilitkan lengannya di sekeliling tengkuk John lalu mulutnya didekatkan ke telinga John. "Kau buat je apa yang aku suruh, okay? Matikan dia."
John segera menolak tangan Rich kasar. "Aku tak nak! Dia tak buat salah dekat kita pun! Kita culik dia sebab abang dia, tu je!", John berdiri sambil menghadap Rich.
Rich tersenyum sinis. Rich turut bangun dan mendekati John. Dia mengusap dagu John manja. "Alolo.. baiknya dia ni. Kalau kau tak nak bunuh dia, kau nak jaga dia sampai bila? Sampai kau tua kau nak biar dia terbaring macam mayat hidup? Kenapa kau kena buat macam tu? Lambat-laun dia mati jugak kan? Kau nak risau apa?"
John memegang sisi kepalanya sambil berjalan mundar-mandir supaya otaknya berfungsi dan menghasilkan buah fikiran. "Ada cadangan lain tak?", soal John apabila dia tidak mempunyai idea.
Rich menjungkitkan bahunya. "Macam ni lah. Aku tak kisah kalau kau nak lepaskan dia hidup-hidup TAPI dengan satu syarat.", kata Rich seraya mengangkat jari telunjuk.
"Apa dia?",
"Kau tak boleh ikut aku pergi abroad dan jangan sesekali kau sebut nama aku bila kau masuk penjara nanti. Faham?", tegas Rich.
Dada John berombak. Darahnya mendidih tatkala melihat Rich sedang mengilai jahat walaupun mereka rakan komplot. Tak guna!
"Fine! Aku ikut kau. Tapi aku pun ada syarat.", kata putus telah dibuat oleh John.
"Kau pun nak ada syarat? Ha, apa dia syarat kau?", soal Rich.
"Kita jangan buat lagi benda ni. Aku nak cuci tangan.", ujar John perlahan. Geli hati Rich dibuatnya.
Rich ketawa. "Ingat apalah tadi. Okay, okay. Cuci lah tangan kau yang dah bernajis tu. Aku memang tak buat apa-apa. Aku tak salah.", jawab Rich seraya mengangkat kedua-dua tapak tangan seperti gaya ditahan polis. Suaranya juga dikecilkan menyerupai suara kanak-kanak.
Richard Sears ialah lelaki berkacukan Melayu-Britain. Rich dibuang keluarga pada usia muda dan disebabkan itu, dia mencuri untuk menyara hidup. Pada mulanya, Rich hanya mencuri barang kecil-kecilan sahaja tetapi dia telah bersekongkol dengan ramai orang sehingga kegiatan mencurinya sudah bertukar menjadi rompakan dan hasil rompakannya juga amat bernilai sehingga menjadikannya kaya raya.
Semua orang bawahan Richard sangat setia dan menghormatinya. Apabila sudah membolot kuasa, Rich mula tamak. Dia ialah dalang kepada semua aktiviti rompakan yang berlaku di Malaysia tetapi kerana ingin selamat, Rich langsung tidak melibatkan diri dalam kegiatan rompakan tersebut. Dia hanya menjadi pemberi informasi kepada anak-anak buahnya dan siap sedia menunggu hasil rompakan di markas mereka yang terletak di pelbagai tempat. Malah, hampir 80% hasil rompakan menjadi miliknya seorang. Oleh itu, dia layak dipanggil Rich kerana latar belakangnya yang kaya dengan sifat tamak.
Jenayah rompakan itu pula diketuai oleh John iaitu orang kanan Rich. Nama sebenarnya ialah Johan tetapi kejayaan pimpinan rompakannya diiktiraf oleh Rich sehingga Rich menyamakannya dengan perompak terkenal di Amerika iaitu John Dilinger. John juga dilabel sebagai lelaki berambut mohawk dalam kalangan pihak polis.
"Settlekan dia esok, ok?", Rich menepuk-nepuk bahu John sebelum keluar dari wad itu.
John menggeleng kerana tidak yakin dengan arahan yang diberikan Rich. Walaupun hubungan mereka sangat akrab seperti adik-beradik, John amat tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil kali ini.
.__________.
Pihak polis mula bertindak apabila mereka mengesan terdapat pesakit yang memusykilkan di Hospital Kemaman, Terengganu. Tanpa membuang masa, mereka mula menyusun strategi untuk menangkap si perompak.
Ezzat menumpukan sepenuh perhatian dalam merangka strategi tersebut. Setiap kata-kata yang ditutur oleh Yusuf diserapkan ke dalam kepalanya supaya dia faham dengan apa yang bakal berlaku.
"Kita dah maklumkan pada pihak polis di Terengganu untuk mengawasi keadaan wad di situ. Mereka takkan bertindak selagi kita belum ke sana.", ujar Yusuf.
"Kita akan ke sana esok. Ingat, pastikan rancangan kita kali ini berjaya. Jangan terlepas lagi. Semua anggota polis dekat Malaysia ni tunggu berita baik daripada kita tau tak?", kata Supt. Omar pula sekadar mahu menaikkan semangat anggota polis di situ.
Ezzat yang duduk di sebelah Yusuf nampak tekad. Dia memang sudah lama mengidam hendak menangkap perompak itu dengan tangannya sendiri.
"Ezzat, aku nasihatkan kau jangan terlalu ikutkan perasaan. Aku tak nak kita kecewa nanti.", pesan Yusuf ketika mereka memasuki kereta polis.
Ezzat memandang Yusuf sekilas. "Maksud kau?"
"Kalau kita terlalu berharap, mesti sesuatu yang buruk akan berlaku.",
"Sejak bila aku berharap? Kau yang doakan benda tu sekarang ni. Aku rilex je.", balas Ezzat tenang. Entah apa yang difikirkan oleh kawannya itu, dia pun tak tahu.
"Aku cakap je. Alang-alang, aku nasihatkan untuk diri sendiri jugak.", kata Yusuf sebelum fokus dalam pemanduannya.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...