Sarah memandu perlahan kereta Hyundai Elantra terpakai yang baru dibeli oleh ibunya bulan lepas. Ibu bapa Sarah memang sudah lama hendak menghadiahkannya sebuah kereta atas kejayaan wanita itu setelah bergraduasi. Namun, hanya kereta terpakai sahaja yang mampu dibiayai. Walaupun begitu, Sarah masih gembira kerana akhirnya mempunyai sebuah kereta sendiri tetapi malu kepada ibu bapanya kerana dia tidak sepatutnya membuatkan kedua orang tuanya mengeluarkan duit memandangkan dia sudah mampu mencari rezeki.
Memang sudah agak lama Sarah tidak memandu walaupun lesen kereta sudah dimilikinya sejak berumur 18 tahun. Oleh itu, ayahnya, En. Sazali dengan rela hati duduk di sebelah untuk membimbingnya memandu.
Sarah tersenyum gembira tatkala berjaya memandu kenderaan itu untuk beberapa pusingan di sekitar Bandar Tasik Puteri. Dia memakirkan keretanya itu di hadapan rumah ibu bapanya setelah puas melepas gian untuk memandu.
Ketika Sarah membontoti ayahnya untuk masuk ke dalam rumah, sebuah kereta Honda CR-Z bewarna hitam berhenti di hadapan rumahnya. Sarah dan bapanya menjenguk-jenguk dari dalam rumah untuk melihat siapakah gerangan yang bertandang ke rumah mereka itu. Salah rumah kot.
Seorang pemuda yang tinggi lampai berpakaian T-shirt hitam dan seluar jean keluar dari perut kereta itu. Sarah mendekati pagar rumahnya.
Mata Sarah membuntang ketika melihat gerangan pemandu kereta Honda yang memberikan salam kepadanya. "Hadi?"
"Apa awak buat kat sini?", perasaan Sarah bercampur-baur ketika itu. Macam-macam reaksi yang ditunjukkan olehnya kerana dia merasakan perasaan gembira dan gusar dalam waktu yang sama.
"Saja.", balas Hadi ringkas seraya senyuman masih tidak lekang di bibirnya.
"Betul-betul la. Apa awak buat kat sini?", soal Sarah dengan nada suara mendatar.
"Saya nak jumpa awak la. Kenapa awak tak call? Penat saya tunggu.",
Sarah berfikir sejenak. Call? Kemudian dia teringat kad nama yang diberikan oleh Hadi tempoh hari.
"Oh, saya lupa! Sorry... Awak nak jumpa saya sebab saya tak call awak je ke?", Sarah mengangkat kening.
"Saya memang nak jumpa awak pun. Saya ingat kalau awak call saya, saya nak ajak awak keluar. Tapi awak tak call pun.", Hadi buat nada sedih.
Sarah tergelak kecil. "Sorry... Macam mana awak tahu saya kat sini?"
"Saya pergi kondo awak hari tu. Aida cakap awak kat sini sebab tu lah saya datang. Lagipun saya memang tinggal dekat sini lagi.", ujar Hadi.
Sarah mengangguk faham. Memang cuma Aida saja yang terperap di rumah mereka di Bangi sejak kes Haikal memandangkan Peah juga paling jarang berada di rumah walaupun kondominium itu milik Peah secara mutlaknya.
"Tak sangka awak ingat lagi rumah saya kat sini. Ke, awak tanya kawan saya jugak sebab lupa?", rasa terharu pula Sarah apabila Hadi sanggup mencarinya hingga ke Rawang.
Kali terakhir Hadi bertandang ke rumah Sarah adalah ketika Hadi dan rakan-rakan mereka hadir ke jamuan raya yang diadakan di rumah itu. Ketika itu masing-masing masih berusia 15 tahun. Sedangkan majlis perkahwinan abang Sarah yang berlangsung 2 tahun lepas juga Hadi gagal dihubungi. Sudah 10 tahun rupanya...
"Gila tak ingat? Saya selalu jugak jalan-jalan dekat area sini. Kot-kot lah terjumpa awak.", kata Hadi.
Erk, stalker!
"Adik, panggil lah kawan tu masuk!", laung En. Sazali dari muka pintu rumah.
Sarah dan Hadi serentak menoleh ke arah ayah Sarah. Hadi dengan pantas tersenyum manakala Sarah berasa malu kerana ayahnya memerhatikan mereka daripada tadi.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...