Perbicaraan pertama berkenaan pertuduhan ke atas Wang Weo dan Asri telah pun bermula semalam di Mahkamah Tinggi dan Sesyen, Shah Alam. Mengikut seksyen 396 Kanun Keseksaan, Wang Weo dan Asri tertuduh merompak secara berkumpulan dan bersenjata lalu menyebabkan kematian Mariam Musa di Klang.
Natasya mengalami saat yang sukar kerana dipertanggungjawabkan sebagai pendakwa raya bagi kes tersebut. Lebih membebankan apabila dia sedang mewakili pihak Haikal yang merupakan suami rakan baiknya. Bukanlah bermakna jika ianya bukan Haikal, Nat boleh menjalankan tugas secara sambil-lewa tetapi tekanannya lebih besar.
Setiap peguam tidak kiralah berdiri atas dasar peguam bela atau pendakwa raya mesti mahu lakukan yang terbaik. Begitu juga dengan Nat. Cuma perbicaraan semalam dirasakan tidak menyebelahinya kerana dua orang defendan itu menggunakan khidmat Tetuan Tan Heng Chan iaitu peguam yang selalu menjadi sebutan ramai tiap kali terdapat kes berat di mahkamah. Nat langsung tidak menyangka bahawa lelaki cina tersebut merupakan pencabarnya.
Haikal datang bertemu dengan Nat di sebuah kafe di Kuala Lumpur. Nat sedang mengurut lembut kepalanya dengan meletakkan siku ke atas meja. Sakit kepala dibuatnya kerana terpaksa membuat hujah yang panjang lebar bagi menyakinkan tuan hakim.
Haikal duduk berhadapan dengan Nat. "Kau okay tak ni?", soal Haikal mengambil berat.
Nat mengangkat muka memandang Haikal lalu menyandar di kerusinya. "Kau rasa?"
Haikal tidak segera membalas. "Aku faham kalau kau stres. Sorry lah tak datang perbicaraan semalam. Aku keluar jumpa client. Ini pun kenetulan aku lalu KL.", ujar Haikal.
"It's okay.", balas Nat ringkas lalu menyelak fail-fail di atas meja.
"Ada apa-apa yang boleh aku tolong?", Haikal menawarkan diri setelah merasakan bahawa dirinya tidak membantu sedangkan dia merupakan plaintif bagi kes ini.
"Tak ada apa yang kau boleh tolong. Ini semua tugas aku nak bina hujah dan cari bukti. Kau bukannya belajar law pun kan?",
Nat ada meminta pertolongan Ezzat sebagai pihak polis yang menyiasat kes ini supaya dia boleh mendapatkan bukti dan keterangan lanjut. Mujurlah kawan-kawannya mempunyai kenalan yang pelbagai jenis orang jadi senanglah Nat untuk bekerjasama dengan mereka.
"Hey, jangan pandang aku sebelah mata eh. Try me.", cabar Haikal. Dia nampak begitu yakin.
Nat berfikir sejenak. "Sebenarnya polis masih tak tahu sama ada Wang Weo atau Asri yang tikam mak kau sebab masih ada lima orang lagi yang bebas dekat luar sana. Tapi kalau aku tak boleh cakap yang bukan diorang yang buat, macam mana aku nak buat pertuduhan yang lebih jelas pasal ni? Kalah la aku macam tu.", Nat menekankan suaranya tetapi dia masih bercakap dengan suara yang perlahan kerana takut didengari orang sekeliling.
Haikal memperoses sesuatu di dalam kepalanya. Dia tampak begitu serius apabila melibatkan kes ibunya. Jika Haziq tidak mahu membantu, siapa lagi yang boleh melainkan dirinya sendiri.
"Pisau yang diorang guna untuk tikam tu, pihak polis dah scan cap jari ke?", soal Haikal.
"Benda penting macam tu mestilah polis dah buat. Cap jari tak sepadan dengan dua orang suspek.", jawab Nat lemah.
Haikal berfikir lagi. "As I know, pihak polis dah jumpa CCTV dekat rumah aku masa kejadian. Dah jadi hak milik diorang dah pun. Did you have a check on it?"
Nat mengeluarkan sekeping CD yang terletak di dalam bekasnya. Tertulis EVIDEN 3 pada permukaan CD tersebut.
"Aku dah buat copy dah pun. CCTV tu cuma tunjuk time diorang mula-mula masuk ke rumah kau and time pengawal kau kena tetak. Tapi...", Nat mematikan ayatnya.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...