BAB 29

92 5 0
                                    

Beberapa sukarelawan sudah berkumpul di Taman Tasik Dato Keramat untuk aktiviti kebajikan yang akan dijalankan hari ini. Sarah, Zubir, Karim dan pihak organisasi Haiwan Jalanan sudah menunggu di taman tersebut sejak 8 pagi tadi. Minit berlalu dan jumlah sukarelawan bertambah menunjukkan bahawa segolongan belia masih mempunyai nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

Sarah dan beberapa wanita lain mengagihkan botol air mineral dan sebungkus roti kepada para sukarelawan sebagai balasan terima kasih buat mereka kerana sudi menghadirkan diri.

Jumlah sukarelawan sudah mencecah angka 30 lebih orang. Satu jumlah yang
memberangsangkan bagi pihak penganjur. Sarah berasa teruja untuk memulakan aktiviti mereka namun dia masih menunggu jika masih terdapat sukarelawan lain lagi yang belum tiba kerana jam baru menginjak ke pukul 8.30 pagi.

Sedang Sarah melakukan kerjanya, telefon bimbitnya berdering. Nama Hadi terpapar di skrin telefon lalu Sarah segera menjawab. "Hello?"

"Hello, Sarah. Awak kat mana?", soal Hadi di hujung talian.

"Dekat Keramat. Kenapa?", Sarah menyoal semula.

"Spesifik sikit please.",

"Taman Tasik Dato Keramat.", Sarah malas hendak menyoal lagi.

"Spesifik lagi?", gesa Hadi.

"Dekat dengan tasik. Awak ni kenapa?", Sarah mula rimas kerana Hadi ibarat bertarik-tali.

"Okay.", Hadi mematikan panggilan. Tergumam Sarah dibuatnya. Apahal dia ni?

"Sarah, kita dah nak mula ni.", teriak Zubir yang sedang menunggu taklimat Karim.

Sarah mula menyusun karton minuman kerana bersedia untuk mendengar taklimat Dr. Karim. Dengan tidak semena, Hadi berlari-lari anak ke arah Sarah. Sarah terpempan.

"Hai.", Hadi menyapa di hadapan Sarah. Sarah masih lagi tercengang melihat lelaki itu.

"Apa awak buat dekat sini?", entah mengapa terbit rasa gembira di hati Sarah kerana kehadiran Hadi.

"Saya pun nak join aktiviti ni jugak.", Hadi menyisir rambutnya yang sedikit berpeluh.

"Macam mana awak tahu ada aktiviti ni?", soal Sarah hairan.

"Haih... Kan awak ada upload poster dekat Instagram. Tak ingat?",

Sarah menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa agaknya.

"Awak ada bawak makanan kucing tak?", soal Sarah apabila melihat Hadi datang dengan tangan kosong.

"Kena bawak ke?", Hadi menyoal cemas.

"Awak kata awak tengok poster tu. Kan dah tulis kena bawak makanan sendiri.", terang Sarah.

"Takpelah. Kalau jumpa kedai nanti, saya beli la.", kata Hadi setelah berfikir.

Sarah mengangguk setuju. "Sebelum tu, awak ambik ni.", Sarah memberikan Hadi sebotol air mineral dengan sebungkus roti.

"Eh, takpelah. Saya dah makan kat rumah tadi.", ujar Hadi. Dia menolak dengan cara baik.

"Ambiklah. Manalah tau awak lapar kejap lagi. Lagipun, rezeki tak baik ditolak.", kata Sarah lalu tersenyum.

Hadi menerima pemberian Sarah lalu membalas senyuman wanita tersebut. "Terima kasih."

Zubir yang terpandang akan gelagat mereka berdua sedari tadi. Rasa tidak puas hati mula hadir dalam benak Zubir. Macam mana dia boleh ada pulak ni?

Sarah dan Hadi jalan beririnhab ke arah kerumunan orang ramai yang menunggu. Mereka semua mendengar taklimat Karim dengan teliti.

Setelah selesai taklimat, Sarah kembali ke tempat di mana dia mengagihkan makanan tadi. Dia ingin membawa karton-karton minuman yang masih berisi ke but kereta Zubir.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now