Bunyi penggera jam loceng membuatkan aku terjaga daripada lena. Aku melihat jam di sebelah katil. Dah pukul 6 pagi rupanya. Aku bingkas bangun daripada pembaringan lalu terus mencapai tuala dan ke bilik air untuk mandi.
Usai solat dan berdoa, aku keluar bilik untuk mengetuk pintu bilik Aida yang berada di sebelah.
Tok! Tok! Tok!
"Aida, bangun. Dah subuh ni.", laung aku dari luar.
Aida tidak menjawab. Aku laung lagi dengan kuat supaya aku dapat mengejutkannya. Namun, suasana masih lagi hening.
Aku membuka pintu bilik Aida kerana wanita itu tidak menyahut. Aku terpempam. Bilik itu kosong tiada penghuni dan katilnya juga berkeadaan kemas.
Aku menepuk dahi kerana lupa yang Aida tidak tinggal di sini. Aida memang jenis yang on-off tinggal dengan kitaorang. Kadang-kadang dia balik, kadang-kadang dia tinggal dengan suami dia. Aku pun tak faham dengan perangai minah ni. Lantak dia la.
Peah pulak memang tak ada dekat rumah sebab tengah uruskan majlis kahwin dia yang akan berlangsung di Rawang hari ini. Aku tak dapat ikut dia balik sama kerana semalam aku bekerja. Jadi hari ini, aku akan pulang ke Rawang dan terus tinggal dengan ibu bapa aku buat sementara waktu.
Suasana dalam rumah sunyi sangat. Hanya ada aku dan perabot. Tiap kali aku memandang mana-mana perabot itu, ingatan aku akan terimbas kembali saat manis aku dengan housemate aku yang dua orang itu. Tak sangka begitu pantas masa berlalu sehingga sudah hampir setahun sejak kami tinggal bersama. Macam-macam yang berlaku antara kami disaksikan oleh rumah ini. Sekarang, ianya cuma tinggal kenangan kerana kami pun sudah ada komitmen masing-masing.
Cuma tinggal aku yang masih menumpang di rumah Peah. Peah dengan baik hatinya membenarkan aku tinggal di kondominium ini tanpa caj sewaan. Katanya, kami kawan baik tak payah lah bayar apa-apa. Aku tau aku tak patut menurut kata Peah. Menumpang buat cara menumpang. Lagipun, aku dah banyak susahkan dia sepanjang persahabatan kami. Aku kena jugak berpindah dari sini memandangkan Peah sudah berkahwin dengan Ezzat. Sementara aku mengambil cuti panjang ni, boleh lah aku tinggal sekejap dengan ibu bapa aku dan mengambil peluang untuk menjaga mereka. Inilah rancangan yang terbaik untuk aku buat masa ni.
Biskut kosong aku jadikan sebagai alas perut sementara menunggu pukul 10 pagi. Selepas itu, aku bersiap untuk ke majlis perkahwinan Peah yang akan diadakan di Dewan Cindai, Institut Kraftangan Negara. Agak frust sebenarnya tak dapat hadir ke majlis pernikahan Peah dan menjadi bridesmaidnya seperti Aida, Nat dan Adriana tapi nak buat macam mana. Aku tak boleh minta cuti banyak sangat memandangkan aku bukannya bekerja dengan Zubir lagi.
Aku memakai dres labuh berwarna pink lembut dan melengkapkannya dengan selendang berwarna ungu. Alat solek mesti aku tempekkan ke muka supaya kelihatan lebih menyerlah kerana muka aku tidaklah lawa mana kalau dibiarkan natural.
Selepas selesai packing baju, aku bersiap sedia untuk kembali ke pangkuan keluarga. Pintu rumah Peah aku kunci sebelum pergi ke lif untuk turun ke tempat parkir kereta.
.__________.
Majlis perkahwinan Peah berjalan dengan sangat lancar kerana cuaca baik. Bertambah meriah dengan kehadiran kawan-kawan zaman sekolah menengah yang menjadikan majlis itu majlis reunion secara tak langsungnya.
Dari tempat aku, Peah yang bersanding di atas pelamin kelihatan sangat jelita. Jarang aku dapat melihat dia secantik begitu apatah lagi tanpa berkaca mata. Wajahnya tampak ceria disamping Ezzat malah mereka berdua nampak begitu sepadan. Inilah yang dinamakan seri pengantin.
Aku, Aida, Adriana, dan Natasya duduk semeja di meja VIP yang disediakan oleh Peah. Rasa macam very important person sangat kerana hanya kami saja yang duduk di meja istimewa itu selain daripada keluarga belah Ezzat. Keluarga Peah sendiri pun dia tak layan macam ni.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...