BAB 38

119 5 0
                                    

John duduk di atas katil betul-betul disebelah tubuh Risa yang masih terbaring. Rambut panjang Risa dielus lembut olehnya lalu diselitkan kebelakang telinga. Wajah mulus Risa ditatap dengan penuh kasih.

Mana mungkin John sanggup menyakiti Risa walaupun wanita itu tidak pernah terjaga sepanjang pembaringannya. Selama ini, John yang menjaga Risa atau dengan bahasa yang lebih tepat, menyimpannya kerana Risa bertindak sebagai tebusan oleh Rich.

Sudah setahun John memerhati keadaan Risa. Sepanjang masa tersebut, John banyak bermonolog dengan wanita itu sehingga Risa sudah menjadi diarinya. Dia tahu bahawa Risa tidak pernah mendengar dan mengingati apa yang dikatakan oleh dirinya kerana Risa berada pada bawah aras sedar.

John mencapai sebotol larutan jernih tidak bewarna di atas meja tepi katil. Tertulis perkataan 'Morphine' pada permukaan luar botol tersebut. Kemudian, John mengeluarkan sebatang penyuntik yang terselit di dalam poket kanan seluarnya.

Morfin adalah dadah dan merupakan aklaloid utama dalam pembuatan candu. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan utama morfin terhad sebagai ubat penahan sakit di klinik dan hospital. Di pasaran, ia tersedia dalam bentuk pil, kapsul ataupun cecair untuk suntikan. Apabila terdedah kepada udara dan cahaya, warnanya menjadi gelap.

Kesan utama pengambilan morfin ialah kerosakkan sistem saraf. Sekiranya diambil dalam dos yang kecil, ia akan menyebabkan si pengambil tertidur manakala pengambilan dos yang besar akan menyebabkan tidur yang berpanjangan dan menghalang sistem respirasi berfungsi dengan normal.

Dengan satu tekanan, John mencucuk penyuntik tersebut masuk ke dalam botol larutan morfin melalui penutupnya lalu hujung penyuntik ditarik. Tidak sampai beberapa saat, larutan morfin sudah memenuhi hampir separuh isipadu penyuntik itu.

Ini bukan kali pertama John berbuat demikian malah sudah berbulan sejak dia menjaga Risa. John akan menyuntik larutan sejenis dadah itu ke dalam badan Risa sebanyak tiga kali seminggu secara dipaksa. Tujuan perbuatannya adalah untuk menidurkan Risa buat jangka masa yang lama. Itu sahaja caranya untuk membuatkan Risa diam.

Tetapi hari ini, kuantiti yang diambil melebihi daripada yang sepatutnya. John sendiri tahu kesannya terhadap Risa dan dia dengan sengaja akan melakukannya atas arahan Rich.

"Maafkan aku, Risa...", ucap John seraya tangannya terketar-ketar menghampiri pergelangan tangan Risa yang kebiruan kerana sering dicucuk.

Belum sempat John hendak menusukkan jarum penyuntik ke dalam kulit Risa, telefon bimbitnya berdering lalu membuatkan John membatalkan niatnya. Telefon bimbitnya segera dicapai lalu diganggang.

"Hello?",

"John, blah dari situ cepat!", arah Rich cemas.

"Kau apahal ni? Aku tak settle lagi la.", balas John.

"Polis dah sampai sini kau tau tak? They are on their way to you!", kata Rich lagi. Dia bimbang akan keselamatan John yang sedang menjalankan kerja bodoh mereka.

Richard terkejut ketika dia sampai ke Hospital Kemaman dan melihat sekumpulan polis sudah pun berkerumun di kaki bangunan hospital tersebut. Mujurlah dia sempat menyamar dan bersembunyi. Kalau tidak, dia mungkin akan dikenal pasti.

John mula gelabah. Dia menjauhi tubuh Risa lalu menyiapkan diri untuk keluar dari wad tersebut. Namun, dia cuak apabila terdengar suara riuh orang di luar wad menandakan bahawa polis sedang menghampiri. Sialan!

John mendapat akal untuk terjun saja melalui tingkap. Sekali lagi dia membatalkan niatnya tatkala melihat ke luar tingkap yang membuatkan dia gayat. Manakan tidak, dia sedang berada di tingkat 8 bangunan itu. Nyawanya dititik beratkan terlebih dahulu sebelum dia membuat keputusan. Tambahan pula, dia dapat melihat beberapa buah kereta polis betul-betul berada di bawah.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now