BAB 4

210 5 0
                                    

Sarah menjenguk-jengukkan kepalanya untuk melihat jika ada kenderaan yang memasuki kawasan tempat letak kereta di tingkat bawah tersebut.

"Hisy, mana kawan kau ni Aida? Kata datang pukul 7.40? Ni dah nak dekat 7.50 dah ni?", rungut Sarah.

Aida tampak bimbang. Risau juga dia kot-kot Haikal mempermainkannya dan tidak mahu datang menumpangkan mereka. Berkali-kali dia menelefon Haikal tetapi panggilannya disambungkan ke sistem telekomunikasi.

"Tunggu je lah kejap. Kalau tak ada jugak, terpaksalah ambik teksi", Aida cuba menenangkan Sarah. Jagalah kau Haikal!

Tak lama selepas itu, sebuah kereta Mini Cooper berhenti tepat-tepat di hadapan mereka. Aida menghembus nafas lega.

Haikal keluar daripada kenderaannya lalu segera menoleh ke arah Aida dan Sarah. "Jom?"

"Kau ni tak boleh datang lambat lagi ke? Baik kau ambik kitaorang minggu depan je!", Aida melepaskan amarahnya.

"Awak nak ke? Saya ok je", Haikal buat loyar buruk yang membuatkan Aida menyinga.

Sarah tak berkelip memandang kereta dan tuan kereta di hadapannya. Kereta yang digilap sehingga menampakkan refleksi Sarah ke atasnya membuatkan Sarah kagum. Begitu juga dengan tuan kereta. Rupa boleh tahan.

Haikal yang baru teringat bahawa rakan Aida turut menumpang, terus memperkenalkan dirinya. "Oh, hai there! Saya Haikal.", Haikal melambai kepada Sarah yang kelihatan janggal kerana malu. Sarah hanya memberikan senyuman sebagai tanda perkenalan.

Sarah dan Aida duduk bersebelahan di tempat duduk belakang. Kemudian, telinga Aida menjadi sasaran buah mulut Sarah. "Dia ni kaya ke?"

Aida sekadar mengangkat bahu. Tak tahu hendak memberikan jawapan apa. Walaupun dalam hatinya mengatakan 90% setuju.

Haikal terus memasuki ke dalam perut kereta. Dia menoleh ke belakang setelah melihat tiada orang di tempat duduk di sebelahnya. Kelihatan Aida dan Sarah sedang duduk dengan senyap.

"Haih... Dua-dua duduk belakang? Duduk la depan ni ha", Haikal menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya.

"Ha, pergi la Sarah. Dia dah ajak tu", Aida menyenggol bahu Sarah yang menyebabkan rakannya itu tersentak.

Roman Sarah bertukar kemerahan menahan malu. "Isy, apa aku pulak? Kawan kau kan? Kau la pergi", Sarah pula menolak tubuh Aida ke tepi.

Aida mencebik. "Duduk belakang je tak boleh ke?", Aida memandang Haikal yang sedang menunggu.

"Nope", Haikal menggeleng. "Saya bukan personal driver awak. So, salah seorang kena ke depan. Especially awak yang bertudung purple ni", Haikal merujuk kepada Aida yang satu-satunya memakai tudung berwarna ungu. Sarah yang memakai tudung berwana coklat cair, hanya tersenyum suka.

Aida ragu-ragu untuk ke depan. "Cepat lah Aida! Dah lambat ni! Tengok jam pukul berapa", Sarah merungut. Baru dia tersedar bahawa dia sedang lambat.

Aida keluar daripada kereta lalu masuk semula melalui pintu di sebelah tempat duduk Haikal.

"Okay, let's go", Haikal mula menukar gear.

Setelah menghantar Sarah ke hospital veterinar, Haikal meneruskan perjalanannya untuk menghantar Aida ke tempat kerjanya pula.

"Apa kata awak bagi alamat office awak. Senang saya pakai GPS ni ha", cadang Haikal sambil tangan kirinya menghidupkan sistem navigasi yang ada pada dashboard manakala tangan kanannya masih tekun memegang stereng.

"Aku tak tau alamat la. Selok-belok tau la", ujar Aida dengan nada mendatar.

"Hurm... Kalau macam tu, apa nama tempat kerja awak? Tempat kerja awak tu ada nama ke? Syarikat apa?", soal Haikal bertubi-tubi.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now