BAB 26

89 5 0
                                    

Haikal mendekati pusara ibunya yang hanya  mempunyai batu nisan sebagai tanda. Tanah kubur itu sudah mendap kerana tidak dibinakan kepuk pusara yang menjadi sempadan antara kubur. Mungkin sedang dalam pembuatan jika Haziq sudah menempahnya. Sejak Pn. Mariam meninggal, ini kali pertama Haikal menjejakkan kakinya ke pusara itu.

Haikal duduk di atas tanah di sebelah pusara Mariam seraya membetulkan songkoknya. Tanpa berlengah, Haikal memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk dimanfaatkan oleh arwah ibunya.

Setelah selesai membaca, Haikal menyiram air mawar dari kepala hingga ke kaki pusara Mariam sebanyak tujuh kali sambil berselawat. Dia juga menabur bunga dengan cara yang sama.

Haikal bertafakur seketika. Dia terkenang saat-saat manis bergelar anak kepada ibunya. Mariam seorang yang sangat penyayang dan lemah-lembut. Pernah suatu ketika Haikal berbuat nakal dan merosakkan kertas kerja ibunya tetapi Mariam tidak pernah memarahi. Tubuh badan Haikal tidak pernah cedera dipukul Pn. Mariam dan Haji Daud. Dia berasa beruntung kerana mempunyai kedua ibu bapa seperti ibu bapanya.

Saat dia merasakan hidup keluarganya semakin bahagia, mereka diuji apabila keluarga Mariam memulaukan mereka kerana berkahwin dengan Daud yang merupakan seorang muallaf berketurunan Cina. Daud pula menjauhkan diri dari keluarganya kerana mereka mengamalkan gaya hidup liar yang mungkin mempengaruhinya untuk bergelar kafir semula.

Walaupun tidak mempunyai dorongan daripada ahli keluarga yang lain, Haji Daud masih mampu berkerja dan menyenangkan keluarga kecilnya. Ketelusan merupakan tunjak utama  untuk keluarganya kekal bahagia.

Haikal dan Haziq merupakan dua beradik yang sangat akrab semasa kecil tetapi semakin mereka meningkat dewasa, hubungan baik mereka semakin pudar. Haikal tidak menyedarinya sehinggalah Haji Daud meninggal dunia ketika dia berusia 26 tahun. Haziq bersikap dingin terhadapnya sehinggalah kini dan dia tidak mempunyai sebab untuk itu.

Haikal menyentuh batu nisan ibunya. "Assalamualaikum, ibu.",

Dengan nada sebak, Haikal berkata, "Ibu... Abang mintak maaf. Abang bukan anak yang baik. Abang tak jaga ibu sebab tu jadi macam ni. Abang sayangkan ibu. Abang sayangkan ibu sangat-sangat."

Haikal menangis sambil bermonolog. Rasa rindu tidak dapat dibendung dan dia berasa sangat sedih kerana rindunya tidak dapat diubati. Dia teringin hendak berjumpa Mariam tetapi apakan daya, ibunya sudah pergi dan tidak akan kembali.

"Abang bukan anak yang baik. Abang tak jaga ibu, tak jaga Haziq. Haziq bencikan abang, bu. Dia dah tak nak tengok muka abang lagi. Ibu... Apa abang nak buat? Abang dah tak ada siapa-siapa, bu.", adu Haikal berterusan. Dia kerap menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku.

Aida yang berada di balik pokok tidak jauh dari tanah perkuburan itu, memerhatikan Haikal. Dia tidak dapat menyertai Haikal kerana dia dalam keadaan uzur. Namun begitu,
kesedihan Haikal sampai di jiwanya. Dia turut menangis melihat Haikal meratapi pusara itu dengan sayunya. Dia menangis bersama Haikal.

Begitu drastik kesan takdir ke atas Haikal yang telah merubah personalitinya. Haikal yang periang dan penggurau tiada lagi di mata Aida dan perkara itu meruntun jiwa Aida untuk memlikinya kembali.

Malam itu, Haikal dan Aida melepaskan pandangan ke kota Kuala Lumpur dari Bukit Aman. Haikal sanggup memandu jauh dari Klang ke sana semata-mata untuk duduk melihat pemandangan Kuala Lumpur yang memukau pada waktu malam. Tempat itu sering menjadi tarikan pada malam kemerdekaan atau malam tahun baru tatkala bunga api diletupkan.

Pasangan itu menikmati bayu malam di lereng bukit yang menyamankan. Terdapat pelbagai gerai makanan yang tersedia di situ tetapi mereka memilih untuk duduk di atas pembahagi jalan sambil mengunyah keropok lekor.

"Baru masuk tahun baru tapi macam-macam benda dah jadi kat I. My life is so tough. I tak dapat agak apa akan jadi lepas ni.", setelah lama berdiam diri, akhirnya Haikal bersuara.

Aida memandang Haikal. "Mesti ada hikmah semua ni jadi.", Aida memujuk.

"Of course. I rasa, I patut muhasabah diri dan betulkan kesilapan I selama ni. But...", Haikal melepaskan keluhan lalu menunduk. "...I need time."

Aida membisu. Dia mula berasa janggal dengan lelaki di sebelahnya. Dia dapat mengagak maksud kata-kata Haikal itu walaupun tidak berapa jelas.

"I faham kalau kita tak teruskan hubungan ni. I bagi you masa.", kata Aida perlahan. Berat rasa hatinya yang kecil itu.

Haikal segera menoleh memandang Aida lalu menggeleng. "I tak maksudkan macam tu, sayang. Please, listen.", Haikal mengalihkan badannya betul-betul menghadap Aida.

"I dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni. You are the only person that always stick to me no matter what. How can I lose you?", mendalam kata Haikal. Dia benar-benar maksudkannya.

Aida masih membisu kerana mengunyah keropok lekor di dalam mulutnya.

"I tak nak kehilangan you. I nak you ada sentiasa dengan I. In halal way.", sambung Haikal. Aida mengangkat kening.

"Again Aida Shahirah. Will you marry me?"

Aida tersedak. Dia segera mencapai air yang dibelinya tadi lalu meneguk perlahan sambil masih terbatuk-batuk. Haikal terpinga tetapi cuba untuk mententeramkan kekasihnya.

Haikal ketawa melihat keletah Aida yang menutup muka kerana malu. Sungguh comel pada pandangannya.

"Eii.. you ni! Melamar time time macam ni tak romantik langsung!", marah Aida lalu membaling rumput kepada Haikal.

"Cepatlah, sayang. Will you marry me? Sorry tak ada cincin.", gesa Haikal kerana tidak sabar ingin mendapatkan jawapan.

Aida membuat muka masam. Saja membiarkan Haikal menunggunya resah.

Setelah membuat reaksi muka meraih simpati, akhirnya Aida mengangguk setuju buat ke sekian kalinya. Dia tidak akan pernah menolak lamaran Haikal, kekasih hati pengarang jantungnya.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now