Haikal dan Aida memasuki pejabat secara berasingan supaya tidak disyaki oleh rakan sepejabat mereka. Haikal memasuki pejabat itu dahulu dan diikuti oleh Aida selang beberapa minit kemudian.
Pekerja di pejabat sering memandang serong Haikal apabila mereka terserempak dengan lelaki itu. Ada juga yang takut-takut untuk mendekati Haikal. Walaupun ini bukan kali pertama Haikal ke pejabat sejak keluar penjara, situasi yang sama berlarutan sehinggalah ke hari ini.
Haikal berasa tertekan pada awalnya namun lama kelamaan, dia mula buat tak tahu dengan apa yang berlaku. Kes dia dimasukkan ke penjara akibat tuduhan membunuh ibunya sudah lama berlalu malahan suspek sebenar sudahpun ditangkap. Buat apa dia mahu ambil kisah dengan pandangan orang terhadapnya lagi? Baginya, tiada sebab untuk orang membencinya. Mungkin, orang sekeliling hanya tahu menghukum dengan melihat kisah silam seseorang.
Haikal duduk di tempatnya dengan tenang lalu mula menyemak kertas kerja yang berselerak di atas mejanya. Kerjanya masih sama cuma cara pengendaliannya kini berbeza kerana dia banyak ketinggalan.
Semenjak Haikal dimasukkan ke penjara, Dato' Murad lah yang menggantikan tempatnya kerana pihak syarikat tidak dapat mencari pengganti yang sesuai untuk menjalankan tugas Haikal yang berat. Tambahan pula, Dato' Murad tidak sampai hati hendak melepaskan jawatan Haikal itu kepada orang lain dan dia bercadang hendak memberikan Haikal peluang kedua. Dia yakin Haikal akan kembali ke syarikat semula.
Terdetik di dalam hati Haikal betapa sayangnya Dato' Murad kepadanya. Haikal tergelak kecil apabila memikirkan hal itu. Muka je bengis tapi dalam hati ada taman.
Tiba-tiba pintu pejabat Haikal diketuk. "Masuk", laung Haikal.
Aida perlahan-lahan membuka pintu pejabat Haikal lalu melangkah masuk ke dalam. Dia berasa segan jadi dia hanya tercegat di muka pintu sambil memandang Haikal.
Haikal terkejut melihat Aida. Dia tidak menjangkakan wanita itu yang memasuki pejabatnya kerana Aida memang tidak suka berbuat demikian melainkan dia yang menyuruh.
"Sayang? Why?", soal Haikal hairan.
"Takde apa. Saja datang melawat you. Busy ke?", jawab Aida sambil masih tercegat.
Haikal tersenyum suka lalu bingkas bangun untuk pergi menyandar di hadapan mejanya. "Come here."
Aida melangkah mendekati suaminya itu. "Sebenarnya, I ada benda cakap.", kata Aida.
"Apa dia?", Haikal mengambil kedua-dua tangan Aida lalu sedia untuk mendengar.
"I ingat, I nak tinggal balik dengan kawan-kawan I.", kata Aida lembut.
Haikal mengerutkan dahi. "Why? You takut tinggal dengan I?", soalnya.
Belum pun seminggu Aida tinggal bersama Haikal di penthouse suaminya itu, dia sudah mahu berpindah. Aida tahu bahawa kedudukannya kini sebagai seorang isteri hendaklah berada disisi suami. Namun, dia lebih selesa untuk tinggal semula di rumah Peah memandangkan mereka masih belum mengadakan majlis persandingan yang membolehkan orang ramai mengetahui status perkahwinan mereka.
"Kan kita dah plan nak nikah gantung?", Aida mengingatkan suaminya tentang rancangan mereka sebelum berkahwin.
Haikal mengeluh berat. "Perlu ke?"
Aida mengangguk laju. "Yes. Dah lama tak balik sana.", pujuk Aida dengan nada manja.
"Bila you nak pergi?",
"Esok?", cadang Aida. Muka Haikal mula kelihatan sugul.
"Haih... Yelah. Tapi petang ni, you kena ikut I pergi satu tempat", balas Haikal.

YOU ARE READING
HOUSEMATE
RandomBerkawan rapat sejak di bangku sekolah mendorong tiga orang gadis yang berbeza profession dan perwatakan untuk tinggal sebumbung. Masing-masing mempunyai kerjaya dan kisah cinta yang menimbulkan konflik antara mereka. Namun tanpa mereka sedari, terd...