BAB 17

98 5 0
                                    

Emily memandang dua orang lelaki yang berpangkat inspektor di hadapannya dengan pandangan serius. "Kenapa korang nak kena sorokkan pasal ni?"

"Emily, please. Aku merayu sangat dekat kau jangan bagitahu sesiapa pun pasal hal ni. Kalau tak, mati kita nanti.", Ezzat berkerut memandang Emily untuk meminta simpati wanita itu.

Fikiran Ezzat semakin kusut setelah Emily terdengar perbualan rahsianya dengan Yusuf tadi. Takde privasi langsung.

"Kau fikir pasal masalah kita or masalah yang kau akan hadapi, Ezzat? Kau tak boleh jadi selfish macam ni! Suspek yang tak bersalah tu tengah sengsara dalam penjara sekarang ni tau tak? Bayangkan kalau kau kat tempat dia. Plus, kalau dia tak dibuktikan tak bersalah within days, dia akan dibicarakan. Kau nak ke sebab perangai kau ni, orang lain yang jadi mangsa? Kau nak ke? Kau polis la Ezzat. Think!", hujah Emily dengan tegas.

Ezzat hanya membisu. Apa yang dikatakan oleh Emily itu ada betulnya. Tugasnya sebagai seorang polis adalah untuk menegakkan kebenaran dan bukan sebaliknya.

"Habis sekarang ni, kita nak buat apa?", Yusuf mengusap janggutnya.

"Buat kerja kita la. Jangan jadi pengecut. Kita stick pada apa yang kita buat and baru kita bagitahu chief pasal apa yang dah jadi.", arah Emily macam dia yang kerua antara mereka.

Ezzat membuntangkan matanya. "Tak, Emily bukan sekarang. Just bagi aku fikir cara yang terbaik, okay?", pujuk Ezzat lagi.

Emily mengangguk. Kemudian, Ezzat mengagihkan tugas kepada Yusuf dan Emily untuk pendekatan mereka yang seterusnya.

Tak lama selepas itu, pintu pejabat Ezzat diketuk. Setelah diberi keizinan, seorang lelaki muncul di muka pintu pejabatnya.

Ezzat memberi isyarat kepada Yusuf dan Emily supaya keluar dari pejabatnya untuk memberi privasi kepada dia dan tetamu barunya.

Ezzat menjemput lelaki itu duduk di hadapannya. Namun, lelaki itu menolak.

"Kenapa tak nak duduk?", soal Ezzat prihatin.

"Saya cuma nak bercakap dengan tuan sekejap je.", kata lelaki itu sopan.

Ezzat mengangguk faham. "Ok. So, macam mana risikan awak? Apa lagi yang awak dapat?"

Lelaki itu membuka kaca matanya sebelum bersuara. "Saya dah tak nak buat kerja ni tuan. Saya tak sanggup. Saya dah penat.", kata lelaki itu sayu.

"Awak nak atau tak nak, awak tau yang awak kena buat jugak kan? Bukan saya yang suruh awak buat semua tu, kan?", ujar Ezzat.

"Saya buat macam ni sebab saya nak bagi maklumat dekat pihak polis untuk tangkap penjenayah tu dan selamatkan adik saya. Tapi apa yang saya dapat? Selama setahun ni saya tak dapat apa-apa!", lelaki itu naik berang.

"Awak boleh sabar tak? Awak ingat polis goyang kaki ke selama ni? Kami pun teringin la nak tangkap penjenayah tu bukan awak sorang je. Jadi, kalau awak tak nak buat apa yang buat selama ni, terpulang. Kami takkan paksa awak. Tapi kami masih akan cuba untuk selamatkan adik awak.", terang Ezzat tenang. Dia harus menjaga tatasusilanya sebagai anggota polis yang berwibawa.

Lelaki itu menarik nafas sedalamnya. "Tuan tahu yang saya tak boleh lepas daripada ikut arahan mereka. Saya terseksa tuan. Dah berapa kali saya kena belasah, tendang, maki, caci semua saya telan walaupun pahit. Lagipun diorang dah syak saya bekerjasama dengan pihak polis. Kalau diorang dapat tahu, tuan rasa apa akan jadi pada saya? Yang lebih teruk, apa diorang akan buat pada adik saya?"

"Lakukan apa saja yang awak mampu. Saya juga takkan paksa awak untuk jadi perisik kami lagi. Kami akan jaga keselamatan dan nyawa awak di mana jua awak berada. Jasa awak sangat besar pada kami, Thief Kid", ucap Ezzat ikhlas daripada hatinya.

Lelaki itu mengangguk. Dia berlalu keluar setelah berpuas hati dengan kata-kata Ezzat yang merangsang jiwanya.

.__________.

Sarah dan Adriana berlaga pipi setelah mereka berjumpa di butik pakaian suami Adriana yang bernama Izzada di Bangi Sentral.

Sarah sempat mencuci mata melihat dekorasi butik itu dan pakaian-pakaian trendy yang dijual oleh rakannya. Semuanya sangat mengikut keperluan fesyen masa kini. Dia tak tahu hendak pilih yang mana satu untuk dijadikan koleksi di dalam almari pakaiannya.

Sarah mengadakan sesi penggayaan baju yang dibantu oleh penggaya Adriana. Dengan susuk tubuh Sarah yang cantik dan tinggi lampai itu memang tidak susah untuknya memilih pakaian. Semuanya cukup sempurna.

Setelah selesai melawat ke segenap butik dan mencuba hampir ke semua baju wanita yang dijual, Sarah akhirnya memberitahu tujuan sebenar dia datang untuk berjumpa Adriana.

"Aku sebenarnya datang nak cakap pasal plan yang kita rancang sebelum ni.", kata Sarah lalu menggigit sebiji macaroon berperisa peanut ke dalam mulutnya.

"Plan vacation tu?", soal Adriana seraya mengusap perutnya. Kandungannya kini berusia 4 bulan.

Sarah mengangguk. "Kitorang tau kau tengah pregnant sebab tu kitorang rancang nak pergi capat-cepat before kau makin sarat. And tema vacation ni more to relaxing and peace so no rugged activity at all.", ujar Sarah. Dia tahu akan risiko yang ditanggung oleh rakannya itu.

"Korang dah fikir ke nak pergi mana?", soal Adriana lagi.

Sarah berfikir sejenak. "Belum but since kita tak jadi nak pergi vacation time umur 18 dulu, so aku rasa kita pergi abroad. Baru best!"

"Yeah but aku kena mintak permission suami aku dulu.", kata Adriana.

"Absolutely you should. But just a gentle reminder, men not allowed okay? Anyone not allowed actually kecuali kita berlima. Deal?", berlima yang dimaksudkan Sarah ialah dirinya, Adriana, Natasya, Aida dan Peah. Mereka ialah lima sekawan yang sangat akrab ketika di sekolah menengah dahulu. Mereka pernah merancang untuk bercuti bersama ketika berumur 18 tahun tetapi malangnya, ada saja aral yang melintang sehinggalah masing-masing membawa haluan diri untuk sambung belajar.

Adriana mengangguk faham. Dia akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian mereka itu walaupun sedang mengandung.

"Okaylah, I really got to go sebab aku nak balik Rawang ni. Aku nak pinjam kereta mak aku bawak sini. See you next time, babe", Sarah melagakan pipinya dengan Adriana sekali lagi sebelum keluar meninggalkan butik itu.

HOUSEMATEWhere stories live. Discover now